Monday, February 28, 2011

Adakah RV bulan Mac ini ??


Angin bertiup dengan kencang apabila sahaja bulan Februari berakhir. Segala agakan (rumors) yang mengatakan RV akan berlaku pada bulan Februari nampaknya ia hanya tinggal agakan. Apa yang pasti, bulan Mac ini berbeza situasinya dengan bulan Februari. Mengapa?

1) Dikhabarkan IMF akan meng"RV" banyak matawang negara pada 1 Mac 2011.

2) Arab Summit dijadualkan pada 29 Mac 2011 (bukan 23), justeru Iraq perlu menjadi anggota satu bulan sebelumnya (28 Feb 2011).Tambahan pula dikatakan Iraq menjadi tuan rumah kepada persidangan ini.

3) Iraq Hosting KTT Arab berlangsung pada 29 Mac (tanda yang jelas bahawa mereka akan melakukan apa yang diperlukan untuk menjadi anggota WTO) pada penghujung 2011.Iraq HARUS RI atau RV untuk menjadi anggota WTO sebagai permintaan dan kewajipan kepada prosedur keanggotaan WTO.

4) Pemimpin Cina (wakil) telah menandatangani perjanjian RV matawang Iraq, pada 24 Feb 2011, yang menjadi indikator besar kepada mereka dalam pelangsaian hutang US kepada negara China. Pembayaran hutang tersebut adalah dengan menggunakan matawang Iraq. Jadi RV perlu dilaksanakan agar hutang itu terlangsai (3 Trillion). -Sumber Soheh-

5) Dengan berlakunya "hiper inflasi" yang meningkat di Iraq, mereka tidak mampu mencetak Note wang-wang yang baru. Mahu tidak mahu, inflasi itu perlu dipulihkan dengan kadar segera.

6) Gesaan rakyat Iraq sendiri agar melakukan reformasi kepada ekonomi Iraq, agar taraf hidup mereka berubah. Rakyat juga tidak teragak-agak menjadikan fenomena yang berlaku di Mesir, Libya, Bahrain,Oman dll negara Arab yang sedang bergolak kini sebagai satu wabak yang sengaja direbak ke Iraq pula jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Namun walau apapun yang berlaku, jika tidak juga RV pada bulan ini, insyallah pada bulan April dan seterusnya. Yang pasti, RV tetap akan RV. Ini sudah semestinya. Negara yang kaya tidak akan terus menerus berdilema dengan kemiskinan dan papa kedana yang berpanjangan.

Kepada semua, bersabarlah.Marilah kita berdoa kepada Allah agar penantian kita selama ini berakhir. Amin, ya Rabbal Alamin.


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Dari Ali Maidin : Mac Yang Mendebarkan



Perkembangan politik di Asia Barat kini, walaupun baik untuk jangka panjang tetapi dalam tempoh pendek meresahkan umat dunia. Harga minyak tentu sekali naik. Campur tangan asing pula akan lebih aktif kerana setiap negara asing ada kepentingan ekonomi dan politik di dalam negara Arab itu. Mudahnya dapatlah dibuat kesimpulan - rakyat akan bangkit kerana "roti" dan "ideologi".

Di Iraq pun rakyatnya bangkit kerana menuntut kerajaannya mempercepatkan usaha-usaha melengkapakan prasarana negara. Apa guna wang minyak berbilion, jika kemudahan asas untuk rakyat pun dilambat-lambatkan. Nuri Al Maliki telah berjanji membereskan hal ini dalam tempoh 15 bulan sahaja. Jangan jadi macam Sarawak sudah le. Wooo. Tetap undi BN walaupun jurang pendapatan rakyat begitu teruk sekali.

Dilapurkan wakil kerajaan China berada di Baghdad minggu lalu kerana menandatangani persetujuan dinar Iraq diapungkan. China perlu bersetuju kerana Amerika mahu membayar hutangnya dengan China dengan menggunakan DINAR IRAQ. Trilion hutang Amerika dengan China oi. Manakala itu wakil IMF sedang berada di kota Bahgdad kini untuk membincangkan secara serius berkaitan dengan RV. Wau. Kalau semuanya beres, mungkin pada bulan Mac atau April ini juga , ramailah pembaca blog ini kena belanja saya minum teh tarik. Apa punya kedekut u orang dah. Belanja nasi arab le. Wooo.

Ada orang sering bertanya " boleh percaya ke dinar akan diapungkan dan naik naik ke USD 0.30 ke USD 3.22".

Jawapan saya mudah - sesebuah negara mesti mengambil langkah mengapunglan wangnya. Soalnya bila. Itu sahaja persoalannya. Yang kita boleh perkatakan kini, lihatlah persekitaran negara berkenaan - yang menunjukkan tanda-tanda dinar akan diapungkan. Moga-moga awan gelap tanda hujan akan turun. Kalau tak turun, kita nak salahkan siapa? Takkan nak bakar Jabatan Kaji Cuaca pula. Woooo.

Saya sibuk ke Merlimau. Maka blog ini tidak akan dikemaskini selalu. Hidup kenalah berpolitik oi. Kalau tak, orang atas dok kebas duit rakyat pun tak sedar-sedar. Hidup Rakyat!!!!


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Mengapa RV Dinar Iraq Lambat?


Memang kalau kita lihat dari segi kewajarannya rv dinar ini boleh dikatakan sudah mencapai tahap buah yang cukup ranum dan sepatutnya sudah jatuh ke bumi. Tapi kelihatannya proses rv dinar ini ada semacam kendala yang di-buat2 agar ianya menjadi lewat sehingga di tahap rakyat Iraq sendiri tidak dapat menahan sabar!

Tapi apakah kendala yang kelihatannya seperti menghalangi rv daripada terjadi atau cuba melambatkan? Berdasarkan rational analysis kita boleh membuat andaian dari berbagai sudut. Dari sudut Amerika misalnya kita tahu sama ada UN, IMF, WTO atau apa saja badan2 antarabangsa hampir semuanya berada di bawah telunjuk Amerika.

Dan sekarang ini Presiden Obama begitu menurun prestasinya di kalangan rakyat Amerika. Beliau dikatakan tidak mungkin dapat mengekalkan jawatan untuk penggal kedua kelak! Jadi mungkin saja kelewatan rv ini merupakan strategi Obama agar rv dinar dilaksanakan sewaktu tempoh jawatan presiden yang dipegangnya hampir tamat. Ini akan mebolehkan rakyat Amerika bergembira ria kerana rv dan akan memilihnya semula sebagai Presiden untuk penggal kedua kelak!

Andaian kedua pula berkaitan kedudukan kerajaan campuran di Iraq sekarang ini. Setiap fraksi parti yang menganggotai kerajaan campuran ini mempunyai agenda masing2. Mungkin saja jika rv dilaksanakan sekarang akan menyebabkan fraksi parti yang tidak pro pada Maliki akan mendapat manfaat yang lebih banyak. Situasi ini menyebabkan Maliki cuba melambatkan proses untuk rv sehingga ke satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh beliau!

Andaian ketiga berkaitan status Maliki sebagai seorang syiah totok! Sedangkan sebahagian lain rakyat Iraq pula bermazhab sunni. Mungkin saja jika rv dilaksanakan sekarang akan lebih memberi keuntungan kepada puak2 sunni yang dulunya menjadi pemerintah Iraq. Jadi agar keuntungan rv dinar ini tidak mengalir banyak pada puak2 sunni atau musuh2 politik beliau, maka rv perlu dilambatkan!

Andaian keempat kedudukan CBI yang diwakili Shabibi sekarang. Pemegang saham terbesar dalam CBI adalah Rothschild yang merupakan keluarga Yahudi. Mungkin saja ada agenda tersembunyi di pihak Rothschild kita tidak tahu.

Shabibi memang dikatakan seorang yesman pada IMF kerana beliau pernah berkerja di badan tersebut dulunya. Tetapi di manakah Shabibi perlu bersetia sekarang? Pada IMF bekas majikannya dulu, atau pada CBI(Rothschild) yang menjadi majikannya sekarang? Sudah tentu beliau perlu setia pada majikannya sekarang!

Begitulah beberapa kemungkinan mengapa proses rv ini jadi begitu lambat. Satu demi satu alasan yang diminta tetapi bila alasan tersebut sudah wujud, muncul pula alasan baru yang sengaja untuk melewatkan rv. Tapi kita tidak tahu siapakah dalang sebenarnya yang berada di belakang layar sehingga rv lambat diumumkan.

Akhirnya sekarang muncul protes rakyat sehingga memakan korban yang sepatutnya tidak terjadi. Dan kita yakin natijah daripada protes rakyat ini akan mempercepatkan proses rv! Wallahualam....

RV tetap RV!!!InsyaAllah....


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Sunday, February 27, 2011

Sudah ada Bank Beli Dinar Iraq??



Semalam saya ada chating dengan Buyer saya. Dia bertanya saya mengenai sesuatu perkara yang sangat mengejutkan saya. Bank sudah beli Dinar Iraq??

Buyer tersebut membeli note 5K dengan saya. Saya pun pelik, kerana dia beriya iya sangat nak mendapatkan note 5K bukan note 10K atau 25K (not interest). Saya pun bertanya, kemudian dia memberitau saya sesuatu perkara yang amat mengejutkan.

Dia kata, ada kawan dia ada menguruskan pertukaran duit Iraq kpd RM. Rate yang diterima adalah IQD1 = RM4.00. Cuma dia tidak pasti sama ada dalam bentuk RM atau USD. Cuma jumlah yang diberitau, adalah RM4.00 utk IQD1.

Saya bertanya lagi, bank mana yang terlibat dengan pertukaran tu??? Dia kata, ada dua tiga buah bank di Iraq yang buat begitu. Mereka membeli IQD tersebut dan membayar dengan rate tersebut. Saya tidak percaya. Maklum saja, RV belum diumumkan, dan di internet tidak heboh pun mengenai perkara ini. Jika benar ia berlaku, sudah pastinya sudah gegak gempita forum-forum Dinar Iraq di seluruh dunia. Saya menasihatinya agar berhati-hati. Takut2 ditipu oleh mereka yang tak bertanggungjawab utk mengambil IQD daripadanya dengan cara jahat.

Dia berkata lagi, dia pun memang tidak percaya. Tapi kawan dia yang buat pertukaran di Iraq itu dikenali sebagai seorang yang baik. Itu katanya lah. Dan dia tak mahu buat banyak keping. Hanya 3 Keping note 5K sahaja. Dia kata takut nanti urusan mengeluarkan wang daripada Iraq akan mengalami masalah dan kesukaran setelah berjaya ditukar. Begitulah cakapnya. Bila saya memesan sekali lagi berhati-hati takut ditipu, dia kata dia sanggup utk mempertaruhkan note 5K dia (yang dia sudah miliki) utk tujuan itu. "Rugi sekeping apalah sangat.. "

Hari ini, saya ada survey dekat internet. Kot-kot ada klue berkenaan hal tersebut. Akhirnya saya jumpe artikel ini. Namun pun begitu, belum dipastikan kesahehannya.Apapun ia menarik utk dikongsi, dan ada kaitan dengan cerita buyer saya itu.

BANK BANK BELI DINAR IRAQ



Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Nouri Al Maliki : Hanya 100 Hari



Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki memberi masa selama 100 hari kepada pak-pak menteri kerajaan untuk menunjukkan potensi dengan menghilangkan rasuah, atau jika tidak berdepan dengan tindakan dipecat. Nuri mewakili kerajaan Iraq mengumumkan hal tersebut selepas mesyuarat kabinet tergempar semalam.

Pengumuman ini dibuat berikutan berlakunya demonstrasi di seluruh negeri oleh rakyat Iraq yang marah berhubung beberapa isu tertentu seperti pengangguran, perkhidmatan asas yang meruncing, rasuah dan kurangnya kebebasan.

Persoalan berlegar, apakah benar amaran ini dapat menyelesaikan masalah yang melanda rakyat Iraq kini? Adakah dengan pemecatan beberapa orang menteri kabinet yang jika didapati merasuah, mampu menyelesaikan isu kemiskinan rakyat Iraq? Adakah isu ekonomi dapat diselesaikan jika bertindak sedemikian??

Atau, Maliki sengaja bersandiwara, mengalih perhatian kepada isu-isu tersebut, untuk menutup penuntutan hak rakyat yang sebenar, iaitu "RV Di percepatkan" agar taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan?

Saya merasakan jika masalah rasuah,korup, pengangguran, dapat dikurangkan atau ditangani, ia tetap tidak dapat memuaskan hati rakyat Iraq selagi dinar Iraq tidak diapungkan. Yang pasti, amaran yang dikeluarkan Nuri Maliki belum cukup dan tidak mampu menyelesaikan kemelut rakyat yang hidup papa kedana.

Jika Nouri Maliki ambil tindakan sekalipun,(isu korup,rasuah, dll), hanya meredakan sementara kemarahan rakyat, bukan memadamkan kemarahan tersebut. Suatu masa nanti, Rakyat Iraq akan bangkit semula sekiranya RV tidak diumumkan dalam jangka masa terdekat.

Nouri Al Maliki sudah tentunya tidak mahu fenomena kebangkitan rakyat Mesir menjadi tragedi yang berjangkit ke Iraq pula.Mau tidak mahu, Nouri Al Maliki WAJIB mengumumkan RV secepat mungkin. Jika tidak bulan ini, bulan depan. Yang pasti, SEBELUM 2012.


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Saturday, February 26, 2011

ADAKAH RV HANYA SATU IMPIAN YANG TAK PASTI KEHADIRANNYA....???


Pada hemat saya situasi yang terjadi di Iraq sekarang ini bukan bererti ia berada di ambang kehancuran. Tapi ianya lebih merupakan proses penambahbaikan. Ini disebabkan Iraq tidak boleh disamakan dengan negara2 Arab lain yang sedang bergolak sekarang di mana semua negara berkaitan masih berada di bawah sistem pemerintahan otokrasi diktator. Sedangkan Iraq sekarang sudah berada di bawah sistem demokrasi dan pemimpin2 Iraq yang ada sekarang ini telah dipilih oleh rakyat sendiri melalui sistem demokrasi tersebut.

Maka itu protes yang didilakukan rakyat Iraq sekarang tidak terlalu menekankan soal Maliki wajib meletakkan jawatan. Apa yang mereka mahu adalah kerajaan pimpinan Maliki sekarang lebih peka pada keperluan rakyat untuk membolehkan mereka hidup makmur seperti rakyat di negara2 lain. Jika tuntutan rakyat ini dapat dipenuhi Maliki dan barisan kabinetnya maka tidak timbul soal Maliki perlu meletakkan jawatan. Dalam kata lain rakyat Iraq sekarang hanya mahukan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan pimpinan Maliki yang ada sekarang.

Daripada beberapa siri protes yang telah dilakukan rakyat Iraq sekarang, apakah hakikat tuntutan rakyat Iraq yang sebenarnya? Mereka meneggunakan berbagai istilah dalam tuntutan mereka seperti yang anda katakan iaitu "menangani isu-isu rasuah, pengaggguran, barangan keperluan yang mahal, perkhidmatan keperluan asas yang lemah, sistem pertahanan yang lemah, belanjawaan yang belum diimplimenkan sepenuhnya, perebutan kuasa dan jawatan yang tak berkesudahan dan lain-lain isu dalaman dan antarabangsa....".

Tuntutan dengan berbagai istilah itu sebenarnya ialah mereka mahukan keselesaan hidup secara wajar seperti mana rakyat negara2 jiran mereka. Kalau mereka hidup dalam keadaan selesa, mereka mungkin tidak akan ambil tahu soal isu2 seperti rasuah, kelemahan kerajaan, dsb. kerana hampir semua isu tersebut tidak terkena pada mereka secara langsung.

Mungkin mereka akan mengambil tindakan untuk menghapuskan isu2 tersebut, tapi mereka akan bertindak menukar kerajaan dalam pilihan raya berikutnya kelak! Tapi mengapakan mereka bertindak sekarang, yang boleh dikatakan terlalu awal kerana pilihan raya baru sekitar setahun? Kerana hidup mereka yang tidak selesa dan semakin hari semakin menderita. Dan isu penderitaan rakyat ini memang terkena secara langsung pada mereka!

Sedangkan isu penderitaan mereka ini langsung tidak dirasakan oleh para pemimpin politik Iraq. Misalnya gaji Maliki hampir 6 kali ganda daripada gaji Barack Obama sang Presiden Amerika. Gaji para menteri Iraq pula di bawah sedikit daripada Maliki. Jadi, betapa mewahnya hidup sebagai ahli politik di Iraq. Sedangkan rakyat kebanyakan makan pun susah kerana segalanya mahal! Inilah kontradiksi yang terjadi di Iraq.

Pada hal rakyat iraq boleh turut sama merasa mewah hidup dengan satu solusi yang cukup mudah iaitu dengan cara melaksanakan rv dinar. Inilah yang perlu dilakukan oleh kerajaan Maliki sekarang tapi sehingga sekarang masih tidak tertunai. Dan jika soal rv dinar ini dapat ditunaikan maka insyaAllah rakyat tidak akan protes.

Maka itu ada pendapat mengatakan jika Maliki melaksanakan rv sebelum Jumaat semalam, maka protes rakyat akan bertukar menjadi pesta rakyat!
Wallahualam.

RV tetap RV! InsyaAllah.....


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Friday, February 25, 2011

Demontrasi Iraq : Harapan RV mungkin cerah?


Pasaran saham Iraq dikatakan memberi pulangan kedua terbaik di Timur Tengah setelah Iran. Tetapi kenyataannya sebahagian besar rakyat iraq sendiri masih hidup dalam kemiskinan dan hidup dalam keadaan taraf hidup yang rendah.

Maka itu tidak heran kalau sejak 2 hari yang lalu rakyat Iraq telah mengadakan demonstrasi secara aman di Central Tahrir Square Baghdad sejak pagi. Hari ini pula satu demo terbesar akan dilakukan oleh rakyat Iraq. Mereka dikatakan menuntut kerajaan meningkatkan taraf hidup mereka yang begitu rendah.

Salah seorang protester yang menyertai demontrasi tersebut bersama 11 orang keluarganya menyatakan
“Politicians, officials and leaders do not care about us, they have a lot of money and do not care for others.”

Seorang lagi protester wanita berusia 60 tahun dan ibu kepada 8 orang anak meluahkan perasaan “We have no hope.“. Wanita tersebut menyambung “here there is no water, no electricity, no schools. What do we live like this? Are not we a country rich in oil and gas?”.

Dari luahan hati wanita berusia 60 tahun tersebut menunjukkan hampir semua rakyat iraq sedar bahawa negara mereka kaya, mempunyai minyak dan gas tapi kehidupan mereka begitu susah.

Apakah solusi yang ada pada Iraq sekarang? Tidak lain dan tidak bukan adalah RV dinar. Jika Iraq rv dinarnya maka dengan sendirinya harga barang di Iraq akan menjadi murah kerana dinar Iraq telah mempunyai nilai yang tinggi.

Maka itu ada pendapat mengatakan mahu atau tidak Maliki dan Shabibi perlu melaksanakan rv jika tidak mahu huru hara terjadi di Irak. Pada dua hari(23/2/2011)yang lalu pun ada berita menyatakan di Tingkat 6 CBI telah terjadi kebakaran!

Semua berita2 tersebut menunjukkan tahap kesabaran rakyat iraq sudah mencapai puncaknya. Dan saya percaya solusi terbaik untuk para pemimpin Iraq meredakan kemarahan rakyat adalah dengan melakukan rv dinar secepat mungkin! Hanya melalui rv dinar saja rakyat Iraq akan merasakan kekayaan negara mereka. Dan kita pula selaku investor dinar Iraq dapat menumpah tuah kekayaan Iraq!

Semoga harapan kita ini akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun semuanya bergantung pada ketentuan Allah Swt.

RV tetap RV! InsyaAllah.....


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Monday, February 21, 2011

Jangkaan RV Lebih Awal.


Walaupun ada pendapat kuat yang mengatakan rv pada bulan April mendatang tapi saya tetap merasakan dalam lapan hari bermula hari ini sampai 28/2/2011 benar2 merupakan hari2 yang mendebarkan. Memang pendapat yang mengatakan rv bulan April datang dari seorang menteri Iraq dalam satu jamuan makan malam di Abu Dhabi seperti yang dilaporkan dalam blog Ali Maidin.

Tapi bukan tidak mungkin kalau rv akan terjadi dalam masa lebih awal dari itu! Ini kerana beliau hanya seorang menteri biasa, bukan PM atau Shabibi yang menjadi governor CBI. Kedua orang tokoh ini adalah pemain utama dalam soal rv ini.

Saya menyatakan ianya mungkin lebih awal kerana beberapa faktor tertentu khususnya kerajaan Iraq yang telah terbentuk dan sekarang bajet Iraq juga telah diluluskan. Hanya tinggal isu pengisian jawatan menteri yang belum sepenuhnya. Tapi isu ini satu isu mudah dan bila2 boleh diselesaikan oleh Maliki sebagai PM. Maka itu saya begitu yakin rv akan terjadi lebih awal sebelum April ini.

Bilakah waktu yang lebih awal itu agaknya? Mungkin saja awal bulan Mac atau siapa tahu dalam bulan februari ini juga iaitu bermula dari hari ini sampai 28hb. kelak? Segala2nya serba mungkin! Dari segi ketentuan Allah Swt. ianya boleh terjadi bila2
masa saja dari sekarang.

Hari ini pun sudah ada spekulasi yang mengatakan rate yang bakal keluar antara $4.00 -$5.00 dan ada yang mengatakan di bawah $5.00 saja! Tidak kiralah sama ada spekulasi tersebut tepat atau tidak, yang jelas mereka berspekulasi seperti itu kerana berdasarkan beberapa faktor tertentu. Pada kita jika rate yang keluar sekitar $1.00 lebih pun sudah menjadikan kita bernafa lega!

Tapi mudah2an spekulasi tersebut benar. Dan bila keluar spekulasi yang tinggi seperti itu entah kenapa saya jadi yakin mungkin rate yang keluar kelak sekitar $3.50 nilainya! Saya harap tidak ada yang marah bila saya berkata seperti itu keana itu hak saya untuk menyatakan pendapat.

Jika rumors2 international itu berdasarkan fakta2 tertentu sebagai asasnya maka saya juga mempunyai asas tertentu untuk menyatakan pendapat saya. Tapi biar bagaimanapun akhirnya kita perlu menyerahkan kepada Allah Swt. yang memutuskannya. Segala2nya berada dalam keputusanNya.

Sama2lah kita menunggu saat2 penuh debaran bermula hari ini sehingga 28hb. ini. Semoga penantian kita akan membuahkan hasil! InsyaAllah....



RV tetap RV! InsyaAllah..... "

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Iraq : Anggaran 2011 juga memperuntukkan 2050000000 $ untuk membayar kos syarikat pelaburan minyak.


Pengeluar OPEC telah menandatangani perjanjian dengan syarikat-syarikat minyak global yang dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk 8-12000000 BPH, menyaingi pengeluar atas Arab Saudi, dalam waktu sekitar enam tahun. kini pengeluaran 2.7 juta barel per hari.

Anggaran menganggarkan pengeluaran minyak mentah 100,000 BPH dari semi-autonomi wilayah Kurdi di Iraq utara.

Kurdi Iraq mula mengepam minyak lagi awal bulan ini selepas berhenti lebih dari satu tahun kerana perselisihan dengan kerajaan pusat di Baghdad mengenai masalah (wilayah) kontrak ditandatangani dengan syarikat minyak asing.

Wilayah Kurdi telah menganjakkan pengeluarannya sekitar 80.000 barel per hari pada Jumaat, sumber-sumber di Iraq Utara Oil Company kepada Reuters, tetapi hanya sekitar 50.000 BPH dieksport, dengan selebihnya digunakan oleh kilang-kilang dalam negeri.


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Kekosongan Menteri : Punca belum RV?



Dari satu rumors terbaru menyatakan

"The budget is 96 trillion IQD and that is the equivalent of 82.6 b USD. One takes the 82.6 billion USD and multiplies it by the IQD exchange rate of 1170 which equals 96 Trillion. Iraq has to increase the IQD between 3 & 4 dollars to accomplish this Budget.".

Masalah yang timbul sekarang ialah Maliki masih belum mengisi 3 kekosongan menteri kabinetnya sehingga kerajaannya masih dianggap belum sempurna sepenuhnya. Jika tiga kekosongan menteri tersebut telah dipenuhkan maka jawabannya adalah RV!

Tapi beberapa berita mempertikaikan mengapa Maliki masih belum mengisi kekosongan trsebut? Tunggu!Jangan kemana-mana!

Rv tetap Rv! InsyaAllah.....


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Saturday, February 19, 2011

Dinar Iraq : Satu Petanda Baik Pada Bulan April?

Email ini diterima oleh Ali Maidin di Blognya, saya copy paste di sini.

Ini emel yang saya terima dua hari lalu untuk tatapan pembaca blog ini. Terpulanglah kepada anda untuk menimbangkan info ini. Ha ha. Saya tak edit langsung ayat dan ejaannya. Wooo

Assalamualaikum Tuan,

Didoakan tuan sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT. Disini saya ingin berkongsi cerita dgn tuan tentang dinar iraq (harap-harap akan menjadi kenyataan). Utk pengetahuan tuan, saya ada menyimpan Dinar Iraq pada jumlah yang agak banyak (saya mendapat info daripada TV1 rancangan global@1 pada 21/10/2010 dan search kat internet tentang Dinar Iraq dan mengikuti perkembangan semasa Iraq) . Dalam waktu yang sama juga saya beritahu kawan bahawa Dinar Iraq akan diapungkan dan berharap kawan dapat menyimpan barang 100,000 IQD sekurang2nya dan tidaklah saya terkilan nanti bila Dinar ini betul2 diapungkan, so, sama-samalah menikmati rezeki yang Allah beri....(Amin). Tetapi malang bagi saya kerana mendapat respon yg amat menyakitkan hati dan menebalkan kulit telinga mendengar ulasan dari kawan saya (other word dia tak percaya semua tipu, dia kata). Pendekan citer abang kepada kawan saya ni adalah bekas salah seorang one of director kat Sime Darby Bhd. dan sekarang bisnesmen dan berurusan di Abu Dhabi.

Pada seminggu sebelum Raya Cina yang lepas abang kawan saya menghadiri satu jamuan makan malam bersama-sama ahli korporat di Abu Dhabi dan salah seorang jemputan VVIP adalah menteri kanan Iraq. Semasa jamuan itu ada dikalangan ahli korporat bertanyakan kepada menteri tersebut tentang Dinar Iraq bilakah dinar iraq akan diapungkan. Ini kerana menteri tersebut di dalam ucapannya mengalu-alukan kepada pelabur-pelabur yg ada pada malam itu utk datang ke Iraq dan melabur di Iraq.


Jawapan yang menteri iraq berikan adalah seperti berikut: rancangan dinar iraq akan diapung selewat-lewatnya pada bulan April 2011 atas alasan: 1. Iraq dijangkakan akan menyertai WTO pada hujung tahun 2011. yg ke 2. Mendapat tekanan daripada Amerika dan IMF.

Berbalik kepada citer kawan saya tadi, dalam masa abang dia berada di UAE abangnya telah membeli dinar iraq sebanyak 25 juta dan apabila balik ke Malaysia dia memberitahu adik beradik termasuk kawan saya tadi dan membuat tempahan sebanyak 25 juta lagi (kongsi adik beradik. kawan saya sudah dapat dinarnya) kerana anaknya belajar disana. Kawan saya sekarang telah membeli sebanyak 6 juta dan memberitahu saya sekarang dia percaya kerana berita yang dia terima daripada mulut abang dia sendiri.

Saya sekarang banyak membaca di dalam blog termasuk blog tuan tentang dinar iraq nih. Persoalan saya ni adakah berkemungkinan info yang saya terima ini betul dan akan menjadi kenyataan dalam waktu yang terdekat. walaubagaimanapun saya tetap percaya bahawa dinar iraq akan diapungkan cuma masa yang akan menentukan...rasa2nya tuan pun bersependapat dengan saya kut.

Saya berharap kita dapat selalu saling bertukar-tukar info tentang dinar.
Terima kasih.

TUSIMAN BIN SURIP
Inas Tani Resources
No. 87A, Jln 8/1, Seksyen 8
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor



Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Thursday, February 17, 2011

Marcus Curtis : "Saya percaya Dinar Iraq Akan Di RV"


Coretan di bawah adalah dari facebook yang saya baca ... sekadar untuk berkongsi dengan semua ...

Dari meja pengarang Matawang Dinar Iraq

Kerana ada permintaan untuk artikel saya maka saya perlu menjelaskan satu hal penting iaitu mengenai rv dinar iraq yang memang hanya menunggu waktu saja dari sekarang. Ini perlu diakui oleh semua forumer yang ada dalam forum ini termasuk Wak Dinar dan para kembarannya yang sekarang sedang gentayangan dalam forum ini.

Siapa saja yang yakin pada dinar iraq dan membeli dengan penuh kesadaran akan menikmati keuntungan luar biasa bila rv nanti.

Dalam satu artikelnya, Marcus Curtis telah menjelaskan:

"I want to explain why I believe Iraq’s currency will revalue, and what is really at stake here. The more I dug the more I found. I used Google Bing and yahoo search engines. I also used Google and Bing translators. Anyone can find out what I discovered. I am no guru. I don’t know what the rate will be. I don’t know when this will happen (although I believe it will be soon) I don’t have any people on the inside, or boots on the ground. I don’t sell dinar or represent those who do. All I believe is this. The dinar will gain great value and we will all make money on this".

Begitulah pandangan Marcus Curtis seorang pakar ekonomi dan telah mengkhususkan kajiannya mengenai dinar iraq.

Dari tulisan beliau kita boleh membuat kesimpulan iqd memang akan rv api cuma waktunya saja yang belum kita tahu dengan tepat. Namun begitu berdasarkan beberapa pertanda yang ada, rv dinar Iraq insyaAllah akan terjadi dalam tahun 2011 ini juga. Dan kalau kita lihat beberapa perkembangan menarik mutakhir ini amat jelas adatanda2 rv akan diumumkan sebelum bulan Mac 2011 ini juga.

Ertinya ianya akan terjadi dalam bulan Februari ini. Soal bila ianya akan diumumkan hanya Allah Swt. saja yang tahu. Apa yang boleh kita katakan ialah rv dinar iraq hanya menunggu waktu saja dari sekarang! InsyaAllah....Semoga semua forumer termasuk Wak Dinar dan para kembarannya berpuas hati dengan artikel saya di atas.

Jadi bagi siapa pembaca forum ini yang belum lagi membeli dinar iraq, belilah sementara waktu masih ada. Bagi yang mahu menambah, boleh saja menambah sesuai dengan kekuatan modal anda. Tapi kalau mahu membeli atau menambah belian, jangan bising2 sebab nanti ada yang rasa dengki pula di hati para pendengki.Dan yang jelas Rv tetap Rv! InsyaAllah.....

saya juga mengharapkan agar IQD diRVkan dengan segera ... tetapi dalam mengharap, letakkan sedikit kesabaran dalam penantian tersebut ... yang paling penting, selalulah memohon dan berdoa agar menjadi kenyataan ... kerana yang datang pun adalah dengan kehendakNya...
insyaallah

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Penutup Budget : Petanda RV telah dekat?


Ahad yang bakal tiba pd 20/2/2011, merupakan penutup untuk budjet 2011. Kita yang menyimpan IQD biarpun sedikit mengharapkan RV akan benar-benar berlaku selepas pengumuman Budget 2011. Harap² ada lah 'berita terkini' berkenaan RV kelak.

Kepada sesiapa yang baru bjinak² ngan IQD, banyakkan bacaan tentang permainan sorong tarik matawang. Ada ura-ura mengatakan bahawa jika RV, note IQD yang tersedia ada ini akan menjadi tidak laku. Walhal note tak laku adalah agak mustahil. Belum ada dalam sejarah note yang masih dgunakn TIBA² sahaja diisytiharkan tidak laku, atau TIBA² sahaja mahu ditukarkan kepada note yang lain/baru. Mengapa? Kerana jika dibuat demikian, banyak Money Changer (MC) akan tutup kedai, banyak bank yang membeli IQD akan memberontak, dan tidak mustahil, IRaq diserang sekali lagi!! He he he.

Ok berbalik pd isu negara Iraq, selain ahad ni penutup utk Budjet 2011, minggu depan juga adalah ENDING utk kekosngan ahli² kabinet. Nouri Al Maliki akan menyenaraikan beberapa nama utk jawatan tersebut. Akhirnya Budjet 2011 & Kekosongan ahli kabinet sudah sampai diselesaikan. Mungkin.. dan boleh jadi juga, berkemungkinan RV ada di tengah² nya. Siapa tahu bukan??

Sy pun tak tahu. Hanya Nouri Al Maliki sahaja yang tahu.. hehe

Kepada penyimpan IQD, marilah kita sama-sama bersabar dan menunggu. Dan kepada sesiaapa yang kata "menyimpan IQD" ini terlibat dengan scam, udah-udah la tu. Seluruh dunia menyimpan IQD nih. Bukan di Malaysia sahaja. Terdiri daripada pensyarah, doktor, ahli politik (sangat ramai), dan ramai lagi golongan elit yang menyimpan selain daripada bank bank di seluruh dunia. Adakah mereka semuanya ini bodoh dan dikira terlibat dengan SCAM ini?? Logik la sikittt..

Satu lagi berita mengatakan "Baghdad membuat tuntutan 1 billion kpd US disebabkan kerosakan yg dialaminya ketika perang dulu.."

US boleh byr 1 billion tu asalkn Iraq RV matawangnya.. bukn 1 billion malah 10 billion pun US boleh bayar..Kerana apa?? Kerana US/ Bank US/ Penduduk US/ adalah penyimpan terbanyak IQD Iraq di dunia ini. Hehe

Go RV Go... sama sama doa, Insyallah, dalam masa terdekat~!!


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Tuesday, February 15, 2011

Dinar Iraq : Rate Permulaan $1.07 ??


Khabarnya satu mesyuarat khas telah diadakan di iraq mengenai rv dinar. Dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan ratenya $1.07 dengan tambahan 50% daripada $1.07 tersebut. Tapi bila akan diumumkan masih tidak dinyatakan. Di bawah ini adalah paste terjemahan dalam bahasa Inggerisnya.

Grace's Translation:

Gifting you our best regards...
This is to inform you that the first meeting/seating to discuss and negotiate the invested shares of the Middle East Iraqi currency excahnge will be now on Tuesday,, February 15, 2011 vs Sunday. This is due to the need to complete the necessary proceedures between the investors and the brokers at the main center of exhange.
Notice that the current rate is projected at 1.070 Dinar and in the first meeting, it will be decided that the rate will be increased by 50% from the projected rate; which will be higher.This increase will take place ONLY during the frst meeting
With appreciation

----------

Peter's Translation

Gifting you our best regards...
This is to inform you that the first meeting/seating to discuss and negotiate the invested shares of the Middle East Iraqi currency excahnge will be now on Tuesday,, February 15, 2011 vs Sunday. This is due to the need to complete the necessary proceedures between the investors and the brokers at the main center of exhange.
Notice that the current rate is projected at 1.070 Dinar and A CHANGE OF UP TO 50% MAXIMUM COULD BE DECIDED UPPON IN THE FIRST MEETING ONLY.

With appreciation

SEMOGA SEMUA BERITA DI ATAS MENJADI PENANDA DINAR IRAQ MEMANG MENUNGGU WAKTU UNTUK RV. BAGAIMANAPUN KITA JANGAN PEGANG SANGAT BERITA INI SEBELUM IANYA BENAR2 JADI KENYATAAN.
DAN YANG JELAS RV TETAP RV! INSYAALLAH......


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Kiraan Lelongan Dinar Iraq di CBI

Purata lelongan sehari iqd berjmlh usd 100juta
usd 100juta x 7 hari = usd 700juta
usd 700juta x 4 minggu = usd 2,800juta
usd 2,800juta x 12 bulan = usd 33,600juta/33.6bllion
usd 33.6billon x 8 tahun = usd 268.8billion

Sebenarnya IQD yg dilelong sama seperti melelong minyak iraq dgn harga yg murah. Rezab minyak Iraq bernilai 10 trillion dollar..Jadi jumlah IQD yangg telah dilelong iaitu usd 268.8Billion adalah hanya 2% drpd jmlh rezab myk Iraq.

Jadi tidak menghairankan, CBI masih melelongkan Dinarnya. Negara tokey minyak, masakan masalah lelongan IQD nya menjadi barang pertikaian??
Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Monday, February 14, 2011

2011 : Koleksi Dinar Iraq Yang Akan Menjadi Potensi


Info Kepada NewBie

Matawang Iraq dikenali sebagai Dinar Iraq (IQD). Note baru Dinar diperkenalkan pada akhir 2003 sejurus Amerika menjatuhkan Saddam Husin. IQD ditarik dari pasaran dan nilainya merudum ke USD 0.00086. Sebelum ini nilai IQD ialah antara USD 0.30 (2003) ke USD 3.30 (1990)

Kejatuhan IQD sehingga ke paras bawah par ini adalah kerana telaga minyak Iraq musnah dan menyebabkan Iraq hilang sumber pendapatannya. Hasil minyak menyumbang 90% kepada pendapatan Iraq. Faktor kedua yang menyebabkan nilai IQD jatuh adalah kerana isu kestabilan politik Iraq.

Kini, selepas 7 tahun, Iraq sudah jauh berubah dan menuju kepada sebuah negara yang lebih demokratik, bersistem dalam pemerintahannya, lebih aman dan lebih kukuh ekonominya.

Iraq telah melalui dua kali pilihanraya secara bebas untuk memilih kerajaan. Partisapasi rakyat lebih menyeluruh dengan adanya beberapa buah parti politik. Selepas pilihan raya pada Mac 2010, kini Iraq telah mempunyai Perdana Menteri baru dan barisan kabinetnya. Hubungan antara bangsa Iraq dengan negara jiran semakin mesra dan intim demi kepentingan bersama antara mereka.


Tentera US di Amerika

Tentera Iraq pula telah mula mengambil alih peranan tentera Amerika yang mulai keluar sejak 31hb Ogos 2010. Kini. hanya tinggal 50,000 orang tentera Amerika dan kesemua mereka akan keluar dari Iraq sebelum akhir tahun 2011. Penjara terakhir yang dikawal oleh tentera Amerika telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq sendiri. Walaupun ada beberapa pengeboman di pinggir bandar, ianya dilihat sebagai reaksi seorang dua rakyat sahaja - bukannya satu kumpulan yang besar dan berpengaruh. Rakyat Iraq secara keseluruhannya berpuas hati kerana haknya sebagai rakyat telah berjaya dikembalikan melalui sistem pemilihan yang bebas secara demokratik.

Iraq telah melalui dua kali pilihan raya selepas pencerobohan Amerika ditamatkan pada akhir 2003. Ini merupakan satu anjakan yang membolehkan dunia percaya dengan keselamatan dan keamanan di Iraq. Iraq kini sebagai "negara emas" dalam pelaburan, kewangan dan ekonomi oleh pelabur luar. Maka tidak hairanlah jika para penganalisis meramalkan matawang Iraq ini akan diapungkan pada tahun ini juga atau selewat-lewatnya pada 2013.

Yang hebatnya, rakyat Amerika yang dilapurkan sebagai penyimpan Dinar Iraq yang teramai sekali dalam dunia, telah mula mengisi borang pertukaran wang Dinar Iraq dan borang pengistiharan cukai keuntungan jualan Dinar Iraq kepada kerajaannya.

Ekonomi Iraq yang bermula dari kosong pada 2003 sehingga menyebabkan kerajaan Iraq terpaksa menjual matawang dinarnya secara lelongan kepada bank asing setiap bulan untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan Iraq. Dalam dunia kini, Iraqlah sebuah negara yang "melelong" matawangnya sendiri untuk mendapatkan matawang asing bagi membiayai kos pembangunan negaranya. Tetapi mengapa bank asing sanggup membeli dinar sekarang pada harga USD 1.00 = 1,168 Dinar? Ya, setiap bulan bank asing membeli dinar Iraq sebanyak USD 100 juta ke 200 juta . Hal ini kerana bank asing mahu menjadikan Dinar Iraq sebagai reserve terbaik kepada bank mereka kerana nilai Dinar Iraq akan naik pada satu ketika nanti. Kiralah sendiri betapa untung jika 1 Dinar Iraq naik ke USD 0.30 atau USD 1.50 atau USD 3.30 iaitu seperti harga asal dahulu sebelum 2003.

Bilakah Dinar Iraq Akan Naik ??

Soalan seterusnya ialah bilakah Dinar Iraq akan naik. Faktor ekonomi merupakan faktor terpenting untuk membolehkan Dinar Iraq untuk naik. Pada masa sekarang pengeluaran minyak Iraq ialah antara 2.6 juta tong sehari. Pengeluaran sebanyak 2.6 juta tong sehari ini adalah pengeluaran terrtinggi Iraq dalam tempoh 20 tahun terakhir ini. Dijangka pada 2012, Iraq akan mengeluarkan 4.5 juta tong sehari. Namun, PM Iraq, Nuri Al Maliki telah mengarahkan supaya Iraq mencapai sasaran pengeluaran minyak sebanyak 8 juta tong sehari dalam tempoh yang segera. Apabila paras pengeluaran hariannya melepasi 3 juta sehari dan menuju ke 5 juta tong sehari, maka tidak mustahil pada bila-bila masa nilai Dinar akan dikaji semula dan dinaikkan secara perlahan-perlahan. Pihak Iraq mungkin akan mengapungkan Dinar Iraq dipasaran dengan penetapan harga awal sebanyak USD 0.30. Namun, baru-baru ini Kementerian Perancangan Iraq mencadangkan supaya nilai Dinar dinaikkan ke USD 1.134 untuk selama tiga tahun. Selepas itu baru dikaji semula nilainya. Cadangan ini menarik sekali kerana menurut kajian Kementerian Perancangan bahwa nilai Dinar sebanyak USD 3.134 itu adalah satu nilai yang "sepatutnya" dan memudahkan pihak luar berurusan dengan Iraq.

Kita mengharapkan dinar naik selewat-lewatnya pada akhir Mac 2011, kerana Iraq bakal menyertai WTO pada bulan November 2011. Dinar perlu diapungkan awal supaya ianya mencapai ke satu tahap nilai yang stabil menjelang bulan November nanti apabila Iraq join WTO. Tak molek sungguh kalau Iraq menyertai WTO tanpa terlebih dahulu wangnya terapung dengan nilai yang kukuh dan stabil. Itulah pandangan ramai ahli ekonomi.

Isu-Isu Lain

Isu-isu lain seperti kononnya dinar akan dibuang 3 kosong adalah karut kerana langkah ini bukannya akan menaikan nilai Dinar tetapi akan mengurangkan nilai Dinar. Apakah logik 25000 Dinar akan jadi 25 Dinar. Jika Dinar naik dan bernilai USD 3.00 pun, nilai Dinar tetap lebih rendah dari nilai sekarang. Apakah itu maksud pemulihan ekonomi Iraq. Saya dah naik malas nak cerita hal ini kerana bahasa matawang yang mengatakan buang 3 kosong itu adalah memberi maksud untuk menaikan nilai Dinar, ianya perlu menjadikan nilai 1000 dinar ke 1 Dinar bersamaan 1 USD. Bukannya note 10,000 itu jadi 10.

Isu Tukar Note Lain

Cerita note baru pun satu hal. Bukan mudah bagi sesebuah negara menukar note secara semborono tanpa notis awal. Semua negara membenarkan note lama digunakan untuk satu tempoh yang ditentukan bersama-sama dengan note baru yang diperkenalkan. Takkan tiba-tiba sahaja wang lama dihapuskan dan diganti dengan wang baru. Jadi secara otomatik, telahan ini adalah tidak masuk akal.

Pemilikan Dinar Iraq (saya tidak mengistilahkan sebagai "pelaburan") adalah skim lambat kaya, khususnya yang telah memilik dinar sejak 2006, bukannya skim cepat kaya. Tetapi yang baru memiliki Dinar pada 2011, maka anda adalah beruntung kerana pada bila-bila masa mulai sekarang, dinar akan diapungkan. Wau. Untung juga yang lambat tau hal dinar ini. Taklah terasa "lama" menanti. Namun ada juga yang dah "gila" tak sabau manunggu walaupun sehari.


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Iraq menegaskan usaha untuk bergabung dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia dan perlindungan dana


Kerajaan Iraq pada hari Ahad, berusaha untuk bergabung dengan WTO dan memastikan perlindungan dana luar negeri Iraq, dengan menekankan pentingnya bekerja untuk membina ekonomi Iraq adalah pelbagai dan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi maju oleh pelaburan menggalakkan, memudahkan dan menetapkan perdagangan dan rasionalisasi dari anggaran negara dan kelulusan undang-undang minyak dan gas.

Sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri Nuri Ruz Shaways diterima, salinan itu, "Jawatankuasa Penyelarasan Iraq - ekonomi AS swasta, tenaga, diadakan pada hari Ahad, rapat untuk lebih mengaktifkan perkongsian strategik asal untuk membina ekonomi Iraq adalah pelbagai dan pelaksanaan dasar ekonomi baru, cara canggih untuk memastikan integrasi ekonomi Iraq dengan ekonomi global dan pasaran. "

Kenyataan menambah bahawa "pertemuan datang dalam perjanjian rangka kerja strategik antara Iraq dan Amerika Syarikat (SOFA), untuk menggalakkan pelaburan dan sumbangan sektor swasta dalam proses pembangunan melalui reformasi pentadbiran dan diberlakukannya peraturan-peraturan baru dan menyediakan kemudahan bagi pelabur."

Para Shaways dalam laporan untuk "keinginan Iraq untuk meningkatkan hubungan kerjasama dan perdagangan dan saling pergantungan ekonomi di berbagai bidang dengan Amerika Syarikat," menekankan "keseriusan kerajaan dalam mempromosikan pelaburan dan sumbangan sektor swasta dalam proses pembangunan melalui reformasi pentadbiran dan diberlakukannya baru undang-undang dan untuk menyediakan kemudahan bagi pelabur. "

Kenyataan itu melanjutkan bahawa "kepala dan wakil kumpulan kerja bersama Iraq dan Amerika Syarikat membahas daerah saat ini dan meninjau perkembangan terbaru dalam bidang wacana dan pertemuan mereka sebelum ini," mencatatkan bahawa "kumpulan kerja utama terdiri daripada awam, pengurusan kewangan perdagangan, pelaburan, minyak dan pembangunan tenaga sektor swasta. "

Dia menunjukkan bahawa "pertemuan ini menyiasat bagaimana memudahkan pergerakan pengusaha dan pelabur dan bagaimana untuk membangunkan dan menyokong sistem perbankan di Iraq untuk membolehkannya untuk menawarkan perkhidmatan perbankan canggih, juga membahas masalah sokongan untuk sektor industri kecil dan menengah berukuran syarikat dalam menyokong ekonomi dan melalui penyediaan lapangan kerja baru, "menambah bahawa" perbincangan merangkumi tatacara untuk pengganti untuk Dana Pembangunan untuk Iraq (DFI), prosedur yang tepat untuk menjamin perlindungan dana Iraq selepas mengangkat global perdagangan, serta untuk mempelajari beberapa hal umum ekonomi. "

Kenyataan itu ditekankan berkaitan dengan hal-hal komersil pada pentingnya "kerja keras untuk aksesi Iraq ke WTO dan bekerja untuk melaksanakan undang-undang tentang adat Markas kadar pada waktu yang tepat untuk mencapai keseimbangan antara perlindungan terhadap produk dan mempertimbangkan keadaan untuk menggalakkan pelaburan, memudahkan dan menetapkan perdagangan, serta rasionalisasi terhadap anggaran negara dan melindungi dana bangsa dan mendapati alternatif untuk Dana Pembangunan untuk Iraq dan pembangunan semula infrastruktur bank kerajaan dan swasta, pembangunan dan penyertaan berkesan dalam kegiatan antarabangsa, termasuk pengubahan wang counter. "

Kenyataan itu menambah, "serta pelaksanaan undang-undang minyak dan gas dan pengedaran import, dan pembangunan semula infrastruktur industri minyak dan pemodenan dan pembangunan, meningkatkan pengeluaran dan mengira masa yang tepat antara pengeluaran bahan bakar dan penjanaan elektrik lengkap dikontrak dan insurans keperluan warga dan negara tenaga dan bahan bakar. "

Pertemuan itu adalah pertemuan pertama Jawatankuasa Penyelarasan ekonomi, tenaga bersama setelah pembentukan kerajaan Iraq yang baru, dengan kesediaan kerajaan Iraq untuk kerjasama dilanjutkan tanpa syarat dengan Amerika Syarikat dalam rangka perjanjian strategik dan penyelarasan di pelbagai peringkat sektor ekonomi, kewangan dan perkhidmatan.

Pembicaraan tentang aksesi Iraq ke WTO dan perlindungan dana di luar negeri berbeza dengan apa yang ada di lapangan, link seperti keputusan badan-badan bebas termasuk Bank Dunia dan pemerintah Iraq pusat daripada secara langsung dari DPR dan tidak fokus kerajaan untuk menyokong sektor swasta.

Walaupun keterbukaan lebar untuk dunia yang mengalami perubahan di Iraq sejak tahun 2003 setelah puluhan tahun isolasi, tetapi hubungan ekonomi luaran masih mengalami tersandung jelas untuk beberapa alasan, terdepan yang kemelesetan ekonomi.

Penyebutan pemerhati ke aksesi ke WTO merupakan tujuan utama dari banyak ekonomi tempatan kerana keuntungan yang dicapai oleh aksesi integrasi ke dalam ekonomi global, dan memberikan peluang besar untuk pelaburan, serta mencari pasaran untuk produk mereka , tetapi bahawa proses ini dikaitkan dengan saiz dan sifat dari senjata kompetitif yang dimiliki oleh perekonomian nasional, untuk memasuki pasaran global rakan kongsi dan pesaing, yang tidak tersedia bagi perekonomian Iraq pada masa ini.

Sumber : http://www.alsumarianews.com/ar/3/17317/news-details-.html


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Friday, February 11, 2011

1 % Sahaja Daripada Rakyat Malaysia Yang Menyimpan Dinar Iraq




IQDinar ada dlm 2 bentuk note

1. Cetakan semasa pemeritahan saddam. diklasifikasikn sebagai simpanan peribadi (koleksi). Aku pn masih menyimpan 1 dinar dn 25 dinar antara 10-20 keping cetakan 90an dn note² ini tidak dgunakan lg utk tujuan jual-beli.

2. Cetakn thn 2003-2011 (current). iaitu note² dinar yg masih dilelong olh CBI utk tujuan pembelanjaan iraq disamping menstabilkn nilai matawang tersebut. Dn note² ini dibeli oleh kbyakn pelabur IQD. 80% rakyat Amerika memonopoli plaburan IQD, diikuti Canada dn negara² jiran. Tidak terkecuali rakyat Indonesia dn Malaysia yg dianggarkn sekitar 1% sahaja yg melihat potensi IQD sbg pelaburan.

Mungkin peluang sebegini tidak dtg selalu, maka ramai diantaranya masih tidk percaya wujudnya peluang sebgini utk bergelar jutawan dn munkin sstgh lg tahu tapi kurang yakin ttg kebangkitan ekonomi negara iraq ataupun mereka ini tidak ambil port langsung ttg perkembangan negara iraq. Jd ada diantara mereka ini cuba menjadi bijak dgn mengeluarkn pendpt/kenyataan sendiri tanpa sbrg bacaan/kajian.

1% pelabur ini yakin potensi IQD akan diapung(RV) pd bila² masa saja dr skrg. Ada yg mempersoalkn bila?

Banyak rumor yg mletakkn tarikh dn harapan tapi setiap satunya tidak pernah tepat. Masa yg melepasi kita ini sebenarnya telah banyak merubah negara Iraq menjadi lebih baik dr hari ke hari. Kini securiti di negara iraq di setiap negeri semakin terjamin. Manakala wakil² dr negara² besar didunia telah pun membuat perjumpaan dgn PM Iraq, Apa yg pasti segala masalah didlm atau diluar negara iraq sudah pun selesai satu persatu. Insya’Allah RV semakin menghampiri kita.


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Wednesday, February 9, 2011

Logik : Lelongan mencecah 1 Billion dalam masa 2 Minggu?

[Klik Gambar Utk Besarkan]

Berlaku percanggahan pendapat antara satu sama lain antara mereka yag menyimpan dinar Iraq, dan mereka yang tidak menyimpan dinar Iraq (yang sudah tersedia maklum mengenainya). Bagi mereka yang menyimpan, beranggapan mereka yang tidak menyimpan berada dalam kerugian. Hal ini kerana "Iraqi Dinar" bukan sahaja dicerita dan berlaku di dalam Malaysia sahaja, bahkan info mengenainya melata di dunia global.

Bagi mereka yang tidak menyimpan pula, menganggap mereka yang menyimpan "sebagai tidak cerdik"," berangan-angan seperti Mat Jenin", dan "Ibarat menunggu bulan Jatuh ke Riba" dan lain-lain. Mereka meletakkan persepsi negatif kepada Dinar Iraq dan penyimpannya kerana memandang ia adalah satu perkara yang mustahil. Sebagai satu contoh, Note IQD10,000 bila RV akan menjadi RM45,000 (jika naik USD1.50), sedangkan modal untuk membeli Note IQD10,000 (jika diblog saya) hanyalah RM80. "Apakah RM80 boleh menjadi RM45,000?. Mustahil Mustahil"Kata mereka sambil gelengkan kepala.

Sebenarnya banyak jawapan yang boleh kita berikan kepada mereka yang beranggapan sedemikian. Selain menebarkan sejarah matawang Dinar Iraq kepada mereka, selain memberitahu potensi Dinar Iraq ini melalui berita-berita semasa di CNN,CNBC, AlJazeera, dan lain-lain berita dunia, kita juga boleh menggunakan kaedah psikologi untuk menjawab kemungkinan soalan yang ditanya oleh mereka. Sebagai contoh, Central Bank Of Iraq telah melelong dinarnya melebihi 150 juta USD sehari (tiap-tiap hari), dan bank yang menjadi pembeli terlibat dengan aktif dan sentiasa bertambah. Mereka juga membeli dengan kuantiti yang banyak. (tengok gambar di atas).Lelongan ini sudah tentu-tentunya mencecah 1 Billion dalam masa 2 Minggu. Benar? Ya sudah tentu.

Persoalan psiko : Sekiranya Dinar Iraq tidak mempunyai potensi, bagaiman mungkin bank-bank lain yang bertindak sebagai buyer" (pembeli), sanggup memilikinya?? Malah auction harian melebihi 150Juta USD? Mengapa??

Tidak lain dan tidak bukan, adalah kerana Dinar Iraq sememangnya mempunyai potensi yang sangat besar. Bank-bank asing yang terlibat telah nampak akan perkara ini sejak dari dahulu lagi, dan kerana itu mereka sanggup menelan risiko kerana telah terkedepan melihat potensinya.

Mereka sanggup membeli ratusan juta Dolar sehari, mengapa kita tidak kita menyimpannya walau sedikit? Adakah simpanan 10k (harga RM80) itu akan menyebabkan anda papa kedana??

Yang pastinya, bagi mereka yang tidak mempercayai hakikat ini, perlu segera membersihkan minda mereka. Koleksi yang diperolehi sudah pastinya menjadi potensi yang besar, dan akan memberi kesan kepada hidup para penyimpannya.

Fikir-fikirkanlah.

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Iraq : Tunjuk Perasaan Protes Pembaikan Taraf Hidup Rakyat




Semalam diberitakan ratusan orang warga Iraq keluarberamai-ramai di jalan2 utama di Iraq sebagai tanda protes. Mereka dikatakan menuntut perbaikan taraf hidup mereka diberi perhatian segera. Ini bererti RV dinar memang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat kerana rv merupakan faktor penting yang menjadi asas dan membolehkan taraf hidup rakyat Iraq ditingkatkan.

Selama ini rv tidak dapat dilaksanakan bukan kerana berpunca daripada rakyat, tapi anggota parleman Iraq dari berbagai parti yang menjadi penyebabnya. Mereka lebih mementingkan diri mereka daripada kepentingan rakyat. Bagi anggota parleman Iraq
memang mereka tida merasakan kesukaran hidup kerana gaji mereka yang lumayan besar. Manakala rakyat pula kebanyakannya terus menderita.

Dalam soal kelewatan rv ini penyebab utamanya terletak di tangan Shabibi. Beliau sentiasa bertangguh2 dalam soal perlaksanaan rv ini dengan berbagai alasan. Pada hal kuasa untuk melakanakan rv berada di tangannya secara mutlak. Walaupun CBI kedudukannya berada di bawah bidang kuasa Parleman tapi parleman tidak boleh mencampuri ursan rv ini. Maka itu Shabibi boleh menangguhkan rv menurut rasa dan kemahuannya!

Mungkin berdasarkan faktor tersebutlah menyebabkan Maliki meminta Mahkamah Tinggi Iraq meletakkan CBI di bawah bidang kuasa Jemaah Menteri Iraq yang dipimpinnya. Melalui cara ini saja baru Maliki akan mempunyai kuasa dalam soal rv ini. Dan kerana itu Shabibi dan penasihat CBI telah membantah langkah yang diambil Maliki tersebut.

Bagaimanapun sejak Maliki mengancam untuk mengambil kuasa CBI dikatakan Shabibi dan Maliki semakin kerap mengadakan pertemuan sekarang ini. Takut juga Shabibi pada Maliki rupanya!

Dan dengan wujudnya protes rakyat Iraq yang meminta taraf hidup mereka ditingkatkan, maka ianya menjadi pertanda rv semakin hampir. Ini disebabkan Maliki tentunya tidak mahu rakyat Iraq memberontak secara besar2an seperti yang terjadi di Mesir sekarang! Dan nampaknya rv memang akan dilaksanakan bila2 masa saja dari sekarang.....

Sumber : http://en.trend.az/regions/met/iraq/1826497.html


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Anggaran Rate Dinar Iraq : Pendapat 1 Dinar USD 0.10 disanggah.


Dinar dijangka diapungkan dengan nilai USD 0.10 = RM 0.30 Tunggu saat dan detik sahaja dari sekarang...Dijangka Bulan Mei sebelum Negara IRQ mengangotai WTO 6 bulan dari sekarang.Syukur.

Kepada sahabat yang rasa wang simpanan IRQDnya tidak mencukupi, masa untuk mengumpul masih ada...“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

Allahyarham Profesor Dr. Hamka.

P/S : Kalau ada yang mengatakan USD 1 keatas anggaplah ianya sebagai rumors sahabat semua.
Wallahualam.

Rate USD0.10 ini hanya rumors yang belum tentu lagi. Dari beberapa rumors yang ada saya pernah membaca pendapat seorang pakar ekonomi yang mengatakan berdasarkan kajian beliau CBI akan mengumumkan rate yang tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Menurutbeliau rate yang dianggap rendah adalah $1.50 dan paling tinggi sekitar $3.50 nilainya.

Memang diakui nilai sebenar IQD dikatakan dari $6.00 -$12.00 nilainya. Maka itu setengah rumors menyatakan IQD akan diapungkan pada rate antara $5.00 hingga $6.00 lebih. Tapi menurut ekonomist tersebut CBI tidak mungkin mengapungkan mata wangnya dengan begitu tinggi sehingga $5.00 atau $6.00 lebih. Paling tinggi pun adalah sekitar $3.50 dan paling rendah pula sekitar $1.50 ratenya. Dalam kata lain bagi saya ia tidak mungkin diapungkan rendah di bawah paras $1.00 apalagi dengan rate USD0.10 yang begitu ciput!

Apakah kesannya jika CBI mengapungkan IQD dengan begitu tinggi sehingga $5.00 lebih atau dengan begitu rendah sehingga di bawah $1.50 nilainya? Kedua2 keadaan terlalu tinggi atau terlalu rendah ini boleh membawa kesan negatif pada perekonomian
Iraq.

Jika terlalu rendah sehingga di bawah paras $1.50 akan menyebabkan pemborong besar mata wang dunia memborong IQD kerana mereka tahu nilai sebenar IQD adalah melebihi $5.00 nilainya! Dan ini dikatakan akan menjejaskan reserve negara
Iraq kerana akan dikuasai oleh pemborong mata wang Iqd tersebut.

Manakala jika diapungkan terlalu tinggi sehingga $5.00 atau $6.00 akan menyebabkan kebanyakan pemegang iqd akan menjual iqd mereka yang sudah tentu akan memberi implikasi negatif pada mata wang iqd pula.

Maka itu kata pakar ekonomi tersebut Iraq akan hanya mengapungkan iqd dengan rate antara $1.50 hingga $3.50 saja iaitu tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi.

Jadi cuba bayangkan jika iqd diapungkan pada harga yang begitu rendah sehingga USD0.10 itu?
Tidakkah ia akan diborong oleh pedagang besar mata wang dunia?

Maka itu saya yakin iqd akan diapung pada nilai yang dikatakan oleh pakar ekonomi tersebut iaitu antara $1.50 -$3.50 nilainya. InsyaAllah....

Kata saya :

Jika dengan nilai 1 Dinar USD 0.10 pun, kita tetap untung. Kalo jika nilai 1 Dinar = USD3.00, kita lagi lagi lagi lagi lagi lah untung.. Apa tunggu lagi?? Jom tukar sekarang!! Maka itu peluang anda untuk membeli ferrari masih terbuka lagi. Hhehehe..

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Tuesday, February 8, 2011

Iraq : Ke Arah Memantapkan Dan Pemulihan Berganda Ekonomi Iraq


Berita Terkini :Parlimen akan meneruskan perdebatan mengenai anggaran Kewangan Negara Iraq pada hari Ahad

Pada hari Ahad yang lepas kerajaan Iraq telah meluluskan anggaran Bajet 2011 yang mana telah disesuaikan dengan peningkatan sebanyak tiga bilion dolar menjadi 81,9 bilion dolar, sementara anggaran defisit pula iala $ 13300000000. Jurucakap Kerajaan Iraq, Ali al-Dabbagh menjelaskan melalui "Alsumaria News" bahawa, Jemaah Menteri telah memberikan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menguruskan pinjaman dari Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Kabinet memutuskan satu keputusan untuk meluluskan peruntukan sebanyak $ 900 juta untuk membeli pesawat, F-16, di bawah perubahan yang terkandung dalam draft RUU anggaran 2011, juga sepakat untuk melakukan perubahan harga pada setiap barel minyak menjadi 76,5 dolar, dan oleh dua juta dan dua ratus ribu barel per hari. Keputusan ini diputuskan pada sidang pertemuan rutin yang dilaksanakan pada 26 Haribulan yang lepas.

Awal bulan lalu juga Kabinet telah meluluskan anggaran secara umum untuk 2011 berkenaan nilai defisit Iraq, iaitu sebanyak $ 12 bilion dan akan ditutupi oleh jumlah baki daripada anggaran tahun sebelumnya dengan meminjam kewangan daripada sumber dalaman dan luaran, yang mana telah mencatatkan bahawa pendapatan diramalkan dijangka 66700000000 dolar, sementara pengeluaran sebanyak 78700000000 dolar, defisit $ 12 bilion, dan menunjukkan bahawa perhitungan pendapatan dari eksport minyak mentah pada peringkat $ 73 per barel pada peringkat 2.000.250 BPH, yang 150 ribu barel minyak mentah minyak dieksport dari wilayah Kurdistan.

Sumber-sumber yang disahkan dari Parlimen Iraq bahawa pertemuan berikutnya selepas ini akan berkisar mengenai perbahasan dalam merangka draft sebenar selepas mendengar laporan jawatankuasa kehadiran kewangan dan ekonomi dari Menteri Kewangan dan para ahli.Sumber itu juga mengatakan dalam sebuah wawancara untuk "Alsumaria News", "bahawa Speaker Parlimen Iraq Osama Nujaifi mengadakan 31 pertemuan, yang juga berlangsung pada hari ini dan dihadiri oleh 206 wakil, berterusan hingga minggu depan.

Sumber yang mempunyai kesahihan yang tepat melaporkan bahawa "Dewan menyelesaikan pembacaan kedua dari draft anggaran 2011 dunia saat ini", mencatatkan bahawa "pertemuan berikutnya akan membahas draft anggaran setelah mendengar laporan dari jawatankuasa kewangan dan ekonomi kehadiran Menteri Kewangan, Rafie al-Issawi dan ahli. "

Dewan Perwakilan Iraq pagi ini, yang merupakan pertemuan ke-31, dibawah pimpinan Ketua Sidang Parlimen, Osama Najafi dan dihadiri 206 timbalan, sedangkan sumber-sumber yang disahkan di parlimen bahawa pertemuan akan melihat pembacaan kedua-dua undang-undang persekutuan dalam rancangan anggaran kewangan untuk 2011 selepas menambah baik pindaan untuk itu.

Sumber : http://www.alsumarianews.com/ar/1/17091/news-details-.html

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Sunday, February 6, 2011

Antara Punca Kejatuhan Pound Egypt : Rakyat Yang Melihat Masa Depan


Daripada maklumat yang saya baca daripada akhbar Iraq DISINI, telah berlaku perubahan besar dalam jatuh-naik matawang Pound Egypt selain daripada berlaku Rusuhan iaitu kerana rakyatnya yang "terlampau celik", melihat potensi Dinar Iraq sebagai pelaburan masa depan.

Hal ini telah menyebabkan Duit Iraq yang diseludup dan dijual di bank-bank domestik Iraq,Money Changer dan lain-lain menjadikan pertukaran matawang Pound Egypt kepada Dinar Iraq sebagai satu perniagaan yang menguntungkan kepada mereka.Satu hal yang tidak disedari adalah, sekiranya ramai yang membeli dinar Iraq ( Boleh dikatakan nisbah 100 orang penduduk Egypt, 1 orang menyimpannya) ia akan memberi impak yang tidak baik kepada ekonomi negara tersebut. Kejatuhan Pound Egypt yang amat ketara dilihat sebagai satu fenomena "celik" dikalangan rakyatnya. Falsafah "Change For Future Investment" ini bagaimanapun tidak berlaku di Negara Malaysia.

Mengikut sumber juga, Bank Negara Mesir telah terkesan dengan keadaan ini dan menjebakkan mereka turut serta dalam penjualan Dinar Iraq ini.

Jadi dimana peranan anda di saat ini? Saranan saya, tukarlah RM anda kepada IQD sebelum terlambat. Tidak menyimpan banyak pun, sikit pun tidak mengapa.

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Dinar Iraq : Peluang untuk menyelesaikan hutang


Salam,
Saya sebenarnya berasa terpanggil untuk berkongsi cerita ini kepada bangsa saya sendiri (Melayu) kerana saya merasakan ianya sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya di pejabat tempat saya bekerja, bangsa Cina selalunya akan berkongsi sesama mereka sekiranya terdapat satu peluang yang baik secepat yang mungkin. Dalam kes saya, selalunya apabila berkaitan dengan saham. Tak seperti kita yang selalunya nak senang/kaya sorang-sorang. Kata orang, makan sorang-sorang. Adakah rugi jika kita kaya bersama-sama? Renung-renungkanlah. Yang penting kita berdoa bersama-sama agar menjadi orang kaya yang beriman dan bertaqwa. Amiin.

Nasihat saya, sebelum kita membuat keputusan sama ada hendak menyimpan Dinar Iraq atau pun tidak, adalah lebih baik kita membuat kajian terlebih dahulu. ILMU itu penting untuk kita membuat sesuatu keputusan. Mengikut Warren Buffet, dia tidak akan melabur di dalam bidang yang beliau tidak menguasai ilmunya. Pada zaman sekarang ni bukannya susah sangat, google je, macam-macam ada bak kata pak cik Astro.Yang penting kita tahu macam mana kaedah nak menapis maklumat yang kit a baca/terima tu.

Ok, berbalik kepada Dinar Iraq. Sebelum diserang Amerika, nilainya adalah sekitar 3.30 USD bagi 1.00 IQD. Sekarang nilainya sekitar 0.00090 USD bagi setiap dinar. Bagi sesiapa yang nampak peluang, sudah tentu akan mengambil kesempatan yang terbentang luas ini. Ianya samalah seperti kita bermain saham, beli semasa harga jatuh/rendah dan jual bila harga naik/tinggi.

Dalam kes ni, kita beli sekarang dan simpan sehingga ianya akan diapungkan pada masa hadapan (mungkin hujung tahun ni atau tahun hadapan, hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui). Bila ianya diapungkan kelak, kita jual untuk mendapatkan keuntungan.

Katakan bila diapungkan kelak :-
IQD 1.00 = USD 0.30
USD 0.30 = RM 1.00 (lebih kurang la ya)
Jadi, jika kita ada IQD 100,000 secara tidak langsung kita akan ada RM 100,000 dalam tangan. Itu jika nilainya USD 0.30, jika nilainya USD 1.00 (3 kali ganda), tak pasal-pasal kita ada dalam RM 300,000. Mungkin banyak yang kita dapat lakukan dengan jumlah wang sebanyak itu terutamanya untuk melangsaikan hutang.

Setiap pelaburan ada risikonya. Yang penting bagaiman kita menguruskan risiko tersebut. Kita mestilah mengambil risiko yang sanggup kita tanggung sahaja.

Contohnya, saya hanya sanggup menanggung risiko untuk kehilangan RM 1500, jadi budget saya untuk beli Dinar Iraq maksimanya hanyalah RM 1500 sahaja. Jangan ikut nafsu, berfikirlah secara waras.

Nasihat saya bagi mereka yang ada duit lebih, elok pelbagaikan cabang pelaburan. Katakan kita ada RM 20,000.00, mungkin kita boleh bahagikan kepada 4 cabang
pelaburan seperti di bawah :-

RM 1,500 ---> beli Dinar Iraq
RM 10,000 ---> beli Gold Bar
RM 7,000 ---> simpan dlm ASB
RM 1,500 ---> beli saham

Mungkin ada yang akan memperlekehkan tulisan saya ini (sememangnya saya sendiri takut untuk membicarakannya kerana saya tidak arif di dalam bab-bab pelaburan ni), tapi tak mengapa. Bangsa kita selalu berfikiran NEGATIF. Apa akan jadi kalau tak jadi...dan bermacam-macam kalau lagi. Cuba kita berfikiran POSITIF. Cuba kita fikir apa akan jadi pada kita/keluarga/saudara jika hal apungan Dinar Iraq ini berlaku pada hari ini atau esok. Cuba fikir-fikirkanlah.

Bagi pendapat saya, lebih baik kita simpan/beli Dinar Iraq ini mengikut kemampuan kita. Dulu kita sudah terlepas peluang untuk membuat keuntungan dengan Dinar Kuwait. Sekarang peluang tersebut datang lagi. Mengikut kata cikgu saya, kita mungkin akan mendapat banyak peluang untuk berjaya di dalam hidup. Masalahnya kita tidak tahu peluang yang mana satu akan membuatkan kita berjaya yang bakal mengubah hidup kita. Oleh itu katanya, kita rebutlah peluang yang baik yang terbentang luas di hadapan kita secepat dan sebaik-baiknya.


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Saturday, February 5, 2011

Kabinet : Masalah Yang Harus Segera Diselesaikan.



Tanya:kenapa belum rv?

Jawab:Kerana bajet 2011 belum diumumkan

Tanya:kenapa bajet 2011 belum diumumkan?

Jawab: Kerana masih ada kekosongan menteri dalam kabinet

Tanya:apa relevansinya bajet dengan kekosongan dalam kabinet?

Jawab:coba anda bayangkan siapa yang akan mengurus dan mengatur bajet jika kabinet masih ada yang kosong.

Tanya:kenapa kabinet masih ada yg kosong?

Jawab:silahkan tanya malliki he..he..he..

Jadi kesimpulannya adalah rv harus di dahului oleh pengesahan bajet,pengesahan bajet haruslah dengan kabinet yg lengkap kerana bajet 2010 tidaklah sama dengan bajet 2011. Bajet 2010 hanya diluluskan oleh parlimen dan pemerintahan darurat saja dan tidak banyak kepentingan politik. Bajet 2011 dirancang oleh parlemen dan pemerintahan yg berdaulat dan banyak intrik politiknya.

Mudah2an ALLAH TA'ALA mengilhamkan kedalam hati sanubari Nouri Al-malliki untuk segera menyesaikan masalah2 yg menghambat rv. AMIN YA RABBAL ALAMIN



Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

CBI Menyalahkan Parlimen Iraq Kerana Belum Isytihar RV?


Hasil pemerhatian yg dibuat.Kebanyakan rumors yang dibaca mengatakan rate USD5.21 .Memang Nuri Al Maliki akan umumkan rv tersebut .Tetapi perlulah dengan persediaan penuh dari pihak CBI. Ini memandangkan CBI akan menguruskan rv tersebut.Nak umum memang senang .Namun Nak uruskan tu yg mungkin perlu persediaan rapi.

KALAU BEGITU NAMPAKNYA MEMANG SAAT RV SUDAH BENAR2 HAMPIR DENGAN KITA. RASANYA PIHAK CBI SUDAH CUKUP PERSEDIAANNYA. HANYA MENUNGGU KELULUSAN BAJET DARI
PARLEMAN SAJA! CUBA LIHAT BERITA BERIKUT:

Adenosis February 5 (Rn)– the central bank warned Iraqi political blocs of the delay in approving the budget of 2011 being a negative affect on the reality of economic development in the country.

The adviser said the Central Bank of Iraq the appearance of Mohammed Saleh told the Kurdish news agency (Rn) that “the delay in the budget in 2011 more than this time will weaken the country’s economic development is a large and particularly affect the rates of growth.”

ERTINYA CBI MENYALAHKAN PARLEMAN KERANA KELAMBATAN MELULUSKAN BAJET. KALAU BAJET SUDAH DILULUSKAN SEJAK AWAL LAGI MEMANG CBI TIDAK ADA APA2 MASALAH LAGI...WAU!!!

TUNGGU SAJA....JANGAN KEMANA-MANA!!!

RV TETAP RV!!!INSYAALAH.....


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Teori Konspirasi Dinar Iraq Disangkal: Adakah Kita Di Manipulasi?

Teori Konspirasi Dinar Iraq :


cuba anda fikir kan.. Andaikata rv berlaku (dgn berapa rate sekalipun), bukan kah satu fenomena kekayaan rakyat berlaku di sana sini? Dan sudah pastinya keadaan ini tidak akan diredai oleh golongan kapitalis khusus nya kapitalis barat..

Keadaan ini juga akan menukar lanskap kehidupan masyarakat di seluruh dunia yg menjadi kaya mendadak .. Sudah pastinya keadaan begitu tidak digemari oleh US yakni pemerintah dunia dan sekutunya Yahudi..hukum alam disaat ini lebih byk bergantung kpd US yg dipacu Yahudi secara total.

Jadi, tidakkah kita terfikir bahawa kuasa besar dunia di kala ini tidak berbuat apa2 dgn keadaan ini? Apakah mereka redha? Atau mungkin Barangkali semua yg berlaku adalah dirancang agar nampak cantik dan membantu, walhal ia suatu fenomena yg sengaja diwujudkan?

sepertinya anda tidak mengetahui persoalan yang sebenarnya,sekedar anda ketahui bahwasannya rencana rv itu sesungguhnya perancangnya adalah dunia barat itu sendiri, dan untuk anda ketahui USA dan Israel lah yang paling banyak menyimpan dinar iraq ini,tahukah anda bahwa amerika telah mengeluarkankan bermillion2 USD untuk perang dan membangun iraq kembali, lantas dari mana mereka mengembalikan dana mereka itu kembali jawabnya adalah dari rv dinar itu sendiri.

sebelum kita berkomentar hendaknya kita haruslah mencari data yang akurat kemudian barulah disampaikan kepada orang banyak. bukannya komentar menurut pikiran anda yang tidak mengerti persoalan sebenarnya. saya mohon maaf kalau kata2 saya menyinggung perassaan anda.PEACE

Saya setuju dengan anda. Dan apa yang anda katakan memang satu kenyataan, bukan lagi merupakan pendapat seseorang.Pandangan TeoriKonfirasi bahwa "fenomena kekayaan rakyat berlaku di sana sini..tidak akan diredai oleh golongan kapitalis khusus nya kapitalis barat.." bukan satu hujah yang kuat.

Memang akan berlaku kekayaan rakyat di sana sini, tapi peratusnya begitu kecil berbanding keseluruhan rakyat di seluruh dunia. Berapa peratuskah rakyat di luar Iraq(selain di USA)yang ada membeli dinar? Peratus yang membeli dan tidak membeli terlalu kecil!

Kalau di USA peratus rakyatnya yang membeli dinar memang agak besar kerana ianya telah dilegalkan oleh pemerintahnya. Tetapi di luar USA begitu minim sekali rakyat yang membeli dinar berbanding dengan yang tidak membeli kerana pemerintah masing2 tidak menggalakkan rakyatnya membeli dinar. Ini boleh kita chek kebenarannya, kalau kita pergi ke mana2 sama ada di Malaysia atau Indonesia, tanyakan kepada mereka apakah mereka ada membeli dinar Iraq? Akan terbukti percentage mereka yang membeli begitu kecil!

Bahkan di USA yang pemerintahnya melegalkan pembelian dinar pun bukan semua rakyatnya yang membeli dinar. Mengapa? Kerana di samping ramai yang membeli tapi masih ramai juga yang mengganggap dinar Iraq sebagai satu scam saja!

Dan lebih ironis lagi kalau kita pergi ke Iraq, bukan semua rakyat Iraq yang akan jadi kaya dan jutawan kerana rv dinar ini kelak! Mengapa? Kerana purata rakyat Iraq sendiri adalah miskin! Pendapatan harian atau bulanan yang mereka perolehi sekarang terlalu rendah berbanding harga barang dan keperluan hidup seharian mereka. Maka itu hampir seluruh pendapatan mereka terpaksa dihabiskan untuk menampung keperluan hidup
harian mereka sekeluarga!

Lalu, berapa banyak yang mereka boleh simpan? Hanya mereka yang berpendapatan tinggi saja yang mampu menyimpan sebahagian pendapatan mereka sambil menunggu saat rv akan terjadi. Dan hanya orang2 yang mampu menyimpan inilah saja yang bakalan jadi jutawan kelak. Manakala sebahagian besar yang lain pula akan kekal dengan status lama mereka! Maka itu tidak mungkin timbul soal kekayaan rakyat akan terjadi di sana sini seperti yang dikatakan.

Wallahualam.....


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Stefano Grossi : Ingatan Kepada Pemegang Dinar IraQ


"The most important point that investors should understand when purchasing Iraqi dinar is that it is a long-term investment. The value of the dinar depends on the economic and political condition of the country, as well as the overall state of the global economy".

Begitulah peringatan Stefano Grossi dalam salah satu tulisan atau ulasannya mengenai dinar Iraq. Dan saya kira hampir semua pembeli dinar Iraq dengan tujuan untuk 'investment' sudah memahami kata2 Stefano Grossi tersebut.

Apa kata beliau? Dinar Iraq merupakan 'investment' untuk jangka panjang! Maka
itu ada di antara rakan forumer kita yang mengatakan mereka sudah membeli dinar Iraq
ini sejak tahun 2005 lagi. Inilah satu contoh yang baik pada kita semua tentang ketabahan mereka.

Dan ternyata ketabahan mereka kini mula menunjukkan pertanda 'investment' yang
mereka lakukan bakal mendatangkan hasil. Tanda2nya semakin jelas sekarang. Ertinya
tanda2 rv dinar Iraq semakin hampir. Tapi mengapa ada setengah forumer yang mengatakan konon kesal melakukan pelaboran dinar Iraq ini kerana rv masih belum muncul sampai sekarang? Macam2 rungutan dan kelohan yang mereka luahkan dalam forum ini seperti sudah hilang kepercayaan pada dinar yang mereka pegang!

Hanya satu saja nasihat yang boleh kita berikan, iaitu juallah dinar tersebut
kepada rakan2 lain yang masih percaya pada potensi dinar Iraq ini. Maka akan
hilanglah keloh kesah dan rungutan!


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Friday, February 4, 2011

RV semakin dekat : RV Memang Tahun Ini !!



Nampaknya semalam diberitakan Deputy Prime Minister of Iraq telah mengadakan pertemuan dengan wakil UN pada 31/1/11. Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak WTO. Maliki pula telah terbang ke Kuwait untuk menyelesaikan segala persoalan Kuwait-Iraq yang menjadi masalah sebelum ini.

Semua aktiviti pemimpin2 Iraq tersebut menjadi semacam pertanda proses untuk rv dinar memang sedang berjalan pantas. Apalagi kerajaan Iraq pula seperti yang diberitakan telah komplit dan bajet yang dibincang selama ini pun telah digazetkan. Hanya menteri pertahanan saja yang belum dilantik lagi.

Maka itu rumors kencang mengatakan rv dinar memang hanya menunggu waktu saja. Ini memang telah disahkan DinarDaddy yang merupakan penyebar maklumat terbesar mengenai dinar Iraq. Tapi ketika ditanya pendapatnya ttg. rate $5.21 yang dikatakan bakal keluar sebelum ini, beliau kurang yakin. Bagi beliau rv memang menunggu masa dan ketika tapi mungkin sekitar $3.00 saja.

Pada kita tidak kiralah sama ada $5.21 atau $3.00 tapi yang penting kemungkinan rv akan terjadi dalam tahun ini sebelum Arab Summit semakin cerah. Dan kalau benar ianya akan diumumkan sebelum atau pada hari Isnin ini maka lagilah bagus!

Dari satu maklumat dikatakan proses rv yang dikatakan begitu pantas ini adalah disebabkan kekecohan yang trjadi di Mesir baru2 ini. Irak dikatakan tidak mahu kejadian yang sama akan terjadi jika rv terlalu lambat. Ini bererti kekecohan di Mesir dan Tunisia yang sebelum ini dibimbangkan boleh melambatkan proses rv rupanya menjadi penggerak yang semakin mempercepatkan rv itu sendiri.

Bagaimanapun buat sementara waktu ini biarlah kita anggap berita ttg rv ini sebagai rumors dulu. Apa yang kita harap semoga berita kemungkinan rv dalam masa terdekat ini benar2 terjadi. InsyaAllah!!!

RV tetap RV!!! InsyaAllah.......



Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Tuesday, February 1, 2011

Mengapa Anda Perlu Melabur Dengan Dinar IRAQ?


Dinar Baru Iraq adalah matawang sah untuk Iraq. Sebelum perang 1991, kadar tukaran rasmi adalah sekitar 1 Dinar = USD3.00. Nilai ini menjunam teruk apabila berlaku percerobohan 1991 dan sekatan ekonomi PBB. Sejak itu, nilai Dinar Iraq telah meningkat daripada masa terendah ID3000 = USD1.00 kepada ID1,400 hingga ID1,500 kebelakangan ini.Dinar Iraq yang lama dikeluarkan sebelum Oktober 2003 memaparkan imej Presiden Saddam Hussein.

Kesan penyisihannya pada tahun 2003, Kerajaan Iraq membuat keputusan paparan umum wajah Saddam adalah dilarang. Sebagai langkah membangunkan ekonomi Iraq, Office for Reconstruction and Humanitarian Assistance mula mencetak duit 250 Dinar. Ketika ini gambar Saddam masih ada disamping “Gerombolan Kuda” 25 Dinar. Pada Oktober 2003, pentadbiran tentera penceroboh tajaan Amerika Syarikat meluluskan wang kertas baru yang merangkumi denominasi 50, 250, 1000, 5000,10000, dan 25000 Dinar. Denominasi 500 Dinar diperkenalkan pada Oktober 2004.

Nilai 25 dan 100 Dinar dijangka akan muncul juga.Note baru ini cepat diterima pakai sebagai ganti kepada Dinar era Saddam. Dinar iraq baru ini lebih canggih, sukar diciplak berbanding duit era Saddam. Ia banyak ciri-ciri ketara dan tidak ketara yang hampir mustahil untuk diciplak. Dinar baru ini meyakinkan bahawa asas stabil kepada pertumbuhan dan masa depan ekonomi Iraq.



1. FAKTOR SEJARAH
Nilai Dinar Iraq sebelum 1990 ialah 1 Dinar = USD 3.20.
Pada ketika itu, Dinar Kuwait juga bernilai 1 Dinar = USD 3.40.
Semasa Perang Iraq Vs Kuwait pada 1990, Dinar Kuwait jatuh merudum ke USD 0.30. Pada 2003, Dinar Kuwait melonjak semula ke USD 3.40. Maka pakar ekonomi meramalkan nilai Dinar Iraq pun akan melonjak sama ke USD 3.20.
 

Berdasarkan fakta sejarah seperti mana yang pernah berlaku di Kuwait dan Afghanistan. Kami sebenarnya bukan pakar penasihat kewangan. Kami hanya merupakan agen yang menjual set Dinar IRAQ sebagai koleksi yang boleh menjana potensi pada masa akan datang.

Apa yang pernah berlaku kepada Kuwait sebelum in ialah, nilai Dinar Kuwait menjunam sehingga USD 0.10 bagi setiap 1 Dinar Kuwait, kini nilai 1 Dinar Kuwait = USD 3.39. Lihatlah keajaiban yang berlaku dan sudah tentu orang yang memborong Dinar Kuwait semasa nilainya rendah amat beruntung.

Di Afghanistan pula, sebelum perang 1 Dinar = USD 0.03 dan semasa perang menjunam sehingga USD 0.0001. apa terjadi selepas perang? Dinarnya naik menjadi USD 0.02 bagi setiap 1 Dinar. Mungkin tidak sehebat kenaikan Dinar Kuwait mungkin kerana kepentingan ekonomi di Afghanistan tidak sehebat di Kuwait di mana Kuwait merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar di dunia



Apa pula potensi Dinar IRAQ? Dinar Kuwait boleh melonjak naik sebegitu rupa sedangkan Kuwait merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar dunia berbanding IRAQ yang merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di dunia malah merupakan pengeluar gas asli terbesar di dunia. Tidak cukup dengan itu anda mesti ingat IRAQ juga merupakan pengeluar gandum dan buah tamar yang terbesar di dunia. Namun begitu, tiada satu tarikh yang tepat untuk mengetahui bilakah Dinar IRAQ akan kembali naik seperti sebelum perang. Apa yang boleh dikatakan ialah, kita hanya boleh menjangkakan atau meramal (predict based on fact) berdasarkan perkembangan pembangunan ekonomi dan politik di negara IRAQ dari masa ke semasa.

2. Faktor Kekayaan Sumber Asli

Iraq mempunyai reserve minyak pertama terbesar dan reserve gas ketiga terbesar di dunia. Usaha cari gali minyak di Iraq kini adalah kearah pengeluaran 11 juta tong sehari dalam tempoh 5 tahun akan datang, dimana ianya sama dengan jumlah pengeluaran Arab Saudi.

Semua pelabur besar dan dana pelaburan dunia bertumpu dan dicurahkan ke Iraq mencari minyak. Apakah manasabah nilai Dinar kini yang kurang dari satu sen USD? TIDAK ADIL SEKALI. Ianya wajar kembali ke nilai sebenar iaitu USD 3.20!!!

Iraq memiliki rezab kedua terbesar minyak dengan 95% hasil Iraq daripada eksport minyak. Ditambah pula dengan kenaikan harga minyak serantau, Iraq akan kembali kuat. Nilai Dinar Iraq telah meningkat daripada masa terendah IQD3000 = USD1.00 kepada IQD1,400 hingga IQD1,500 kebelakangan ini. Sebelum perang 1991, ID1 = USD3.00. Harus di ingatkan, Dinar baru hanya diperkenalkan sejak 15 Oktober 2003. Sistem kewangan yang diasaskan oleh kerajaan baru ini menggalakkan pelaburan asing, kunci pembangunan ekonomi yang kukuh. Negara Iraq yang berjaya akan melonjakkan matawang Iraq daripada paras terendah menjadi matawang yang diiktiraf dunia. Dinar Iraq yang baru telah meningkat 25% sejak tamatnya operasi ketenteraan di negara itu.

Kerajaan Amerika Syarikat menjanjikan bantuan USD18 bilion, ketenteraan dan sumber manusia sukarelawan, pelunasan hutang dan jalinan ekonomi yang bakal membantu Iraq keupayaan untuk memacu potensi ekonomi USD70 bilion setahun, merupakan yang terbesar di rantau berkenaan. Rezab Minyak Iraq Melebihi USD10 trilion Iraq sebuah negara dinamik dengan populasi rakyatnya terpelajar melebihi 22 juta orang, juga memiliki rezab minyak USD10 trilion berdasarkan harga pasaran semasa. Sejak bebas daripada cengkaman regim Saddam Hussein, Iraq berpotensi untuk mencapai ekonomi bernilai USD70 Bilion setahun, juga rezab minyak dan gas terbesar iaitu kedua selepas Arab Saudi.

INFO YANG ANDA PERLU TAHUN UTK 2011

  1. Sekatan ekonomi keatas Iraq telah berakhir pada tahun 2010.
  2.   Iraq akan menghadiri sidang Arab Submit (Liga Arab) pada bulan Mac ini, jadi adakah Iraq yang merupakan sebuah negara Kaya akan membawa kertas persidangan yang menunjukkan "Iraiq sebuah negara Miskin" dengan nilai ekonominya yang merudum?? Mungkin sekali tidak. Jadi kemungkinan besar RV adalah pada bulan MAC.
  3. Lingkungan antara September hingga Oktober 2011, Iraq akan menghadiri persindangan WTO ( World Trade Organization), dan ekonomi Iraq akan dibentangkan pada saat itu. Utk masuk persidangan itu, perlu ekonomi stabil 6 bulan sebelum tu. Jadi adakah RV pada bulan Mac? (6 bulan sebelum tu).



Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Rumors : Adakah Dinar Iraq ada potensi?


"...Assalamualaikum.......

Semalam kita telah mendapat berbagai cerita dan berita dinar iraq khususnya ttg. bila dan berapa rate yang akan keluar. Dan secara umum kita diberi tahu rv akan terjadi sebelum Arab Summit pd. bulan Mac depan.Ini merupakan time frame yang umum. Tapi detailnya, bilakah?

Ada yang mengatakan rv pada hujung minggu ini sama ada hari Jumaat atau Ahad. Ada juga yang kata hari Isnin ini 31hb. dan cash in pada hari berikutnya 1 Feb. Tapi Jumaat semalam tidak ada apa2. Maka kita akan beralih hujung minggu ini pada hari Ahad. Dan kalau ada yang kata hari Isnin ini, maka ianya masih posible kerna Isnin bulan ini 31hb. Ertinya Isnin ini masih tertakluk sebagai hujung minggu juga! Kita tunggu saja penuh sabar. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman?

Begitulah rumors yang keluar semalam. Tapi hari ini dikatakan semakin banyak rumors yang tambah memperkuatkan rumors semalam iaitu kemungkinan rv pada hujung minggu ini. Dengan banyaknya muncul rumors dari berbagai sumber yang mengatakan rv hujung minggu ini maka diharap ianya benar akan terjadi hujung minggu ini.

Kalau sampai hari Ahad dan Isnin ini rv masih belum muncul maka kita pegang janji Maliki yang mengatakan beliau akan selesaikan masalah iraq dalam masa 2 minggu ini.

Bahkan ada rumors hari ini menyatakan rv dalam masa 10 hari ini dan paling cepat pada hari Ahad. Manakala rumors lain pula menyatakan rv sebelum 6hb.ini dan Maliki telah arahkan CBI yang sekarang berada di bawah kuasa PM.

Semua kenyataan tsb. menunjukkan tanda2 rv memang sudah semakin dekat.Ini kerana jika sebelum ini kita hanya dengar beberapa bank Amerika telah menambah reserve tunai mereka tanpa memberi tahu tujuannya tapi dalam rumors hari ini dikatakan bank tsb. telah menyatakan dengn jelas "that the Iraq Dinar would be coming on line to exchange very soon."

Bahkan Bank of Amerika dikatakan telah menyatakan “We will be dealing with the dinar in Febuary”. Hal yang sama juga telah dinyatakan oleh Chase Bank. Pada hal kata sumber tersebut sebelum ini semua bank ini tidak pernah mahu menjelaskan apa2 mengenai dinar Iraq! Tapi mengapa sekarang ini mereka berkata begitu? Bahkan ada forumer yang menyimpan iqd telah menyatakan dia telah diberi prcuma safety deposit box oleh Chase Bank!

Menurut sumber tersebut juga siapa saja boleh "check and verify" dari bank2 berkaitan. Kita harap ada orang lain yang akan mengesahkan rumors ini memang benar. Mudah2an dan InsyaAllah!!!

Kalau benar bank2 tersebut menyatakan mereka "will be dealing with the dinar in Febuary”, maka bukankah dalam tempoh 2 minggu ini kita akan masuk dalam bulan Februari? Jadi kenyataan Maliki yang menyatakan beliau akan selesaikan masalah Irak dalam tempoh 2 minggu ini semakin memperlihatkan tanda2 kebenarannya!

Semalam rumors terbaru menyatakan rate yang keluar jika rv nanti antara $3.65 -$4.05 iaitu hampir bersamaan Kuwait. Ada rumors hari ini pula yang menyatakan ratenya di bawah $4.00 dan jelas sekali rate yang dinyata itu tidak lari dari rate yang kita katakan semalam iaitu $3.65 -$4.05 sen!

Bahkan semua rate yang dinyatakan tsb sebenarnya tidak lari dari basic rate yang dikeluarkan oleh IMF dulu iaitu $3.22 dengan tambahan 20% menjadi $3.864 jumlahnya. Dan mungkinkah rate yang menyatakan di bawah $4.00 tersebut bererti $3.86 sen? Mudah2an...InsyaAllah!!!

Bagaimanapun tidak kira cerita atau berita yang kita dapat, maka biarlah ianya kita anggap sebagai rumors saja dulu. Kenyataannya nanti adalah setelah rv ini benar2 telah diumumkan... InsyaAllah!!!..."

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

kenapa dinar masih lagi $1.00 = 1,170 lagi...

"...hari ini pula iqd sudah jadi 1177.15 dan dalam mataf pula 1174.15 nilainya.

Bukan anda saja yang heran, Ali Maidin yang belajar ekonomi pun heran.

Kata Ali Maidin dalam blognya dia pun heran kenapa dinar masih lagi $1.00 = 1,170 lagi. Sedangkan ekonomi Irak semakin baik. Kalau ikut purata kenaikan ekonomi iraq sejak 2003 sepatutnya iqd sudah bernilai 900iqd untuk setiap $1.00 usd, kata Ali Maidin.

Sebenarnya kita tidak perlu heran. Walaupun ekonomi iraq semakin baik tapi iqd akan tetap statik kerana lelongan dinarnya. Tujuannya adalah untuk menstabilkan iqd di peringkat dalaman negara Iraq sendiri sebelum rv diumumkan.

Usaha menstabilkan iqd ini mempunyai dua agenda yang tersurat dn tersirat. Agenda yang tersurat adalah agar harga barang di Iraq terus stabil. Inilah yang dikatakan oleh pihak CBI iaitu “…. Their(CBI) mandate is to "ensure domestic price stability and foster a stable competitive market based financial system”.

Agenda yang tersirat pula ialah Iraq mahu daya beli rakyatnya tidak meningkat sebelum rv diumumkan. Jika lelongan iqd tidak dilakukan maka iqd akan terus meningkat dan daya beli rakyat Iraq akan ikut meningkat kerana harga barang jadi semakin murah. Sedangkan rv belum diumumkan lagi. Jika ini terjadi maka Iraq akan ditimpa bencana ekonomi setelah rv kelak! Mengapa?

Kita perlu tahu purata pendapatan rakyat Iraq sekarang adalah sekitar $250.00 -$300.00 usd atau sekitar IQD300 ribu sebulan. Jika nilai iqd meningkat maka bererti rakyat Iraq boleh membeli barang keperluan dengan harga lebih murah sebelum rv diumumkan.

Kesannya? Rakyat Iraq akan mampu mnyimpan iqd di tangan mereka untuk menunggu saat rv diumumkan. Mereka akan simpan iqd sebanyak mungkin. Dan situasi inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan Iraq sekarang!

Mengapa? Cuba anda bayangkan jika disebabkan harga barang keperluan jadi murah akan menyebabkan hampir semua rakyat Iraq mampu menyimpan IQD50 ribu sebulan. Dan bila sampai masanya rv diumumkan nanti hampir semua mereka ada menyimpan IQD1 juta! Katalah bila rv nanti rate iqd akan jadi $3.50 nilainya. Erti hampir semua rakyat Iraq mempunyai $3,5 juta!

Ini bererti hampir semua rakyat Iraq akan bertaraf jutawan! Anda bayangkan! Kalau sudah punya wang sebanyak itu maka berapa ramai agaknya rakyat iraq yang mahu berkerja lagi setelah rv nanti?

Jumlah keseluruhan rakyat Iraq bukanlah ramai sangat, hanya sekitar 30 juta orang saja. Dan kalau sudah hampir semua rakyatnya tidak mahu berkerja lagi, maka apa jadi pada ekonomi iraq? Inilah bencana ekonomi yang mahu dielakkan oleh Iraq!

Maka itu jangan heran kalau Iraq terus lelong iqdnya walaupun saat rv dinar sudah begitu hampir. Dan kerana itu adalah silap kalau kita katakan rv masih jauh lagi kerana Irak masih melelong dinarnya!

Memang kalau ikut logik akal Iraq rugi kerana melelong iqd yang mahu diapungkan dan bernilai tinggi. Tapi pemimpin Iraq tidak bodoh. Mereka lebih memilih rugi sedikit kerana melelong iqdnya daripada rugi banyak kerana bencana ekonomi yang bakal dialami negaranya akibat rakyatnya tidak mahu berkerja!

Apakah moral teori saya tersebut? Moralnya adalah saat rv memang sudah hampir walaupun iraq masih melelong dinarnya.... InsyaAllah!!!..."

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template