Monday, February 14, 2011

2011 : Koleksi Dinar Iraq Yang Akan Menjadi Potensi


Info Kepada NewBie

Matawang Iraq dikenali sebagai Dinar Iraq (IQD). Note baru Dinar diperkenalkan pada akhir 2003 sejurus Amerika menjatuhkan Saddam Husin. IQD ditarik dari pasaran dan nilainya merudum ke USD 0.00086. Sebelum ini nilai IQD ialah antara USD 0.30 (2003) ke USD 3.30 (1990)

Kejatuhan IQD sehingga ke paras bawah par ini adalah kerana telaga minyak Iraq musnah dan menyebabkan Iraq hilang sumber pendapatannya. Hasil minyak menyumbang 90% kepada pendapatan Iraq. Faktor kedua yang menyebabkan nilai IQD jatuh adalah kerana isu kestabilan politik Iraq.

Kini, selepas 7 tahun, Iraq sudah jauh berubah dan menuju kepada sebuah negara yang lebih demokratik, bersistem dalam pemerintahannya, lebih aman dan lebih kukuh ekonominya.

Iraq telah melalui dua kali pilihanraya secara bebas untuk memilih kerajaan. Partisapasi rakyat lebih menyeluruh dengan adanya beberapa buah parti politik. Selepas pilihan raya pada Mac 2010, kini Iraq telah mempunyai Perdana Menteri baru dan barisan kabinetnya. Hubungan antara bangsa Iraq dengan negara jiran semakin mesra dan intim demi kepentingan bersama antara mereka.


Tentera US di Amerika

Tentera Iraq pula telah mula mengambil alih peranan tentera Amerika yang mulai keluar sejak 31hb Ogos 2010. Kini. hanya tinggal 50,000 orang tentera Amerika dan kesemua mereka akan keluar dari Iraq sebelum akhir tahun 2011. Penjara terakhir yang dikawal oleh tentera Amerika telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq sendiri. Walaupun ada beberapa pengeboman di pinggir bandar, ianya dilihat sebagai reaksi seorang dua rakyat sahaja - bukannya satu kumpulan yang besar dan berpengaruh. Rakyat Iraq secara keseluruhannya berpuas hati kerana haknya sebagai rakyat telah berjaya dikembalikan melalui sistem pemilihan yang bebas secara demokratik.

Iraq telah melalui dua kali pilihan raya selepas pencerobohan Amerika ditamatkan pada akhir 2003. Ini merupakan satu anjakan yang membolehkan dunia percaya dengan keselamatan dan keamanan di Iraq. Iraq kini sebagai "negara emas" dalam pelaburan, kewangan dan ekonomi oleh pelabur luar. Maka tidak hairanlah jika para penganalisis meramalkan matawang Iraq ini akan diapungkan pada tahun ini juga atau selewat-lewatnya pada 2013.

Yang hebatnya, rakyat Amerika yang dilapurkan sebagai penyimpan Dinar Iraq yang teramai sekali dalam dunia, telah mula mengisi borang pertukaran wang Dinar Iraq dan borang pengistiharan cukai keuntungan jualan Dinar Iraq kepada kerajaannya.

Ekonomi Iraq yang bermula dari kosong pada 2003 sehingga menyebabkan kerajaan Iraq terpaksa menjual matawang dinarnya secara lelongan kepada bank asing setiap bulan untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan Iraq. Dalam dunia kini, Iraqlah sebuah negara yang "melelong" matawangnya sendiri untuk mendapatkan matawang asing bagi membiayai kos pembangunan negaranya. Tetapi mengapa bank asing sanggup membeli dinar sekarang pada harga USD 1.00 = 1,168 Dinar? Ya, setiap bulan bank asing membeli dinar Iraq sebanyak USD 100 juta ke 200 juta . Hal ini kerana bank asing mahu menjadikan Dinar Iraq sebagai reserve terbaik kepada bank mereka kerana nilai Dinar Iraq akan naik pada satu ketika nanti. Kiralah sendiri betapa untung jika 1 Dinar Iraq naik ke USD 0.30 atau USD 1.50 atau USD 3.30 iaitu seperti harga asal dahulu sebelum 2003.

Bilakah Dinar Iraq Akan Naik ??

Soalan seterusnya ialah bilakah Dinar Iraq akan naik. Faktor ekonomi merupakan faktor terpenting untuk membolehkan Dinar Iraq untuk naik. Pada masa sekarang pengeluaran minyak Iraq ialah antara 2.6 juta tong sehari. Pengeluaran sebanyak 2.6 juta tong sehari ini adalah pengeluaran terrtinggi Iraq dalam tempoh 20 tahun terakhir ini. Dijangka pada 2012, Iraq akan mengeluarkan 4.5 juta tong sehari. Namun, PM Iraq, Nuri Al Maliki telah mengarahkan supaya Iraq mencapai sasaran pengeluaran minyak sebanyak 8 juta tong sehari dalam tempoh yang segera. Apabila paras pengeluaran hariannya melepasi 3 juta sehari dan menuju ke 5 juta tong sehari, maka tidak mustahil pada bila-bila masa nilai Dinar akan dikaji semula dan dinaikkan secara perlahan-perlahan. Pihak Iraq mungkin akan mengapungkan Dinar Iraq dipasaran dengan penetapan harga awal sebanyak USD 0.30. Namun, baru-baru ini Kementerian Perancangan Iraq mencadangkan supaya nilai Dinar dinaikkan ke USD 1.134 untuk selama tiga tahun. Selepas itu baru dikaji semula nilainya. Cadangan ini menarik sekali kerana menurut kajian Kementerian Perancangan bahwa nilai Dinar sebanyak USD 3.134 itu adalah satu nilai yang "sepatutnya" dan memudahkan pihak luar berurusan dengan Iraq.

Kita mengharapkan dinar naik selewat-lewatnya pada akhir Mac 2011, kerana Iraq bakal menyertai WTO pada bulan November 2011. Dinar perlu diapungkan awal supaya ianya mencapai ke satu tahap nilai yang stabil menjelang bulan November nanti apabila Iraq join WTO. Tak molek sungguh kalau Iraq menyertai WTO tanpa terlebih dahulu wangnya terapung dengan nilai yang kukuh dan stabil. Itulah pandangan ramai ahli ekonomi.

Isu-Isu Lain

Isu-isu lain seperti kononnya dinar akan dibuang 3 kosong adalah karut kerana langkah ini bukannya akan menaikan nilai Dinar tetapi akan mengurangkan nilai Dinar. Apakah logik 25000 Dinar akan jadi 25 Dinar. Jika Dinar naik dan bernilai USD 3.00 pun, nilai Dinar tetap lebih rendah dari nilai sekarang. Apakah itu maksud pemulihan ekonomi Iraq. Saya dah naik malas nak cerita hal ini kerana bahasa matawang yang mengatakan buang 3 kosong itu adalah memberi maksud untuk menaikan nilai Dinar, ianya perlu menjadikan nilai 1000 dinar ke 1 Dinar bersamaan 1 USD. Bukannya note 10,000 itu jadi 10.

Isu Tukar Note Lain

Cerita note baru pun satu hal. Bukan mudah bagi sesebuah negara menukar note secara semborono tanpa notis awal. Semua negara membenarkan note lama digunakan untuk satu tempoh yang ditentukan bersama-sama dengan note baru yang diperkenalkan. Takkan tiba-tiba sahaja wang lama dihapuskan dan diganti dengan wang baru. Jadi secara otomatik, telahan ini adalah tidak masuk akal.

Pemilikan Dinar Iraq (saya tidak mengistilahkan sebagai "pelaburan") adalah skim lambat kaya, khususnya yang telah memilik dinar sejak 2006, bukannya skim cepat kaya. Tetapi yang baru memiliki Dinar pada 2011, maka anda adalah beruntung kerana pada bila-bila masa mulai sekarang, dinar akan diapungkan. Wau. Untung juga yang lambat tau hal dinar ini. Taklah terasa "lama" menanti. Namun ada juga yang dah "gila" tak sabau manunggu walaupun sehari.


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template