Saturday, February 26, 2011

ADAKAH RV HANYA SATU IMPIAN YANG TAK PASTI KEHADIRANNYA....???


Pada hemat saya situasi yang terjadi di Iraq sekarang ini bukan bererti ia berada di ambang kehancuran. Tapi ianya lebih merupakan proses penambahbaikan. Ini disebabkan Iraq tidak boleh disamakan dengan negara2 Arab lain yang sedang bergolak sekarang di mana semua negara berkaitan masih berada di bawah sistem pemerintahan otokrasi diktator. Sedangkan Iraq sekarang sudah berada di bawah sistem demokrasi dan pemimpin2 Iraq yang ada sekarang ini telah dipilih oleh rakyat sendiri melalui sistem demokrasi tersebut.

Maka itu protes yang didilakukan rakyat Iraq sekarang tidak terlalu menekankan soal Maliki wajib meletakkan jawatan. Apa yang mereka mahu adalah kerajaan pimpinan Maliki sekarang lebih peka pada keperluan rakyat untuk membolehkan mereka hidup makmur seperti rakyat di negara2 lain. Jika tuntutan rakyat ini dapat dipenuhi Maliki dan barisan kabinetnya maka tidak timbul soal Maliki perlu meletakkan jawatan. Dalam kata lain rakyat Iraq sekarang hanya mahukan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan pimpinan Maliki yang ada sekarang.

Daripada beberapa siri protes yang telah dilakukan rakyat Iraq sekarang, apakah hakikat tuntutan rakyat Iraq yang sebenarnya? Mereka meneggunakan berbagai istilah dalam tuntutan mereka seperti yang anda katakan iaitu "menangani isu-isu rasuah, pengaggguran, barangan keperluan yang mahal, perkhidmatan keperluan asas yang lemah, sistem pertahanan yang lemah, belanjawaan yang belum diimplimenkan sepenuhnya, perebutan kuasa dan jawatan yang tak berkesudahan dan lain-lain isu dalaman dan antarabangsa....".

Tuntutan dengan berbagai istilah itu sebenarnya ialah mereka mahukan keselesaan hidup secara wajar seperti mana rakyat negara2 jiran mereka. Kalau mereka hidup dalam keadaan selesa, mereka mungkin tidak akan ambil tahu soal isu2 seperti rasuah, kelemahan kerajaan, dsb. kerana hampir semua isu tersebut tidak terkena pada mereka secara langsung.

Mungkin mereka akan mengambil tindakan untuk menghapuskan isu2 tersebut, tapi mereka akan bertindak menukar kerajaan dalam pilihan raya berikutnya kelak! Tapi mengapakan mereka bertindak sekarang, yang boleh dikatakan terlalu awal kerana pilihan raya baru sekitar setahun? Kerana hidup mereka yang tidak selesa dan semakin hari semakin menderita. Dan isu penderitaan rakyat ini memang terkena secara langsung pada mereka!

Sedangkan isu penderitaan mereka ini langsung tidak dirasakan oleh para pemimpin politik Iraq. Misalnya gaji Maliki hampir 6 kali ganda daripada gaji Barack Obama sang Presiden Amerika. Gaji para menteri Iraq pula di bawah sedikit daripada Maliki. Jadi, betapa mewahnya hidup sebagai ahli politik di Iraq. Sedangkan rakyat kebanyakan makan pun susah kerana segalanya mahal! Inilah kontradiksi yang terjadi di Iraq.

Pada hal rakyat iraq boleh turut sama merasa mewah hidup dengan satu solusi yang cukup mudah iaitu dengan cara melaksanakan rv dinar. Inilah yang perlu dilakukan oleh kerajaan Maliki sekarang tapi sehingga sekarang masih tidak tertunai. Dan jika soal rv dinar ini dapat ditunaikan maka insyaAllah rakyat tidak akan protes.

Maka itu ada pendapat mengatakan jika Maliki melaksanakan rv sebelum Jumaat semalam, maka protes rakyat akan bertukar menjadi pesta rakyat!
Wallahualam.

RV tetap RV! InsyaAllah.....


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template