Monday, February 28, 2011

Dari Ali Maidin : Mac Yang Mendebarkan



Perkembangan politik di Asia Barat kini, walaupun baik untuk jangka panjang tetapi dalam tempoh pendek meresahkan umat dunia. Harga minyak tentu sekali naik. Campur tangan asing pula akan lebih aktif kerana setiap negara asing ada kepentingan ekonomi dan politik di dalam negara Arab itu. Mudahnya dapatlah dibuat kesimpulan - rakyat akan bangkit kerana "roti" dan "ideologi".

Di Iraq pun rakyatnya bangkit kerana menuntut kerajaannya mempercepatkan usaha-usaha melengkapakan prasarana negara. Apa guna wang minyak berbilion, jika kemudahan asas untuk rakyat pun dilambat-lambatkan. Nuri Al Maliki telah berjanji membereskan hal ini dalam tempoh 15 bulan sahaja. Jangan jadi macam Sarawak sudah le. Wooo. Tetap undi BN walaupun jurang pendapatan rakyat begitu teruk sekali.

Dilapurkan wakil kerajaan China berada di Baghdad minggu lalu kerana menandatangani persetujuan dinar Iraq diapungkan. China perlu bersetuju kerana Amerika mahu membayar hutangnya dengan China dengan menggunakan DINAR IRAQ. Trilion hutang Amerika dengan China oi. Manakala itu wakil IMF sedang berada di kota Bahgdad kini untuk membincangkan secara serius berkaitan dengan RV. Wau. Kalau semuanya beres, mungkin pada bulan Mac atau April ini juga , ramailah pembaca blog ini kena belanja saya minum teh tarik. Apa punya kedekut u orang dah. Belanja nasi arab le. Wooo.

Ada orang sering bertanya " boleh percaya ke dinar akan diapungkan dan naik naik ke USD 0.30 ke USD 3.22".

Jawapan saya mudah - sesebuah negara mesti mengambil langkah mengapunglan wangnya. Soalnya bila. Itu sahaja persoalannya. Yang kita boleh perkatakan kini, lihatlah persekitaran negara berkenaan - yang menunjukkan tanda-tanda dinar akan diapungkan. Moga-moga awan gelap tanda hujan akan turun. Kalau tak turun, kita nak salahkan siapa? Takkan nak bakar Jabatan Kaji Cuaca pula. Woooo.

Saya sibuk ke Merlimau. Maka blog ini tidak akan dikemaskini selalu. Hidup kenalah berpolitik oi. Kalau tak, orang atas dok kebas duit rakyat pun tak sedar-sedar. Hidup Rakyat!!!!


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template