Monday, February 28, 2011

Mengapa RV Dinar Iraq Lambat?


Memang kalau kita lihat dari segi kewajarannya rv dinar ini boleh dikatakan sudah mencapai tahap buah yang cukup ranum dan sepatutnya sudah jatuh ke bumi. Tapi kelihatannya proses rv dinar ini ada semacam kendala yang di-buat2 agar ianya menjadi lewat sehingga di tahap rakyat Iraq sendiri tidak dapat menahan sabar!

Tapi apakah kendala yang kelihatannya seperti menghalangi rv daripada terjadi atau cuba melambatkan? Berdasarkan rational analysis kita boleh membuat andaian dari berbagai sudut. Dari sudut Amerika misalnya kita tahu sama ada UN, IMF, WTO atau apa saja badan2 antarabangsa hampir semuanya berada di bawah telunjuk Amerika.

Dan sekarang ini Presiden Obama begitu menurun prestasinya di kalangan rakyat Amerika. Beliau dikatakan tidak mungkin dapat mengekalkan jawatan untuk penggal kedua kelak! Jadi mungkin saja kelewatan rv ini merupakan strategi Obama agar rv dinar dilaksanakan sewaktu tempoh jawatan presiden yang dipegangnya hampir tamat. Ini akan mebolehkan rakyat Amerika bergembira ria kerana rv dan akan memilihnya semula sebagai Presiden untuk penggal kedua kelak!

Andaian kedua pula berkaitan kedudukan kerajaan campuran di Iraq sekarang ini. Setiap fraksi parti yang menganggotai kerajaan campuran ini mempunyai agenda masing2. Mungkin saja jika rv dilaksanakan sekarang akan menyebabkan fraksi parti yang tidak pro pada Maliki akan mendapat manfaat yang lebih banyak. Situasi ini menyebabkan Maliki cuba melambatkan proses untuk rv sehingga ke satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh beliau!

Andaian ketiga berkaitan status Maliki sebagai seorang syiah totok! Sedangkan sebahagian lain rakyat Iraq pula bermazhab sunni. Mungkin saja jika rv dilaksanakan sekarang akan lebih memberi keuntungan kepada puak2 sunni yang dulunya menjadi pemerintah Iraq. Jadi agar keuntungan rv dinar ini tidak mengalir banyak pada puak2 sunni atau musuh2 politik beliau, maka rv perlu dilambatkan!

Andaian keempat kedudukan CBI yang diwakili Shabibi sekarang. Pemegang saham terbesar dalam CBI adalah Rothschild yang merupakan keluarga Yahudi. Mungkin saja ada agenda tersembunyi di pihak Rothschild kita tidak tahu.

Shabibi memang dikatakan seorang yesman pada IMF kerana beliau pernah berkerja di badan tersebut dulunya. Tetapi di manakah Shabibi perlu bersetia sekarang? Pada IMF bekas majikannya dulu, atau pada CBI(Rothschild) yang menjadi majikannya sekarang? Sudah tentu beliau perlu setia pada majikannya sekarang!

Begitulah beberapa kemungkinan mengapa proses rv ini jadi begitu lambat. Satu demi satu alasan yang diminta tetapi bila alasan tersebut sudah wujud, muncul pula alasan baru yang sengaja untuk melewatkan rv. Tapi kita tidak tahu siapakah dalang sebenarnya yang berada di belakang layar sehingga rv lambat diumumkan.

Akhirnya sekarang muncul protes rakyat sehingga memakan korban yang sepatutnya tidak terjadi. Dan kita yakin natijah daripada protes rakyat ini akan mempercepatkan proses rv! Wallahualam....

RV tetap RV!!!InsyaAllah....


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template