Monday, February 21, 2011

Jangkaan RV Lebih Awal.


Walaupun ada pendapat kuat yang mengatakan rv pada bulan April mendatang tapi saya tetap merasakan dalam lapan hari bermula hari ini sampai 28/2/2011 benar2 merupakan hari2 yang mendebarkan. Memang pendapat yang mengatakan rv bulan April datang dari seorang menteri Iraq dalam satu jamuan makan malam di Abu Dhabi seperti yang dilaporkan dalam blog Ali Maidin.

Tapi bukan tidak mungkin kalau rv akan terjadi dalam masa lebih awal dari itu! Ini kerana beliau hanya seorang menteri biasa, bukan PM atau Shabibi yang menjadi governor CBI. Kedua orang tokoh ini adalah pemain utama dalam soal rv ini.

Saya menyatakan ianya mungkin lebih awal kerana beberapa faktor tertentu khususnya kerajaan Iraq yang telah terbentuk dan sekarang bajet Iraq juga telah diluluskan. Hanya tinggal isu pengisian jawatan menteri yang belum sepenuhnya. Tapi isu ini satu isu mudah dan bila2 boleh diselesaikan oleh Maliki sebagai PM. Maka itu saya begitu yakin rv akan terjadi lebih awal sebelum April ini.

Bilakah waktu yang lebih awal itu agaknya? Mungkin saja awal bulan Mac atau siapa tahu dalam bulan februari ini juga iaitu bermula dari hari ini sampai 28hb. kelak? Segala2nya serba mungkin! Dari segi ketentuan Allah Swt. ianya boleh terjadi bila2
masa saja dari sekarang.

Hari ini pun sudah ada spekulasi yang mengatakan rate yang bakal keluar antara $4.00 -$5.00 dan ada yang mengatakan di bawah $5.00 saja! Tidak kiralah sama ada spekulasi tersebut tepat atau tidak, yang jelas mereka berspekulasi seperti itu kerana berdasarkan beberapa faktor tertentu. Pada kita jika rate yang keluar sekitar $1.00 lebih pun sudah menjadikan kita bernafa lega!

Tapi mudah2an spekulasi tersebut benar. Dan bila keluar spekulasi yang tinggi seperti itu entah kenapa saya jadi yakin mungkin rate yang keluar kelak sekitar $3.50 nilainya! Saya harap tidak ada yang marah bila saya berkata seperti itu keana itu hak saya untuk menyatakan pendapat.

Jika rumors2 international itu berdasarkan fakta2 tertentu sebagai asasnya maka saya juga mempunyai asas tertentu untuk menyatakan pendapat saya. Tapi biar bagaimanapun akhirnya kita perlu menyerahkan kepada Allah Swt. yang memutuskannya. Segala2nya berada dalam keputusanNya.

Sama2lah kita menunggu saat2 penuh debaran bermula hari ini sehingga 28hb. ini. Semoga penantian kita akan membuahkan hasil! InsyaAllah....



RV tetap RV! InsyaAllah..... "

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template