Tuesday, February 1, 2011

kenapa dinar masih lagi $1.00 = 1,170 lagi...

"...hari ini pula iqd sudah jadi 1177.15 dan dalam mataf pula 1174.15 nilainya.

Bukan anda saja yang heran, Ali Maidin yang belajar ekonomi pun heran.

Kata Ali Maidin dalam blognya dia pun heran kenapa dinar masih lagi $1.00 = 1,170 lagi. Sedangkan ekonomi Irak semakin baik. Kalau ikut purata kenaikan ekonomi iraq sejak 2003 sepatutnya iqd sudah bernilai 900iqd untuk setiap $1.00 usd, kata Ali Maidin.

Sebenarnya kita tidak perlu heran. Walaupun ekonomi iraq semakin baik tapi iqd akan tetap statik kerana lelongan dinarnya. Tujuannya adalah untuk menstabilkan iqd di peringkat dalaman negara Iraq sendiri sebelum rv diumumkan.

Usaha menstabilkan iqd ini mempunyai dua agenda yang tersurat dn tersirat. Agenda yang tersurat adalah agar harga barang di Iraq terus stabil. Inilah yang dikatakan oleh pihak CBI iaitu “…. Their(CBI) mandate is to "ensure domestic price stability and foster a stable competitive market based financial system”.

Agenda yang tersirat pula ialah Iraq mahu daya beli rakyatnya tidak meningkat sebelum rv diumumkan. Jika lelongan iqd tidak dilakukan maka iqd akan terus meningkat dan daya beli rakyat Iraq akan ikut meningkat kerana harga barang jadi semakin murah. Sedangkan rv belum diumumkan lagi. Jika ini terjadi maka Iraq akan ditimpa bencana ekonomi setelah rv kelak! Mengapa?

Kita perlu tahu purata pendapatan rakyat Iraq sekarang adalah sekitar $250.00 -$300.00 usd atau sekitar IQD300 ribu sebulan. Jika nilai iqd meningkat maka bererti rakyat Iraq boleh membeli barang keperluan dengan harga lebih murah sebelum rv diumumkan.

Kesannya? Rakyat Iraq akan mampu mnyimpan iqd di tangan mereka untuk menunggu saat rv diumumkan. Mereka akan simpan iqd sebanyak mungkin. Dan situasi inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan Iraq sekarang!

Mengapa? Cuba anda bayangkan jika disebabkan harga barang keperluan jadi murah akan menyebabkan hampir semua rakyat Iraq mampu menyimpan IQD50 ribu sebulan. Dan bila sampai masanya rv diumumkan nanti hampir semua mereka ada menyimpan IQD1 juta! Katalah bila rv nanti rate iqd akan jadi $3.50 nilainya. Erti hampir semua rakyat Iraq mempunyai $3,5 juta!

Ini bererti hampir semua rakyat Iraq akan bertaraf jutawan! Anda bayangkan! Kalau sudah punya wang sebanyak itu maka berapa ramai agaknya rakyat iraq yang mahu berkerja lagi setelah rv nanti?

Jumlah keseluruhan rakyat Iraq bukanlah ramai sangat, hanya sekitar 30 juta orang saja. Dan kalau sudah hampir semua rakyatnya tidak mahu berkerja lagi, maka apa jadi pada ekonomi iraq? Inilah bencana ekonomi yang mahu dielakkan oleh Iraq!

Maka itu jangan heran kalau Iraq terus lelong iqdnya walaupun saat rv dinar sudah begitu hampir. Dan kerana itu adalah silap kalau kita katakan rv masih jauh lagi kerana Irak masih melelong dinarnya!

Memang kalau ikut logik akal Iraq rugi kerana melelong iqd yang mahu diapungkan dan bernilai tinggi. Tapi pemimpin Iraq tidak bodoh. Mereka lebih memilih rugi sedikit kerana melelong iqdnya daripada rugi banyak kerana bencana ekonomi yang bakal dialami negaranya akibat rakyatnya tidak mahu berkerja!

Apakah moral teori saya tersebut? Moralnya adalah saat rv memang sudah hampir walaupun iraq masih melelong dinarnya.... InsyaAllah!!!..."

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template