Friday, February 25, 2011

Demontrasi Iraq : Harapan RV mungkin cerah?


Pasaran saham Iraq dikatakan memberi pulangan kedua terbaik di Timur Tengah setelah Iran. Tetapi kenyataannya sebahagian besar rakyat iraq sendiri masih hidup dalam kemiskinan dan hidup dalam keadaan taraf hidup yang rendah.

Maka itu tidak heran kalau sejak 2 hari yang lalu rakyat Iraq telah mengadakan demonstrasi secara aman di Central Tahrir Square Baghdad sejak pagi. Hari ini pula satu demo terbesar akan dilakukan oleh rakyat Iraq. Mereka dikatakan menuntut kerajaan meningkatkan taraf hidup mereka yang begitu rendah.

Salah seorang protester yang menyertai demontrasi tersebut bersama 11 orang keluarganya menyatakan
“Politicians, officials and leaders do not care about us, they have a lot of money and do not care for others.”

Seorang lagi protester wanita berusia 60 tahun dan ibu kepada 8 orang anak meluahkan perasaan “We have no hope.“. Wanita tersebut menyambung “here there is no water, no electricity, no schools. What do we live like this? Are not we a country rich in oil and gas?”.

Dari luahan hati wanita berusia 60 tahun tersebut menunjukkan hampir semua rakyat iraq sedar bahawa negara mereka kaya, mempunyai minyak dan gas tapi kehidupan mereka begitu susah.

Apakah solusi yang ada pada Iraq sekarang? Tidak lain dan tidak bukan adalah RV dinar. Jika Iraq rv dinarnya maka dengan sendirinya harga barang di Iraq akan menjadi murah kerana dinar Iraq telah mempunyai nilai yang tinggi.

Maka itu ada pendapat mengatakan mahu atau tidak Maliki dan Shabibi perlu melaksanakan rv jika tidak mahu huru hara terjadi di Irak. Pada dua hari(23/2/2011)yang lalu pun ada berita menyatakan di Tingkat 6 CBI telah terjadi kebakaran!

Semua berita2 tersebut menunjukkan tahap kesabaran rakyat iraq sudah mencapai puncaknya. Dan saya percaya solusi terbaik untuk para pemimpin Iraq meredakan kemarahan rakyat adalah dengan melakukan rv dinar secepat mungkin! Hanya melalui rv dinar saja rakyat Iraq akan merasakan kekayaan negara mereka. Dan kita pula selaku investor dinar Iraq dapat menumpah tuah kekayaan Iraq!

Semoga harapan kita ini akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun semuanya bergantung pada ketentuan Allah Swt.

RV tetap RV! InsyaAllah.....


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template