Sunday, February 6, 2011

Dinar Iraq : Peluang untuk menyelesaikan hutang


Salam,
Saya sebenarnya berasa terpanggil untuk berkongsi cerita ini kepada bangsa saya sendiri (Melayu) kerana saya merasakan ianya sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya di pejabat tempat saya bekerja, bangsa Cina selalunya akan berkongsi sesama mereka sekiranya terdapat satu peluang yang baik secepat yang mungkin. Dalam kes saya, selalunya apabila berkaitan dengan saham. Tak seperti kita yang selalunya nak senang/kaya sorang-sorang. Kata orang, makan sorang-sorang. Adakah rugi jika kita kaya bersama-sama? Renung-renungkanlah. Yang penting kita berdoa bersama-sama agar menjadi orang kaya yang beriman dan bertaqwa. Amiin.

Nasihat saya, sebelum kita membuat keputusan sama ada hendak menyimpan Dinar Iraq atau pun tidak, adalah lebih baik kita membuat kajian terlebih dahulu. ILMU itu penting untuk kita membuat sesuatu keputusan. Mengikut Warren Buffet, dia tidak akan melabur di dalam bidang yang beliau tidak menguasai ilmunya. Pada zaman sekarang ni bukannya susah sangat, google je, macam-macam ada bak kata pak cik Astro.Yang penting kita tahu macam mana kaedah nak menapis maklumat yang kit a baca/terima tu.

Ok, berbalik kepada Dinar Iraq. Sebelum diserang Amerika, nilainya adalah sekitar 3.30 USD bagi 1.00 IQD. Sekarang nilainya sekitar 0.00090 USD bagi setiap dinar. Bagi sesiapa yang nampak peluang, sudah tentu akan mengambil kesempatan yang terbentang luas ini. Ianya samalah seperti kita bermain saham, beli semasa harga jatuh/rendah dan jual bila harga naik/tinggi.

Dalam kes ni, kita beli sekarang dan simpan sehingga ianya akan diapungkan pada masa hadapan (mungkin hujung tahun ni atau tahun hadapan, hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui). Bila ianya diapungkan kelak, kita jual untuk mendapatkan keuntungan.

Katakan bila diapungkan kelak :-
IQD 1.00 = USD 0.30
USD 0.30 = RM 1.00 (lebih kurang la ya)
Jadi, jika kita ada IQD 100,000 secara tidak langsung kita akan ada RM 100,000 dalam tangan. Itu jika nilainya USD 0.30, jika nilainya USD 1.00 (3 kali ganda), tak pasal-pasal kita ada dalam RM 300,000. Mungkin banyak yang kita dapat lakukan dengan jumlah wang sebanyak itu terutamanya untuk melangsaikan hutang.

Setiap pelaburan ada risikonya. Yang penting bagaiman kita menguruskan risiko tersebut. Kita mestilah mengambil risiko yang sanggup kita tanggung sahaja.

Contohnya, saya hanya sanggup menanggung risiko untuk kehilangan RM 1500, jadi budget saya untuk beli Dinar Iraq maksimanya hanyalah RM 1500 sahaja. Jangan ikut nafsu, berfikirlah secara waras.

Nasihat saya bagi mereka yang ada duit lebih, elok pelbagaikan cabang pelaburan. Katakan kita ada RM 20,000.00, mungkin kita boleh bahagikan kepada 4 cabang
pelaburan seperti di bawah :-

RM 1,500 ---> beli Dinar Iraq
RM 10,000 ---> beli Gold Bar
RM 7,000 ---> simpan dlm ASB
RM 1,500 ---> beli saham

Mungkin ada yang akan memperlekehkan tulisan saya ini (sememangnya saya sendiri takut untuk membicarakannya kerana saya tidak arif di dalam bab-bab pelaburan ni), tapi tak mengapa. Bangsa kita selalu berfikiran NEGATIF. Apa akan jadi kalau tak jadi...dan bermacam-macam kalau lagi. Cuba kita berfikiran POSITIF. Cuba kita fikir apa akan jadi pada kita/keluarga/saudara jika hal apungan Dinar Iraq ini berlaku pada hari ini atau esok. Cuba fikir-fikirkanlah.

Bagi pendapat saya, lebih baik kita simpan/beli Dinar Iraq ini mengikut kemampuan kita. Dulu kita sudah terlepas peluang untuk membuat keuntungan dengan Dinar Kuwait. Sekarang peluang tersebut datang lagi. Mengikut kata cikgu saya, kita mungkin akan mendapat banyak peluang untuk berjaya di dalam hidup. Masalahnya kita tidak tahu peluang yang mana satu akan membuatkan kita berjaya yang bakal mengubah hidup kita. Oleh itu katanya, kita rebutlah peluang yang baik yang terbentang luas di hadapan kita secepat dan sebaik-baiknya.


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template