Tuesday, February 1, 2011

Rumors : Adakah Dinar Iraq ada potensi?


"...Assalamualaikum.......

Semalam kita telah mendapat berbagai cerita dan berita dinar iraq khususnya ttg. bila dan berapa rate yang akan keluar. Dan secara umum kita diberi tahu rv akan terjadi sebelum Arab Summit pd. bulan Mac depan.Ini merupakan time frame yang umum. Tapi detailnya, bilakah?

Ada yang mengatakan rv pada hujung minggu ini sama ada hari Jumaat atau Ahad. Ada juga yang kata hari Isnin ini 31hb. dan cash in pada hari berikutnya 1 Feb. Tapi Jumaat semalam tidak ada apa2. Maka kita akan beralih hujung minggu ini pada hari Ahad. Dan kalau ada yang kata hari Isnin ini, maka ianya masih posible kerna Isnin bulan ini 31hb. Ertinya Isnin ini masih tertakluk sebagai hujung minggu juga! Kita tunggu saja penuh sabar. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman?

Begitulah rumors yang keluar semalam. Tapi hari ini dikatakan semakin banyak rumors yang tambah memperkuatkan rumors semalam iaitu kemungkinan rv pada hujung minggu ini. Dengan banyaknya muncul rumors dari berbagai sumber yang mengatakan rv hujung minggu ini maka diharap ianya benar akan terjadi hujung minggu ini.

Kalau sampai hari Ahad dan Isnin ini rv masih belum muncul maka kita pegang janji Maliki yang mengatakan beliau akan selesaikan masalah iraq dalam masa 2 minggu ini.

Bahkan ada rumors hari ini menyatakan rv dalam masa 10 hari ini dan paling cepat pada hari Ahad. Manakala rumors lain pula menyatakan rv sebelum 6hb.ini dan Maliki telah arahkan CBI yang sekarang berada di bawah kuasa PM.

Semua kenyataan tsb. menunjukkan tanda2 rv memang sudah semakin dekat.Ini kerana jika sebelum ini kita hanya dengar beberapa bank Amerika telah menambah reserve tunai mereka tanpa memberi tahu tujuannya tapi dalam rumors hari ini dikatakan bank tsb. telah menyatakan dengn jelas "that the Iraq Dinar would be coming on line to exchange very soon."

Bahkan Bank of Amerika dikatakan telah menyatakan “We will be dealing with the dinar in Febuary”. Hal yang sama juga telah dinyatakan oleh Chase Bank. Pada hal kata sumber tersebut sebelum ini semua bank ini tidak pernah mahu menjelaskan apa2 mengenai dinar Iraq! Tapi mengapa sekarang ini mereka berkata begitu? Bahkan ada forumer yang menyimpan iqd telah menyatakan dia telah diberi prcuma safety deposit box oleh Chase Bank!

Menurut sumber tersebut juga siapa saja boleh "check and verify" dari bank2 berkaitan. Kita harap ada orang lain yang akan mengesahkan rumors ini memang benar. Mudah2an dan InsyaAllah!!!

Kalau benar bank2 tersebut menyatakan mereka "will be dealing with the dinar in Febuary”, maka bukankah dalam tempoh 2 minggu ini kita akan masuk dalam bulan Februari? Jadi kenyataan Maliki yang menyatakan beliau akan selesaikan masalah Irak dalam tempoh 2 minggu ini semakin memperlihatkan tanda2 kebenarannya!

Semalam rumors terbaru menyatakan rate yang keluar jika rv nanti antara $3.65 -$4.05 iaitu hampir bersamaan Kuwait. Ada rumors hari ini pula yang menyatakan ratenya di bawah $4.00 dan jelas sekali rate yang dinyata itu tidak lari dari rate yang kita katakan semalam iaitu $3.65 -$4.05 sen!

Bahkan semua rate yang dinyatakan tsb sebenarnya tidak lari dari basic rate yang dikeluarkan oleh IMF dulu iaitu $3.22 dengan tambahan 20% menjadi $3.864 jumlahnya. Dan mungkinkah rate yang menyatakan di bawah $4.00 tersebut bererti $3.86 sen? Mudah2an...InsyaAllah!!!

Bagaimanapun tidak kira cerita atau berita yang kita dapat, maka biarlah ianya kita anggap sebagai rumors saja dulu. Kenyataannya nanti adalah setelah rv ini benar2 telah diumumkan... InsyaAllah!!!..."

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template