Friday, February 4, 2011

RV semakin dekat : RV Memang Tahun Ini !!



Nampaknya semalam diberitakan Deputy Prime Minister of Iraq telah mengadakan pertemuan dengan wakil UN pada 31/1/11. Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak WTO. Maliki pula telah terbang ke Kuwait untuk menyelesaikan segala persoalan Kuwait-Iraq yang menjadi masalah sebelum ini.

Semua aktiviti pemimpin2 Iraq tersebut menjadi semacam pertanda proses untuk rv dinar memang sedang berjalan pantas. Apalagi kerajaan Iraq pula seperti yang diberitakan telah komplit dan bajet yang dibincang selama ini pun telah digazetkan. Hanya menteri pertahanan saja yang belum dilantik lagi.

Maka itu rumors kencang mengatakan rv dinar memang hanya menunggu waktu saja. Ini memang telah disahkan DinarDaddy yang merupakan penyebar maklumat terbesar mengenai dinar Iraq. Tapi ketika ditanya pendapatnya ttg. rate $5.21 yang dikatakan bakal keluar sebelum ini, beliau kurang yakin. Bagi beliau rv memang menunggu masa dan ketika tapi mungkin sekitar $3.00 saja.

Pada kita tidak kiralah sama ada $5.21 atau $3.00 tapi yang penting kemungkinan rv akan terjadi dalam tahun ini sebelum Arab Summit semakin cerah. Dan kalau benar ianya akan diumumkan sebelum atau pada hari Isnin ini maka lagilah bagus!

Dari satu maklumat dikatakan proses rv yang dikatakan begitu pantas ini adalah disebabkan kekecohan yang trjadi di Mesir baru2 ini. Irak dikatakan tidak mahu kejadian yang sama akan terjadi jika rv terlalu lambat. Ini bererti kekecohan di Mesir dan Tunisia yang sebelum ini dibimbangkan boleh melambatkan proses rv rupanya menjadi penggerak yang semakin mempercepatkan rv itu sendiri.

Bagaimanapun buat sementara waktu ini biarlah kita anggap berita ttg rv ini sebagai rumors dulu. Apa yang kita harap semoga berita kemungkinan rv dalam masa terdekat ini benar2 terjadi. InsyaAllah!!!

RV tetap RV!!! InsyaAllah.......



Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template