Wednesday, February 9, 2011

Logik : Lelongan mencecah 1 Billion dalam masa 2 Minggu?

[Klik Gambar Utk Besarkan]

Berlaku percanggahan pendapat antara satu sama lain antara mereka yag menyimpan dinar Iraq, dan mereka yang tidak menyimpan dinar Iraq (yang sudah tersedia maklum mengenainya). Bagi mereka yang menyimpan, beranggapan mereka yang tidak menyimpan berada dalam kerugian. Hal ini kerana "Iraqi Dinar" bukan sahaja dicerita dan berlaku di dalam Malaysia sahaja, bahkan info mengenainya melata di dunia global.

Bagi mereka yang tidak menyimpan pula, menganggap mereka yang menyimpan "sebagai tidak cerdik"," berangan-angan seperti Mat Jenin", dan "Ibarat menunggu bulan Jatuh ke Riba" dan lain-lain. Mereka meletakkan persepsi negatif kepada Dinar Iraq dan penyimpannya kerana memandang ia adalah satu perkara yang mustahil. Sebagai satu contoh, Note IQD10,000 bila RV akan menjadi RM45,000 (jika naik USD1.50), sedangkan modal untuk membeli Note IQD10,000 (jika diblog saya) hanyalah RM80. "Apakah RM80 boleh menjadi RM45,000?. Mustahil Mustahil"Kata mereka sambil gelengkan kepala.

Sebenarnya banyak jawapan yang boleh kita berikan kepada mereka yang beranggapan sedemikian. Selain menebarkan sejarah matawang Dinar Iraq kepada mereka, selain memberitahu potensi Dinar Iraq ini melalui berita-berita semasa di CNN,CNBC, AlJazeera, dan lain-lain berita dunia, kita juga boleh menggunakan kaedah psikologi untuk menjawab kemungkinan soalan yang ditanya oleh mereka. Sebagai contoh, Central Bank Of Iraq telah melelong dinarnya melebihi 150 juta USD sehari (tiap-tiap hari), dan bank yang menjadi pembeli terlibat dengan aktif dan sentiasa bertambah. Mereka juga membeli dengan kuantiti yang banyak. (tengok gambar di atas).Lelongan ini sudah tentu-tentunya mencecah 1 Billion dalam masa 2 Minggu. Benar? Ya sudah tentu.

Persoalan psiko : Sekiranya Dinar Iraq tidak mempunyai potensi, bagaiman mungkin bank-bank lain yang bertindak sebagai buyer" (pembeli), sanggup memilikinya?? Malah auction harian melebihi 150Juta USD? Mengapa??

Tidak lain dan tidak bukan, adalah kerana Dinar Iraq sememangnya mempunyai potensi yang sangat besar. Bank-bank asing yang terlibat telah nampak akan perkara ini sejak dari dahulu lagi, dan kerana itu mereka sanggup menelan risiko kerana telah terkedepan melihat potensinya.

Mereka sanggup membeli ratusan juta Dolar sehari, mengapa kita tidak kita menyimpannya walau sedikit? Adakah simpanan 10k (harga RM80) itu akan menyebabkan anda papa kedana??

Yang pastinya, bagi mereka yang tidak mempercayai hakikat ini, perlu segera membersihkan minda mereka. Koleksi yang diperolehi sudah pastinya menjadi potensi yang besar, dan akan memberi kesan kepada hidup para penyimpannya.

Fikir-fikirkanlah.

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template