Wednesday, February 9, 2011

Iraq : Tunjuk Perasaan Protes Pembaikan Taraf Hidup Rakyat




Semalam diberitakan ratusan orang warga Iraq keluarberamai-ramai di jalan2 utama di Iraq sebagai tanda protes. Mereka dikatakan menuntut perbaikan taraf hidup mereka diberi perhatian segera. Ini bererti RV dinar memang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat kerana rv merupakan faktor penting yang menjadi asas dan membolehkan taraf hidup rakyat Iraq ditingkatkan.

Selama ini rv tidak dapat dilaksanakan bukan kerana berpunca daripada rakyat, tapi anggota parleman Iraq dari berbagai parti yang menjadi penyebabnya. Mereka lebih mementingkan diri mereka daripada kepentingan rakyat. Bagi anggota parleman Iraq
memang mereka tida merasakan kesukaran hidup kerana gaji mereka yang lumayan besar. Manakala rakyat pula kebanyakannya terus menderita.

Dalam soal kelewatan rv ini penyebab utamanya terletak di tangan Shabibi. Beliau sentiasa bertangguh2 dalam soal perlaksanaan rv ini dengan berbagai alasan. Pada hal kuasa untuk melakanakan rv berada di tangannya secara mutlak. Walaupun CBI kedudukannya berada di bawah bidang kuasa Parleman tapi parleman tidak boleh mencampuri ursan rv ini. Maka itu Shabibi boleh menangguhkan rv menurut rasa dan kemahuannya!

Mungkin berdasarkan faktor tersebutlah menyebabkan Maliki meminta Mahkamah Tinggi Iraq meletakkan CBI di bawah bidang kuasa Jemaah Menteri Iraq yang dipimpinnya. Melalui cara ini saja baru Maliki akan mempunyai kuasa dalam soal rv ini. Dan kerana itu Shabibi dan penasihat CBI telah membantah langkah yang diambil Maliki tersebut.

Bagaimanapun sejak Maliki mengancam untuk mengambil kuasa CBI dikatakan Shabibi dan Maliki semakin kerap mengadakan pertemuan sekarang ini. Takut juga Shabibi pada Maliki rupanya!

Dan dengan wujudnya protes rakyat Iraq yang meminta taraf hidup mereka ditingkatkan, maka ianya menjadi pertanda rv semakin hampir. Ini disebabkan Maliki tentunya tidak mahu rakyat Iraq memberontak secara besar2an seperti yang terjadi di Mesir sekarang! Dan nampaknya rv memang akan dilaksanakan bila2 masa saja dari sekarang.....

Sumber : http://en.trend.az/regions/met/iraq/1826497.html


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template