Monday, March 28, 2011

Tarikh RV : Lingkungan 15Hb Mac hingga 8 April ?


Assalamualaikum..

Tadi saya berchatting sekali lagi dengan kawan saya, warga US yang mempunyai bisnes di Iraq dan ramai kenalan di Iraq. Untuk makluman bersama, rakan saya itu adalah seseorang yang dimaksudkan oleh Ali Maidin dalam artikel terbarunya (rakan kepada Rafie Yaakob). Sejak semalam saya berutus mesej di inbox, dan hari ini, saya berpeluang chatting dengannya. Bermula daripada pukul 1.30 petang, hinggalah 2.30 petang. Sejam chatting dengannya penuh dengan info yang bermanfaat.

Pertama, saya bertanyakan mengenai maklumat yang dia perolehi. Di mana, dengan siapa, dan bagaimana dia perolehi semua maklumat itu. Maklum saja, saya hanya mahukan kepastian. Saya tidak mahu berita yang saya sampaikan ini adalah lebih kepada rumors, yang jadi cakap-cakap atas angin seperti di Dinar Daddy. Hehe.. Maka dia menjawab, maklumat yang dia perolehi ini bukanlah sesuatu yang boleh diberi tahap keyakinan yang tinggi. Namun "anda boleh simpan kepercayaan kepadanya". Dia sendiri berkata bahawa dia tidak mahu berkata-kata kerana banyak forum US lebih kepada rumors, dan takut dituduh sebagai salah seorang yang sampaikan rumors. Hehe. Saya berasa berpuas hati dengan jawapannya. Apa yang diceritakan adalah :

Pertama ) Berhubung Bank/ Money Changer

Bank dan Money Changer di US telah menghentikan penjualan dinar Iraq di US. Saya terkejut, kerana sepanjang apa yang saya tahu, ramai dealer-dealer daripada Malaysia dan lain-lain negara Asean mendapatkan stok daripada Jordan, US, Mesir,Kuwait dan lain-lain. Dan bila dikhabarkan, bukan sahaja Bank di US sahaja yang menghentikan penjualan Dinar Iraq, saya menjadi tertanya-tanya. Yerlah, mengapa sampai demikian bukan?

Katanya, Bank di US telah mendapat info bahawa RV akan berlaku dalam lingkungan 15hb Mac hingga 8 April. Oleh kerana itu, mereka menghentikan serta merta penjualan dinar Iraq. Dan jika Warga US tetap juga mahu mendapatkan Dinar Iraq, mereka perlu beli melalui Ebay (dengan mendapatkan stok daripada Kuwait/ Mesir). Di US sendiri telah lama dihentikan penjualan Dinar Iraq. Dan ura-ura mengatakan Money Changer telah mula mengambil IQD dengan rate semasa (seperti di Money Changer Singapura kini) dan rate 0.37 Riyal yang bersamaan RM0.30 ( di Mekah) bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Bermakna pihak Money Changer telah dapat mencium bau "RV" ini.

Kedua) Semua Senyap !!

Situasi sekarang berlaku di US, semuanya senyap sunyi! Senyap dari apa? Senyap yang bermaksud seolah akan ada sesuatu perkara yang dirahsiakan oleh Kerajaan US kepada rakyatnya. Kerajaan US seolah ingin menunjukkan kegembiraan, tetapi tidak menunjukkan perkara tersebut. Kegembiraan apa tu?? Hehehe (sendiri pikir). Sahabat saya itu menambah lagi, satu perkara yang betul-betul tidak disedari oleh rakyat seluruh dunia, adalah negara US yang hampir bangkrap ini bergantung penuh kepada pengumuman RV ini. Kiranya US sudah K.O dari sudut ekonomi, dan satu sahaja memulihkannya balik iaitu dengan Iraq meng"RV" kan dinar Iraqnya. Itu sahaja jalan keluar kepada US daripada kemelut hutang kepada China yang berjumlah trillion USD. Sebab itu bajet di US belum diluluskan kerana menunggu RV diumumkan terlebih dahulu. Bila sudah RV, kira aman permailah US. Dan kaya rayalah kita. Hehe..

Ketiga) Galakan ahli politik terkenal.

Hillary Clinton sendiri menggalakkan rakyatnya membeli dinar Iraq (pada tahun lepas) walaupun Obama senyap menikus tidak berkata apa-apa berhubung hal ini.

Keempat) Gaji Kontraktor dibayar dalam Dinar Iraq!

Gaji para kontraktor akan dibayar dengan Dinar Iraq mengikut rate yang baru tidak lama lagi, iaitu IQD1 bersamaan USD3.87. Hal ini diketahui daripada sahabatnya yang bernama Downie yang merupakan seorang kontraktor yang bekerja di Iraq.

Kesimpulan, biarpun ia satu berita yang sudah diketahui dengan makluman saya pada artikel yang lepas, ia sedikit sebanyak memberi lebih keyakinan dan kepercayaan kepada kita bahawasanya RV itu sudah semakin dekat dengan kita. Dan rate yang digembar-gemburkan iaitu USD3.87 juga boleh jadi ada kebenarannya. Juga tarikh keramat RV iaitu lingkungan Mac-April juga mungkin benar-benar berlaku dengan petanda-petanda ini. Dan berita terkini, menteri kabinet Iraq akan diselesaikan sesegera mungkin, selewat-lewatnya sebelum 31 Mac 2011

. Adakah mungkin kerana 31 Mac ini akan dibuat pengumuman RV, maka segala yang belum beres "dipaksa beres"kan bermula detik ini?

Hehehe.. sama sama kita nantikan.. :)

p/s : Saya katagorikan dalam Rumors, hehe..

Share/Bookmark

1 comments:

Unknown said...

Harap2 rv berlaku bln mac ini..sama2 kita berdoa..amin..

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template