Sunday, March 20, 2011

Soalan : Kenapa Nilai Masih IQD1170?



Ada yang bertanya saya;

kalau tgk curency converter mcm jauh lg nak ke 1 usd = 0.01 paling kurang.

ni currency semasa :

1 USD = 1,178.50 IQD 1 IQD = 0.000848536 USD

apatah lg nak ke 1 usd = 1 iqd ...jauh tu..makan tahun gak kot..

Jika nak ikut Flow naik secara perlahan-lahan, maka memang akan nampak seperti saudara nampak. Jika difikir logik, maka begitulah jawapan yang kita akan pikirkan. Yelah, mengapa nilai 1 Dollar =IQD 1170 sejak dari dulu lagi?? Sedangkan dari segi ekonomi yang semakin bangkit, nilai itu telah/boleh mencapai USD1 = IQD700 atau 600, bukankah begitu??

Sebenarnya tidak memelikkan sangat. Iraq MEMANG telah menambat nilainya agar tidak berlaku kenaikan. Menambat nilai 1170 sejak lebih setahun yang lepas (sedangkan sebelum itu berlaku kenaikan dari hari ke hari).

Mengapa kerajaan Iraq membuat begitu?

Ada sebabnya yang tertentu. Jika anda mengkaji, untuk menstabilkan ekonomi sesebuah negara, memerlukan peracangan yang rapi. Dalam keadaan Iraq dan rakyatnya mengetahui mereka mempunyai reserve minyak yang banyak, selaku negara pengeluar minyak no 2 dunia dan gas asli no 1 dunia, sudah tentunya satu perancangan rapi perlu diatur agar tidak berlaku kacau bilau semasa RV nanti.

Tetapi apa relevannya dengan menambat nilai USD1 = IQD1170?

Ada relevannya. Cuba bayangkan, sekiranya kerajaan Iraq tidak menambat matawangnya, sudah pasti ramai rakyat Iraq akan menyimpan IQD di rumah mereka. Dengan pendapatan perkapita rakyat Iraq lebih kurang IQD400,000 sebulan, sudah tentunya membuatkan mereka menjadi jutawan jika berlaku RV.

Mengapa saya berkata begini?

Ok, rakyat Iraq yang bekerja kerajaan/bekerja sendiri, sudah pastinya dapat melihat IQD semakin berganjak naik di pasaran Forex Market. Dan keadaan ini sudah tentunya membuatkan mereka menyimpan, dan terus menyimpan pendapatan yang mereka terima setiap bulan. Mereka semakin malas bekerja. Maklum sahaja, buat apa kerja, nanti kan nak jadi jutawan???

Hal ini sudah pastinya membuatkan ekonomi Iraq semakin merudum. Bayangkan rakyat Iraq menjadi manusia yang malas, menunggu RV berlaku dengan nilai yang tinggi, jika mereka dapat saksikan matawang mereka semakin berganjak di pasaran forex.

Mereka menantikan kuasa beli mereka meningkat. Mereka menantikan RV itu menjadi dari USD1 = 1170, menjadi USD1= IQD600 dan terus menjadi USD1 = IQD200, dan seterusnya dan seterusnya, hinggalah menjadi USD1=IQD0.32. Dan dalam keadaan ini, sudah pastinya ekonomi Iraq akan RANAP!!

Yelah, semua menyimpan duit di bawah bantal, siapa yang nak bekerja??

Jadi bagaimana nak elak semua ini?? Hanyalah dengan menambat nilai IQD nya. Itu sahaja solusinya.

Ini baru satu reason. Masih ada banyak reason yang relevan.

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template