Wednesday, March 2, 2011

MAC 2011 : Menantikan Keajaiban Berlaku



Kalau sampai besok masih tidak rv juga, maka kita tunggu sampai hujung bulan Mac ini. Semoga sebelum 29/3/11 ini akan rv juga kerana pada tarikh tsb Summit Arab akan berlangsung. Lagi pun Maliki telah berjanji akan mengisi semua kekosongan dalam kabinetnya pada minggu depan.

Mudah2an setelah semua jawatan Menteri dalam kabinet beliau telah diisi maka beliau akan memberi instruksi pada CBI untuk mengumumkan rv. Tapi kalau dalam bulan Mac ini masih tidak rv, barulah kita tunggu pada bulan April seperti yang dikatakan dalam blog Ali Maidin tempoh hari.

Bagaimanapun kita berharap rv akan terjadi dalam bulan Mac ini juga kerana kalau kita lihat dari berbagai aspek memang masa untuk rv dinar ini sudah cukup matang. Tambahan pula bajet Iraq yang telah diluluskan baru2 ini tidak mungkin dapatdidlaksanakan tanpa rv dinar. Ini kerana hasil daripada minyak Iraq masih berbentuk cadangan yang tersimpan di perut bumi Iraq dan diproduksi secara bertahap yang tidak mungkin dapat dikeluarkan serentak. Satu2nya jalan pantas bari Iraq mendapat modal pembangunannya adalah dari rv dinar!

Maka itu saya yakin mahu tidak mahu Iraq perlu melaksanakan rv dalam masa terdekat ini. Kita hanya perlu menunggunya saja!

RV tetap RV!!!InsyaAllah......

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template