Tuesday, March 29, 2011

Pengurusan Dinar Iraq Setelah RV Kelak.


Mojad Dahlan March 28 at 11:35pm Report

Asalamualaikum,saya ingin nak tahu berkenaan MC dan Bank di malaysia,adakah MC sangup menerima tukaran yang banyak....dan satu lagi Buka akaun di bank yang ada menerima IQD,adakah kena tax oleh bank.minta Encik Ahmad terangkan Bank mana yang ada menerima IQD.Sy tanya bank tempatan di Sarawak semua tak terima dan tak ada berurusan dgn wang asing kata nye...tk

Waalaikumussalam..

Saya sebenarnya tidak beberapa arif berkenaan Money Changer atau Bank-bank di Malaysia. Al maklum saja, saya ni bekerja biasa-biasa sahaja. Tapi tak mengapalah, saya akan cuba menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara Mojad Dahlan.

Untuk maklumat para sahabat, kelmarin saya ada berhubung dengan seorang pegawai bank rakyat. Beliau merupakan salah seorang buyer saya. (berkebetulan dengan soalan Mojad Dahlan). Sebelum itu beliau menghantar satu mesej kepada saya yang berbunyi :


Saudara Farhan, saya survey sebaik-baik buka akaun dekat AlRajhi. Kalau buka akaun saving RM20 je, tapi mcm kita Investor Dinar Iraq sebaiknya buka akaun semasa minimum RM1K.

Saya tertarik dengan sms beliau. Saya lantas dengan itu menghubunginya, dan bertanyakan lanjut. (Al maklum saja, buyer saya ini sudah tentunya pakar dalam bab selok belok kewangan,perbankan, dll). Setelah berborak dengannya lebih kurang 10 minit, saya mendapati buyer saya ini tersangatlah dapat membantu dalam merungkaikan permasalah pengurusan kewangan kita setelah RV kelak. Menurut beliau, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan (bila berlaku RV). Dan di bawah ini adalah email yang dihantar sekali olehnya sebagai penerangan semula diatas apa yang kami borakkan pada 2 hari lepas. Sila baca di bawah :


Berkenaan dengan ulasan saya mengenai Alrajhi dikatakan sesuai untuk simpana dinar setelah RV:


Sebenarnya terpulang kepada setiap penyimpan dinar untuk menyimpan dimana -mana bank luar atau pun bank di dalam negara sama ada di Standart Chartered,Kuwait Finance,Alrajhi,HSBC,atau di CIMB ,Maybank yang pasti bank-bank tersebut mestilah ada membuat transaksi jual dan beli mata wang asing.Sebenarnya bank-bank tempatan ini penuh dengan birokrasi dan sesuatu transaksi tersebut mestilah genuine dan telus.Setiap bank di Malaysia tertakluk kepada kawalan Bank Negara Malaysia tidak kira bank luar negara.


Kalau kita perhatikan berkenaan UMLA atau kita kenali sebagai Akta Pencegahan Wang Haram kebanyakan pelapor adalah daripada bank-bank tempatan.UMLA mula diperkenalkan setelah PWTC diserang dan menjadi kewajipan setiap bank melaporkan segala wang-wang yang mencurigakan,Wang-wang yang mencurigakan tersebut datangnya daripada aktiviti haram seperti penjualan senjata api,gangsterism,pelacuran,dadah,perjudian,tetapi sesetengah negara seperti Hong Kong menghalalkan perjudian dan tidak dikategorikan sebagai pendapatan haram dan merupakan pendapatan kepada negara tersebut,begitu juga dengan pelacuran seperti di Thailand.Di Malaysia pengeluaran wang atau deposit wang yang melebihi Rm50,001.00 adalah menjadi kewajipan pihak bank untuk bertanyakan dari mana sumber wang tersebut diperolehi dan pihak bank juga berhak menolak sekiranya wang tersebut mencurigakan.


Jadi tidak hairanlah setengah individu tersebut menerima panggilan atau perlu mengisi borang tertentu apabila pihak Bank Negara meminta maklumat tersebut.Kegagalan pihak bank membuat laporan akan menyebabkan bank tersebut didenda RM 1 juta.Begitu juga dengan transaksi pengeluaran dan deposit melebihi 5 kali sehari akan menjana report untuk tujuan semakan oleh pihak bank.


Jadi kepada penyimpan dinar iraq mereka boleh mebuat pilihan terbaik sama ada simpanan tersebut di simpan di Alrajhi Bank ataupun di Kuwait Finance atau pun dimana-mana bank tempatan.Ini kerana selepas RV bank arab tersebut tersebut lebih dahulu menerima tempias kerana bank tersebut merupakan bank arab.Al rajhi sendiri mempunyai cawangan di Riyadh,Saudi Arabia,Kuwait dan Jordan,manakala Kuwait Finance pula mempunyai cawangan operasinya di Bahrain,Turkey,Jordan,Arab Saudi,Singapore dan Australia.


Dari segi pembukaan akaun simpanan didapati Al Rajhi lebih banyak produk penyimpan untuk membuat simpanan berbanding Kuwait Finance iaitu akaun simpanan,akaun semasa,mudharah akaun simpanan dan mudharabah akaun semasa.Manakala Kuwait finance cuma mempunyai dua produk iaitu akaun simpanan dan akaun semasa.


Syarat-syarat bagi akaun simpanan:


-umur 18 tahun keatas,minimum RM 20,salinan ic


Syarat-syarat bagi akaun semasa


-umur RM 500,umur 18 tahun keatas,salinan ic dan perlu introducer


Syarat-syarat Mudharabah akaun semasa


-Umur 18 tahun ke atas,minimum RM 1000,tidak perlu introducer




Kebaikan akaun semasa:


-Diperuntukan buku cek dan kad atm cuma dikenakan charge setem duti
-Boleh pindahkan gaji ke akaun semasa
-Boleh membuat pindahan dari satu akaun ke akaun lain yang mempunyai Perkhidmatan Giro


-Boleh ditunaikan di semua cawangan Al rajhi,
-Boleh digunakan sebagai standing instruction
-Boleh digunakan sebagai letter of guarantee


Sedikit yang saya nak tambah kepada semua, bahawa pembukaan akaun semasa adalah digalakkan daripada membuka akaun simpanan. Beliau (pegawai bank) berkata pembukaan akaun semasa adalah lebih selamat kerana berkemungkinan besar kita akan membuat transaksi yang kerap (orang kaya la katakan.. Hehehe). Dan yang terrrrrlebihhhh pentingggg... kita hendaklah declare kepada Bank Negara Malaysia bahawa kita ni ada menyimpan matawang asing yang mempunyai value / nilai yang tinggi.

Mengapa perlu berbuat demikian?

1) Mengelakkan akaun kita dicurigai oleh pihak bank kerana kerap melakukan transaksi.

2) Akaun akan dibekukan sekiranya didapati jelas membuat transaksi yang besar, tanpa sebab-sebab yang jelas.

Kesimpulannya, anda boleh membuka satu akaun bank sahaja di mana-mana (yang boleh berurusan dengan matawang asing), asalkan anda "declare" mengenai jenis transaksi yang anda buat kepada bank negara. Jika kita membuka akaun semasa/simpanan di banyak bank sekalipun, tetapi tidak membuat declaration berhubung simpanan dan traksaksi yang kita buat, maka natijahnya sama sahaja seperti yang di atas.

Moga artikel ini dapat membantu kita semua. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya, (identiti dirahsiakan)pegawai bank tersebut kerana membantu memberikan metodologi sesuai kepada para penyimpan IQD bila berhadapan dengan RV kelak. Dan juga terima kasih kepada Mojad Dahlan kerana bertanyakan perkara ini. Terima kasih kepada kalian berdua kerana meluangkan masa menghantar PM, dan email kepada saya untuk bertanya dan memberi ulasan ini. Jazakamullahu Khairan Kathira..

Share/Bookmark

31 comments:

Anonymous said...

Nice info admin..

Thanx..

Anonymous said...

adusss.. camner dgn negeri2 yg tiada cawangan2
bank2 Arab tu?

Anonymous said...

mana lagi bagus... guna Bank Arab atau Froegner Bank mcm HSBC /StanChart?

Rayyan Shah said...

Boleh guna bank CIMB.. CIMB hampir ada di semua negara bukan?

CIMB menawarkan pertukaran wang asing, malah ada ATM yang boleh buat transaksi terus guna matawang asing.

Anonymous said...

nk kene bkk akaun sblm rv atau slpas ni? xfhm la

Anonymous said...

so.... kalau dah ada akaun Maybank atau CIMB..
just declare kita ada simpan matawang asing bernilai tinggi lah yer?

Rayyan Shah said...

Bukak akaun sebelum atau selepas RV tidak menjadi isunya.. Yang penting, bila kita nak buat transaksi, kita kena declare bahawasanya kita mempunyai banyak Dinar Iraq yang mempunyai nilai yang besar.

Tujuannya agar kita tidak disyaki atau dicurigai. Itu sahaja.

Anonymous said...

erm tap sara rasa klo simpan kt maybank or cimb kta takut duit yg kta simpan akn hilang tanpa pengetahuan kta coz org dlm yg main duit kta.....
coz pernah terjad kpd kawan sara.....

Anonymous said...

So maknanya di sini sebelum kita nak buat pertukaran atau bank in/deposit dinar Iraq kita contoh 1 juta IQD kita kena declare atau isi borang dulu ke kat bank pilihan kita tu contohnya AlRajhi ataupun CIMB?

Dan adakah selepas kita bank in, dan besok kita nak keluarkan/withdraw juga perlu ke nak kena declare atau isi borang apa semua tu?

Anonymous said...

saya pun nak tau

Anonymous said...

cam maner nak declare kat BNM..tulis surat camner...

Anonymous said...

yup, yang ni part yang saya rasa ramai orang nak tahu tu, cam mana cara prosedur nak buat declare tu?

flower said...

"Sebenarnya terpulang kepada setiap penyimpan dinar untuk menyimpan dimana -mana bank luar atau pun bank di dalam negara sama ada di Standart Chartered,Kuwait Finance,Alrajhi,HSBC,atau di CIMB ,Maybank yang pasti bank-bank tersebut mestilah ada membuat transaksi jual dan beli mata wang asing"
Maksudnya semasa kita beli pun mesti ada transaksi pembelian dinar kan?.kalo xda bukti pembelian camne nk tukar dibank nanti.kebanyakkan beli pd agen.

Anonymous said...

mana Admin ni....tolong ler jawab soalan2 yg diajukan.

Rayyan Shah said...

erm tap sara rasa klo simpan kt maybank or cimb kta takut duit yg kta simpan akn hilang tanpa pengetahuan kta coz org dlm yg main duit kta.....
coz pernah terjad kpd kawan sara.....


Yang ini saya tidak boleh ulaslah. Apa yang penting, kita sudah buat pengurusan melalui saluran yang betul. Jika ada songlap atau seumpamanya, itu perkara mendatang yang bukan dibawah bidang kuasa kita. Tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka jika berbuat demikian.

So maknanya di sini sebelum kita nak buat pertukaran atau bank in/deposit dinar Iraq kita contoh 1 juta IQD kita kena declare atau isi borang dulu ke kat bank pilihan kita tu contohnya AlRajhi ataupun CIMB?

Ya benar..Setakat info yang saya dapat daripada pegawai bank tersebut, yang penting, KITA DECLARE dekat BNM bahawa kita ini adalah penyimpan IQD yang mempunyai nilai yang besar (BNM sudah tentu maklum tentang perkara ini)

Dan adakah selepas kita bank in, dan besok kita nak keluarkan/withdraw juga perlu ke nak kena declare atau isi borang apa semua tu?

Saya bukanlah seorang yang arif dengan transaksi melibatkan bank. Apa yang saya dapat info, tujuan kita DECLARE itu adalah untuk mengelakkan berlaku masalah sekatan terhadap pengeluaran/simpanan Dinar Iraq yang kita miliki. Maknanya, setelah kita declare, Insyallah sebanyak mana sekalipun kita keluarkan duit, BNM tidak akan mengesyaki kita, kerana nama si Polan bin Polan ini telah diketahui sebagai penyimpan Dinar Iraq. Jadi tidak timbul masalah. Kiranya sudah ada nama kita di sistem perbankan, bila kita buat traksaksi, pegawai bank terlibat sudah mengetahui bahawa kita ini penyimpan dinar iraq.

cam maner nak declare kat BNM..tulis surat camner...

Saya tidak pernah menjadi kaya raya melainkan setelah RV. Jadi saya tidak boleh menjawab tentang tatacara declare tersebut. Tapi apa yang pasti, nak declare atau ape-ape yang melibatkan urusan transaksi wang yang banyak/ tinggi, sudah pastinya kena isi borang. Maknanya begini, DECLARE ITU BERLAKU SEKALI SAHAJA. BILA NAMA KITA SUDAH ADA DI SISTEM, kita keluarkan duit yang banyak daripada CIMB ke, Maybank ke, Al Rajhi ke, Kuwait Finance ke, sudah tidak menjadi masalah kerana sudah ada rekod kita di Bank Negara Malaysia.


yup, yang ni part yang saya rasa ramai orang nak tahu tu, cam mana cara prosedur nak buat declare tu?

Saya sudah terangkan di atas. Saya cuma dapat rasakan bahawa kena isi borang untuk urusan declare tu.

Rayyan Shah said...

"Sebenarnya terpulang kepada setiap penyimpan dinar untuk menyimpan dimana -mana bank luar atau pun bank di dalam negara sama ada di Standart Chartered,Kuwait Finance,Alrajhi,HSBC,atau di CIMB ,Maybank yang pasti bank-bank tersebut mestilah ada membuat transaksi jual dan beli mata wang asing"

Maksudnya semasa kita beli pun mesti ada transaksi pembelian dinar kan?.kalo xda bukti pembelian camne nk tukar dibank nanti.kebanyakkan beli pd agen


Saya rasakan ini tidak menjadi masalah. Sekiranya anda pernah berurusan dengan Money Changer atau Bank di luar negara, amat jarang sekali kita diberi resit pembelian. Contohnya, saya pernah ke Phuket Thailand dan Mekkah, Saudi Arabia. Bila saya membuat penukaran kepada duit Thailand, mereka tidak berikan saya resit. Begitu juga semasa saya di Mekkah. Transaksi pertukaran matawang tersebut tidak diberikan resit pun. Jadi kita andaikan bahawa kita ni menukar duit di Iraq contohnya, maka sudah pasti juga tidak diberikan resit pertukaran mata wang asing.

Jadi pihak bank di mana-mana pun sudah pastinya tidak mempersoalkan mengenai dimana dan dari siapa kita dapat duit tersebut. Begitulah telahan saya.

Bila sahaja berlaku RV, mereka akan memberitahu bahawa mereka membuat pertukaran Dinar Iraq di kaunter bank atau money changer. Malah mungkin akan meletakkan papan iklan " Dinar Iraq boleh ditukar di sini". Mengapa saya berkata demikian?

Kerana Mereka akan mendapat untung yang banyak bila membeli dinar iraq dengan kita bila berlaku RV kelak. Untung kita sudah banyak, dan untung mereka juga banyak. Untung dari sudut apa??

Dari sudut charge yang dikenakan kepada kita lah. Maklum sahaja. Dinar Iraq jika RV dengan rate tinggi, sudah berapa yang depa untung?

Saya memohon maaf kerana lambat membalas semua persoalan yang ditanya di sini. Saya sangat sibuk dengan urusan kerja pada minggu ini membuatkan saya tidak boleh update blog, dan jawapan-jawapan pembaca di sini.

Apapun, saya ucapkan terima kasih kerana bertandang ke blog ini. Anda yang menjadi pembaca, amat-amat saya hargai.

Sekian, Wassalam.

Anonymous said...

macam mana nak buka akaun di bank Al Rajhi tu? ada link? atau boleh buka melalui bank2 yang ada dlm negara seperti cimb n lain2?

Rayyan Shah said...

Boleh sahaja bukak akaun Al Rajhi di branch yang ada di Malaysia ni.

boleh tengok di sini :

http://alrajhifriendsfamily.blogspot.com/2008/07/cawangan-cawangan-al-rajhi.html

Anonymous said...

terima kasih admin atas info...best dapat baca dari blog ni...

ahli syurga said...

wahai admin yg pemurah lg baik hati..saye ingin bertanye..klu kite tkr dlm jmlh yg byk,adakah bank negara terlibat dgn transaksi penukaran dinar ni?
2.blh x BNM menghalang rakyat malaysia drpd menukar iqd kpd rm?
3.andaikata sudah berlaku rv,dan rmai yg telah jd kaya raya..mgkn kita akn disiasat oleh sprm,so ape jwpn yg sesuai utk mereka2 ini?
sekian terima kasih..

Anonymous said...

kalau kita buka akaun di alrajhi, boleh ke kita simpan duit dinar di bank itu? ataupun ia hanya lah untuk proses jual beli sahaja?

Anonymous said...

1-kalau cashin at bank,dh tentu ada resit kan?itu ler buktinya kalau BNM or SPRM nk siasat....

2-BNM pun rasanya mau rakyat cashin,psl gov dpt tax,,(income tax,bank tax,dll)

yg penting sekarang nie...BILA MAU RV MAAAA???

Anonymous said...

saya rasa jgn ler tanya bila nak RV dalam thread ni, keep the questions related to the topic, pls.

Anonymous said...

blh chck sini kot

Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-2698 8044
samb. 8211 / 8233
No. Faksimili : 03-2691 3266

Anonymous said...

Bila RV dan pemilik dinar pun menjualnya, sudah tentu jualbeli itu di support dengan resit. REsit tentunya akan jadi pembuktian sumber duit kita didalam bank. Ini bermaana semua dinarian yang bakal jadi jutawan tidak perlu gusar walau apa saja siasatan yang dijalankan olih pihak berwajib.

Unknown said...

xboleh ke klu kita hanya simpan sendiri dan bila masa dah rv kita pergi tukar je kat mama bank atau mc....?

Unknown said...

Boleh tak kita buat group wasup atau telegram utk mudahkan semua ahli pemegang dinar iraq utk berhubung.. Wasup sy 013-4152339

afiq said...

kenapa UMLA bukan ke AMLA?

Anonymous said...

Buat dosa saja perkara xpasti. Yg menjual dinar dh kaya ke? Mungkin yg membeli ramai ke rahmatullah.sila tanggung diatas penipuan dinar Iraq ini

Anonymous said...

Banyak orang diperbodohkan utk beli dinar Iraq...dah 20 tahun takde yg kaya2 Pon kahkahkah

Anonymous said...

Ada group tak bila dah rv nanti..?

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template