Wednesday, April 6, 2011

Dari Forum : Renungan Menjelang RV


Salam tuan-tuan,

Harap jangan salah faham yer, ini pandangan sahaja bukan anti dinar atau anti orang Melayu untuk jadi kaya…….

RV atau tidak AS tidak boleh memaksa Shalibi dan Maliki untuk RV kan dinar Iraq,Memang strategi Amerika untuk meraih keuntungan berbillion billion dolar dengan cara perang ke atas Iraq tetapi jika memikirkan kepentingan rakyat Iraq itu sendiri yang ibarat ’kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan’ atau kasi pagi makan pagi,kais petang makan petang sudah tentu Shalibi dan Maliki tidak akan RV kan dinar atas tujuan nak mengajar kekurang ajarnya Amerika walaupun Shalibi dan Maliki dibayar berjuta dolar oleh Amerika untuk RV kan dinar Iraq.

Tidak mustahil malah ianya akan berulang lagi jika ekonomi Amerika pulih malah pemerhati politik meramalkan ekonomi Amerika akan lebih hebat dari sebelum perang Iraq vs Amerika jika sekiranya dinar Iraq di RV kan. Yang beroleh laba dengan RV nya dinar Iraq ialah Amerika & Israel, adapun penyimpan dinar di Negara-negara lain termasuk di Malaysia cuma menumpang tuah & tempias sahaja.

Jika sekiranya impian Amerika benar-benar terjadi maka tidak mustahil selepas ini Lybia atau sesiapa sahaja akan menjadi mangsa kerakusan Amerika/Israel seperti mana Iraq sebelum ini. Kenyataan akan terjadi dimana umat Islam Palestin akan diratah habis- abisan,dibunuh, diseksa dan bermacam-macam lagi tekanan sehingga lenyap dimuka bumi Israel sebab Amerika & Israel adalah kuncu-kuncu Dajjal akhir zaman.

Banyak lagi agenda gila Amerika & Israel yang saya rasa tuan-tuan juga ramai yang bijak disini untuk mencari apakah agenda Amerika & Israel seterusnya.

Satu sahaja faktur utama untuk membolehkan RV terjadi iaitu Shalibi dan Maliki berperangai tamak seperti mana Hosni Mubarak atau Ben Ali atau Muammar Ghadafi sudah tentu dinar Iraq ini akan RV. Jika tidak jatuhkan atau lucutkan jawatan Shalibi , Maliki atau sesiapa sahaja yang berjiwa patriotik digantikan dengan pemimpin yang rakus, kurupsi & tamak kuasa asalkan aku kaya, berkuasa rakyat mampus apa aku peduli Barulah dinar Iraq ini akan RV.

Saya bukan anti RV atau anti dinar atau anti orang Melayu hendak jadi kaya , saya sendiri orang Melayu dan juga sudah tentu bercita-cita untuk hidup senang seperti mana tuan-tuan . Saya jugak bangga jika ramai lahir jutawan-jutawan Melayu .

Pepatah Melayu ada mengatakan “Bukan senang nak jadi senang & bukan susah nak jadi susah“ Pokoknya tepuk dada tanya Iman..... Saya berdoa agar RV ini akan berlaku sekiranya ada cita-cita dan kesugguhan tuan-tuan nuntuk membantu umat Islam Palestin atau membantu mana-mana sahaja umat Islam yang tertindas & teraniaya dimuka bumi Allah ini. Jangan sekadar asyik berangan-angan nak kaya dan memiliki kereta mewah , rumah besar, bini besar sahaja walaupun tidaklah salah tapi fikir-fikirkanlah ramai lagi orang yang menderita dimuka bumi Allah ini.....Wallahu’alam

Petikan dari Forum

Share/Bookmark

9 comments:

Anonymous said...

iraq akan jadi negar yg bodoh klu buat mcm tu.
klu betul nak bela rakyat tindakan yg penulis utarakan tu adalah berbaur dendam. adakah itu yg diperlukan tuk membela rakyat?

Anonymous said...

Kita serahkan semuanya kepada Allah SWT. Kita cuma menumpang kekayaan sekiranya RV. Ikut niat masing2 apa yg akan dilakukan bila dah 'kaya' nanti. Pastinya bagi sya, agama yg paling utama, insya Allah. Sekiranya kita membiarkan peluang ini berlalu begitu shja, pengikut2 dajjal akan semakin kaya, kita yg x ambil peluang semakin miskin sedangkan kita bleh ambil peluang ni utk memperjuangkan agama Islam mengikut cara masing2. Kita juga faham bahawa kita mendapatkan ini dari kejatuhan dan kesengsaraan org lain tapi bagi sya, gunakan akal yg Allah beri. Insya Allah. RV tetap RV. Amin.....

Anonymous said...

mmg dh knyataan..xkn rv!.padan muka korg smua yg beli dinar ni ibarat setan amerika...

Anonymous said...

rv ke x , kita xkan rugi bro ..

Anonymous said...

betol2..kami pemegang dinar sikit pon tak rasa rugi..klu rv.alhamdulillah.klu tak rv,kami buat tampal kt dinding duit tu..apa yg ruginya.sbb kami beli dinar guna duit kami yg lebih2 tu..

Anonymous said...

ala, yg dok kecoh2 nak padankan muka pmegang dinar ni pehal...bkn nyer xjd RV pon... ade Maliki ckp IRAQ mmg xkan mengRV kan matawang dia... cume dia melewat2kan RV tu jer... pikir logik la bro...sampai bila dia nak lelong matawang dia utk uruskan negara..smpai dah xlaku nnti dia RV kan je lah..klau RV ngan nilai yg rendah pon..still pmgang IQD boleh tukar dinar tu blk...ssh btul la nak terang kat org buta hati nih..haisssshhhh....

Anonymous said...

maaf cakap laa... knp la dia duk sebut setan amerika... bukan kah setiap manusia ada syaitan yang mengikutnya... tengah solat pun setan boleh kacau lagi...apatah lagi kalo duk buat benda lain, mengutuk orang ke (cth je laa..) dsbnya...

Anonymous said...

klu cerita membawa unsur agama, itu gk perlu di utarakan... mslh siapa setan ataupun siapa benar atau tdk benar kita serah kan kepada Tuhan krn DIA yg maha tahu ..... ingat lah bahwa kita cucu Ibrahim yg mempunyai 2 anak Ismail dan Ishak.....di situ blm di ceritakan adanya KITAB INJIL dan AL QURAN....

Anonymous said...

dan maaf sebelumnya buat penulis, jika ingin mengutarakan mslh RV dinar irak, jgn bawa unsur agama....sebab sekedar pemberitahuan buat penulis nabi ISA itu duduk disebelah ALLAH yg maha pengasih dan penyayang, sedangkan anda penulis smpi skrng msh hidup di dunia yg penuh dosa ini, jd bgmna anda bisa mengatakan amerika dan israel kuncu-kuncu dajjal akhir jaman, sedangkan mereka pengikut agama yg diajarkan nabi ISA.....yahudi itu suku bukan agama, ingat itu.....!!!!

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template