Saturday, April 16, 2011

Dinar Iraq : Apa yang perlu anda tahu


1) TV Iraq telah menyiarkan berita mengenai "projek 3 zero" yang akan dilaksanakan kerajaan Iraq bagi mengatasi masalah inflasi dan mengubah sistem ekonomi Iraq.

JUGA dalam Radio Free Iraq telah menyiarkan ke udara sebuah wawancara Dr Mohammed Salleh bahawa bank di Iraq sedang bersiap sedia untuk melaksanakan dasar kenaikkan tiga sifar daripada Dinar Iraq bagi mengatasi masalah pengurusan matawang terutamanya soal inflasi yang mencecah 28 trilion Dinar Iraq. (Perhatian, ini berita bukan Rumors.)

2) Central Bank Of Iraq telah bersiap sedia untuk memulakan projek 3 zero ini. Usul dan cadangan "menaikkan 3 zero" dalam IQD telah dibawa ke Parlimen dan hanya menunggu kelulusan Parlimen. (Perhatian, ini berita bukan Rumors.)

Rasionalnya daripada dua perkara diatas, sudah pastinya meninggalkan kesan psikologi kepada rakyat Iraq. Mengapa saya berkata begitu?

Warga Iraq sudah pastinya menaruh harapan yang tinggi dengan berita yang disampaikan kepada mereka setelah sekian lama terbelenggu dengan masalah kemiskinan. Sebaran melalui media kepada warga Iraq sudah tentunya meninggalkan kesan psikologi yang tinggi, mengharap agar Maliki segera mengeluarkan mereka daripada kepapaan yang dipikul sekian lama. Maliki walau macam mana sekalipun, telah terlajak dalam soal ini. Sebaran di media telah menjadi "janji yang ditabur" kepada rakyat biarpun "projek 3 zero" belum mendapat kelulusan Parlimen. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tayang kat media, alamatnya jika Iraq tidak laksanakan segera, kuasa rakyat Iraq akan bergema sepertimana yang berlaku kepada Mesir dan Libya. Tak gitu?

Info Sampingan. (Anggap je Rumors)

Semalam teman saya (informer) telah memberitahu bahawa jangkaan RV adalah paling lewat pun pada bulan Julai ini. Bermakna RV boleh berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang asalkan sebelum bulan Julai ini. Relevannya adalah kerana, beberapa orang menteri telah dijadualkan membuat kunjungan ke beberapa buah negara bagi membincangkan urus niaga minyak antara negara terlibat dengan Iraq. Jika itu yang dirancang, maka logiknya Iraq perlu memastikan bahawa negara yang akan membuat urus niaga dengan mereka yakin dengan keupayaan melabur di Iraq. Sama ada kestabilan politik mahupun ekonomi, jaminan tersebut perlu Iraq tontonkan kepada negara yang terlibat.

Rumors ke ni? Boleh je anggap rumors. Better macam tu. Tetapi informer saya ini mendapat maklumat terus daripada Parlimen Iraq. Bukan kerani, bukan tukang cuci, bukan tukang kebun, tetapi seseorang yang "berpengaruh dalam parlimen Iraq". Kabel besar nih. Hehehe. Jadi terpulang pada penilaian anda.

Nasihatnya lagi, simpan dinar Iraq elok-elok. Kemungkinan besar akan berlaku 2nd RV. Dan RV kali kedua ini lebih tinggi rate nya berbanding RV yang pertama. Dan lagi satu, jangan percaya kepada rumors yang banyak bertaburan dekat internet. Contohnya seperti berita yang kononnya daripada Reuters, bahawa Shabibi ada mengisytiharkan akan berlaku RV dalam masa terdekat ini. Semua itu adalah tektik licik para peniaga dinar Iraq sahaja untuk melariskan jualan depa. Hakikatnya, nampak bebenor nipunyaaaa.Kita Bako je depa nih..... Hehehe.

Itu sahaja yang dapat saya share kali ini. Wassalam.


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template