Tuesday, April 12, 2011

Liga Arab tidak akan ditangguhkan.


Biarpun ada gesaan agar Liga arab ditangguhkan kerana berlaku krisis dalaman politik yang teruk beberapa hari ini, Kerajaan Iraq menegaskan bahawa Liga Arab akan tetap berlangsung sepertimana yang telah dijadualkan.

Iraq telah mempersiapkan segala persedian teknikal dan telah memperuntukkan 450 Juta USD bagi tempahan hotel, dan lain-lain kos bagi delegasi Arab yang akan hadir nanti. Menurut Kementerian Luar Negeri, Hoshyar Zebari, tidak ada satupun negara yang akan menarik diri daripada persidangan tersebut. Dan liga arab yang dijadualkan akan berlaku pada 11 Mei tetap akan berlangsung tanpa sebarang masalah.

Alhamdulillah,, Nampaknya Liga Arab yang telah ditunda beberapa kali ini telah diberi jaminan akan berlangsung pada bulan Mei ini. Gesaan parti politik lawan agar ia ditangguhkan sebenarnya lebih kepada sindiran dan provokasi kepada kerajaan Nouri Al Maliki kerana beliau dilihat tidak mampu menyelesaikan krisis melibatkan ekonomi dan sosial warga Iraq pada ketika ini. Namun hasilnya, menyebabkan kerajaan Nouri Al Maliki tercabar, dan sekaligus memberi titik noktah dan kata putus berhubung Persidangan Liga Arab tersebut.

Iraq sebagai tuan rumah sudah pastinya telah mempersiapkan diri dengan pelan dan halatuju pembangunan ekonomi dan sosial rakyatnya untuk dibentangkan nanti. Maklum sahaja, sebagai tuan rumah, mereka tidak mahu disoal banyak dan ditanya itu dan ini oleh negara arab yang lain. Jadi kita sebagai pemerhati kepada krisis yang berlaku, dan pemegang "Iraqi Dinar", mengharapkan agar RV akan menjadi kenyataan sebelum Persidangan Liga Arab berlangsung.

RV tetap RV ~!!

Berita dari AlSumeria News


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template