Wednesday, March 23, 2011

Note Semakin Kecil, Petanda RV sudah Dekat!

Sila Rujuk di sini : Central Bank Of Iraq



Berpandukan kepada Xe.com,Rate semasa IQD adalah seperti berikut..
1,000,000.00 IQD = 2,569.368 RM,

Dan bermakna 1 IQD bersamaan dengan :

1 IQD = 0.00256937 RM atau 1 RM = 389.201 IQD,

Dan merujuk kepada pasaran semasa, nilai bagi 50 IQD (Wang kertas) , bersamaan dengan RM 0.128468. Atau senang dijadikan cerita bahawa 50 IQD bersamaan 12 Sen.

Ok. Coin yang bakal berada dalam pasaran adalah coin 25 IQD dan 100 IQD. Bagi nilai 25 IQD, apabila diconvert kepada RM, menjadi :

25.00 IQD = RM 0.0642342,

atau disenangkan cerita 25 IQD adalah 6 sen. dan 100 IQD menjadi :

100.00 IQD = RM0.256937,

atau disenangkan cerita 100 IQD 25 sen.

Jadi sekarang ini, note kecil yang ada dalam pasaran, adalah 50 IQD = 12 Sen. Yang akan diperkenalkan pula 25 IQD = 6 Sen, dan 100 IQD 25 Sen. Dan semua bandingan yang saya buat ini adalah antara IQD dengan RM, belum lagi dengan USD, atau UERO.

Note 50 IQD yang berada di pasaran hari ini, merupakan note yang sangat kecil (biarpun ia wang kertas) dan amatlah sukar untuk digunakan dalam urusan domestik dan foreign. Tetapi mengapa pula kerajaan Iraq ingin mengeluarkan note yang lagiiiiiiiiiiiiii kecil pada masa akan datang, lantas mewar-warkan di CBI?

Apa tanda tu?? Hehehe..

RV tetap RV ...


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

DINAR IRAQ: KAD VISA DI IRAQ - Ali Maidin


Logiknya bagi sebuah negara yang kecil nilai matawangnya, maka ia memerlukan note yang berangka besar. Misalnya Indonesia ada 100,000 rupiah dan Turki pernah ada note 20 juta lirar. Bagi Iraq pula selepas kejatuhan nilai Dinarnya pada 2003, ia terpaksa mengadakan note 25,000 Dinar. Jikalau tidak, rakyat Iraq kena bawa duit berkepul apabila berbelanja di pasarnya. Ha ha.

Sebaliknya bagi negara yang tinggi nilai matawangnya, maka negara itu perlu ada note atau coin yang berangka kecil pula, Misalnya Kuwait yang ada note 1/4 (suku ) dinar dan coin 5 fils hingga 100 fils.

Sejak 2003 hingga kini, Iraq ada 7 note iaitu:

50 Dinar
250 Dinar
500 Dinar
1,000 Dinar
5,000 Dinar
10,000 Dinar
25,000 Dinar

Iraq telah bersedia dengan coin 25 Dinar dan 100 Dinar yang belum lagi dimasukkan ke pasaran. Sebarang pertukaran nilai dan note Iraq, sila rujuk di sesawang ini.

Jangan dengar atau percaya dari sumber lain. Hal wang Iraq, hanya sumber dari Bank Negara Iraq sahaja yang SAH. Wooo.

Kita masih menanti hasil rundingan IMF dengan pihak berkuasa Iraq berkaitan isu apungan Dinarnya. Tetapi isyarat semakin dekat apabila kad Visa telah dipelawa untuk diperkenalkan di Iraq. Tidak ada maknanya jika kad Visa diperkenalkan jika ianya tidak boleh digunakan di luar Iraq. Dan jika kad visa boleh digunakan di luar Iraq, maknanya Dinar Iraq sudah diperlakukan di luar Iraq. Lantaran itu, apa pak? Ya, engkau orang bakal menjadi jutawanlah!!!!

Woooo



Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Tuesday, March 22, 2011

Soalan : Ada Masalahkah Menyimpan Note Besar?


Tuutt..tuuutttt..
Tumpg tnye...

Dengar kate note2 besar 25k n 10k dh ley pkai ble dh RV..
Knpe ley smpai jd mcm tu..
Sthu ak rmai yg jual n bli sume note2 bsar..
Lgi2 note 25k..

Btol x??
Mntk pndangan otai2 iQD nie..

Berita ini sekadar rumors sahaja. Sebenarnya note-note yang ada di Iraq adalah boleh digunakan pakai, sama ada sebelum atau selepas RV. Jadi tanggapan yang mengatakan bahawa note-note besar tidak boleh digunapakai adalah satu tanggapan yang salah sama sekali.

Jika mengatakan bahawa note-note besar dimansuhkan, maka ia memang logik akan berlaku. Memang benar, bagi sesebuah negara yang kaya dengan hasil galiannya, tidak akan hidup merempat dan dalam kemiskinan selama-lamanya. Jalan keluar hanya dengan RV. Maka itu setelah RV, Iraq sebagai sebuah negara yang kaya tidak memerlukan note-note besar untuk urusan domestik rakyatnya, seperti note 25K dan 10K. Maka berkemungkinan note-note ini akan dimansuhkan serta merta setelah RV.


Bagaimana dengan nasib penyimpan note-note besar?


Insyallah tidak menghadapi masalah yang besar. Jika penghapusan note-note besar, maka ia tidak bermakna note-note yang kita ada sekarang ini tidak laku untuk digunapakai. Note yang kita ada TETAP SAH, dan LAKU di pasaran antarabangsa. Bezanya, setelah RV, para penyimpan note besar hendaklah terus menggunakan/cash in semua dinarnya ke bank-bank (dalam keadaan sudah memiliki akaun persendirian di bank tersebut), kerana duit yang mereka pegang, iaitu note 10K dan 25K berada dalam risiko jika disimpan dengan lebih lama.

Mengapa?

Kerana setelah RV, berkemungkinan besar ia seiring dengan pengenalan kepada rakyat Iraq dan dunia mengenai note baru IQD. Maka kerana itu, ada tempoh yang diberikan kepada rakyat/penyimpan dinar Iraq untuk menukarkan duit mereka kepada note-note yang kecil.Mungkin diberi masa selama 3 bulan, atau 6 bulan, atau setahun.

Hal ini pernah berlaku kepada Malaysia suatu ketika dahulu semasa pemansuhan note RM1000 dan RM500. Kerajaan Malaysia memberi masa selama 6 bulan kepada rakyat/penyimpannya untuk menukarkan note besar tersebut. Dan juga berlaku kepada negara-negara yang lain. TETAP ada tempoh masa. Jadi perkara yang sama juga akan berlaku kepada Iraq. Note yang ada ditangan kita ini, diberi ruang untuk ditukarkan di bank/money changer selama tempoh-tempoh yang diberikan oleh Kerajaan Iraq.

Bagaimana jika tiada tempoh langsung, RV sahaja terus note lama tidak boleh digunpakai?

1) Perkara ini MUSTAHIL dan TIDAK MUNGKIN berlaku, dan agak TIDAK MASUK AKAL. Iraq sebagai sebuah negara berdaulat, adalah tertakluk kepada peraturan dan prosedur penukaran note yang telah ditetapkan oleh IMF. Tambahan pula Iraq akan menyertai WTO tidak lama lagi. Jadi Iraq tidak boleh sesuka hati menukarkan notenya dengan melanggar akta prosedur penukaran matawangnya yang telah ditetapkan IMF. Sebarang pelanggaran akan dikenakan hukuman, dan matawang baru yang diperkenalkan oleh Iraq sebagai mengganti serta merta note besar menjadi TIDAK SAH.

2) Penyimpan Dinar Iraq yang teramai adalah orang US dan Israel.Dan US adalah negara yang hampir bangkrap,mengharapkan dapat melunaskan hutangnya kepada negara China dengan membayar hutang tersebut dengan Dinar Iraq. Jika Iraq menukar matawangnya, Iraq mungkin berdepan sekali lagi dengan serangan US. Iraq sudah tentunya tidak mahu menerima nasib malang kali kedua disebabkan perkara ini.

Kesimpulannya, menyimpan note besar, tidak bermasalah dengan permasalahan ini. Duit kita tetap laku. Cuma bezanya dengan menyimpan note kecil;

sekiranya kita menyimpan note besar, bila sahaja RV, kita kena tukar terus kerana tempoh masa yang singkat (3 bulan, 6 bulan, atau setahun)

bagi penyimpan note kecil, mereka masih boleh pegang dan simpan ditangan mereka berbanding mereka yang menyimpan note besar. Mereka boleh melengahkan urusan penukaran di bank/money changer. Maklum sahaja, sekiranya berlaku RV KALI KEDUA, mereka masih berkesempatan merasa, berbanding mereka yang pegang note besar yang terpaksa cash in di bank/money changer bile RV.

Harap penjelasan ini dapat merungkaikan permasalah tuan yang bertanya di sini.


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Monday, March 21, 2011

Adakah Iraq Mampu Membeli balik Dinarnya di Pasaran Dunia?



Purata lelongan sehari IQD berjumlah USD 100juta

USD 100juta x 7 hari = USD 700juta

USD 700juta x 4 minggu = USD 2,800juta

USD 2,800juta x 12 bulan = USD 33,600juta/33.6bllion

USD 33.6billon x 8 tahun = USD 268.8billion

Sebenarnya IQD yg dilelong sama seperti melelong minyak iraq dgn harga yg murah. Rezab minyak Iraq bernilai 10 trillion dollar.Jadi jumlah IQD yangg telah dilelong iaitu USD 268.8Billion adalah hanya 2% daripada jumlah rezab minyak Iraq.

Jadi tidak menghairankan, CBI masih melelongkan Dinarnya. Negara tokey minyak. Jadi persoalan adakah Iraq mampu membeli balik dinar Iraqnya di pasaran dunia, jawapannya, SUDAH PASTI~!!

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

RV : Kita Menanti Detiknya Tiba


Perdana Menteri Nouri Al Maliki semalam telah memberikan tanggungjawab mengkaji kadar tukaran (exchange rate) IQD kepada Dr Sinar Shabibi, Gabenor Bank Iraq. Buat masa sekarang ini, kita menunggukan pengumuman dari Shabibi. Dan pada hari rundingan tersebut juga gabenor Bank Kuwait datang ke Iraq untuk menyelesaikan urusan 21 Billion USD untuk menarik balik chaper 7 PBB (berkaitan dengan sekatan ekonomi keatas Iraq, mengenai urusan perdagangan matawang Iraq di pasaran dunia). - Artikel saye yg lepas.

Manakala terpanas juga bahawa laporan yang pengeluaran minyak Iraq; dijangka dikeluarkan sebanyak 3 juta tong sehari menjelang akhir tahun 2011. Memang banyak. Bahkan harga minyak telah melonjak ke USD 100.00 setong akibat krisis Timur Tengah sekarang ini (bajet Iraq jangka hanya 70.00 setong sahaja). Dan bank Negara Iraq sendiri akan pastikan Dinar Iraq RV seiring dengan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

Nampak gayanya semakin hari semakin banyak perkara yang menarik berlaku di Iraq yang memungkinkan Dinar Iraq akan RV secepat mungkin. Pegawai IMF pun sekarang masih ada di Iraq sejak 18 Mac lalu, untuk urusan perdagangan dan RV Dinar Iraq ini. Apapun kita doakan agar Dinar RV dalam masa terdekat. Insyallah. RV tetap RV~


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Sunday, March 20, 2011

Soalan : Kenapa Nilai Masih IQD1170?



Ada yang bertanya saya;

kalau tgk curency converter mcm jauh lg nak ke 1 usd = 0.01 paling kurang.

ni currency semasa :

1 USD = 1,178.50 IQD 1 IQD = 0.000848536 USD

apatah lg nak ke 1 usd = 1 iqd ...jauh tu..makan tahun gak kot..

Jika nak ikut Flow naik secara perlahan-lahan, maka memang akan nampak seperti saudara nampak. Jika difikir logik, maka begitulah jawapan yang kita akan pikirkan. Yelah, mengapa nilai 1 Dollar =IQD 1170 sejak dari dulu lagi?? Sedangkan dari segi ekonomi yang semakin bangkit, nilai itu telah/boleh mencapai USD1 = IQD700 atau 600, bukankah begitu??

Sebenarnya tidak memelikkan sangat. Iraq MEMANG telah menambat nilainya agar tidak berlaku kenaikan. Menambat nilai 1170 sejak lebih setahun yang lepas (sedangkan sebelum itu berlaku kenaikan dari hari ke hari).

Mengapa kerajaan Iraq membuat begitu?

Ada sebabnya yang tertentu. Jika anda mengkaji, untuk menstabilkan ekonomi sesebuah negara, memerlukan peracangan yang rapi. Dalam keadaan Iraq dan rakyatnya mengetahui mereka mempunyai reserve minyak yang banyak, selaku negara pengeluar minyak no 2 dunia dan gas asli no 1 dunia, sudah tentunya satu perancangan rapi perlu diatur agar tidak berlaku kacau bilau semasa RV nanti.

Tetapi apa relevannya dengan menambat nilai USD1 = IQD1170?

Ada relevannya. Cuba bayangkan, sekiranya kerajaan Iraq tidak menambat matawangnya, sudah pasti ramai rakyat Iraq akan menyimpan IQD di rumah mereka. Dengan pendapatan perkapita rakyat Iraq lebih kurang IQD400,000 sebulan, sudah tentunya membuatkan mereka menjadi jutawan jika berlaku RV.

Mengapa saya berkata begini?

Ok, rakyat Iraq yang bekerja kerajaan/bekerja sendiri, sudah pastinya dapat melihat IQD semakin berganjak naik di pasaran Forex Market. Dan keadaan ini sudah tentunya membuatkan mereka menyimpan, dan terus menyimpan pendapatan yang mereka terima setiap bulan. Mereka semakin malas bekerja. Maklum sahaja, buat apa kerja, nanti kan nak jadi jutawan???

Hal ini sudah pastinya membuatkan ekonomi Iraq semakin merudum. Bayangkan rakyat Iraq menjadi manusia yang malas, menunggu RV berlaku dengan nilai yang tinggi, jika mereka dapat saksikan matawang mereka semakin berganjak di pasaran forex.

Mereka menantikan kuasa beli mereka meningkat. Mereka menantikan RV itu menjadi dari USD1 = 1170, menjadi USD1= IQD600 dan terus menjadi USD1 = IQD200, dan seterusnya dan seterusnya, hinggalah menjadi USD1=IQD0.32. Dan dalam keadaan ini, sudah pastinya ekonomi Iraq akan RANAP!!

Yelah, semua menyimpan duit di bawah bantal, siapa yang nak bekerja??

Jadi bagaimana nak elak semua ini?? Hanyalah dengan menambat nilai IQD nya. Itu sahaja solusinya.

Ini baru satu reason. Masih ada banyak reason yang relevan.

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Friday, March 18, 2011

Iraq Sedia Anjur Liga Arab, Lantik Iyad Allawi Sebagai Setiausaha Agung Liga Arab Yang Terbaru


Dinar Iraq semakin lama, semakin dekat nampaknya nak RV. Stok semakin susah, permintaan pula makin bertambah. Dengar kata bulan April ini, apapun wallahua'lam.

Isu yang saya nak sentuh di sini ialah Liga Arab. Liga Arab adalah salah satu kunci kepada pengapungan Dinar Iraq tak lama lagi. Sepertimana kunci RV lain seperti WTO dan IMF.

Liga Arab akan dilangsungkan pada 15 Mei ini di Baghdad, Iraq. Iraq akan menjadi tuan rumah buat kali pertama bagi Sidang negara-negara arab ini. Sidang ini sepatutnya dilangsungkan pada 29 Mac ini, tetapi terpaksa ditunda atas permintaan beberapa menteri luar negara Arab disebabkan oleh kekacauan di beberapa negara Arab ketika itu. Iraq sebenarnya sudah bersedia untuk anjurkan sidang ini dan ia telah dinyatakan oleh Setiausaha Akhbar PM Iraq, Ali al-Moussawi yang menyatakan bahawa Iraq sudah bersedia lama untuk anjurkan sidang ini.

Sidang Liga Arab amat penting kepada negara Iraq bagi pengiktirafan negara mereka di dunia Arab. Inilah kali pertama negara Iraq anjurkan sidang ini sejak liga Arab ditubuhkan. Bahkan pada zaman pemerintahan Saddam Hussin pun, Iraq langsung tidak dipandang oleh negara Arab lain untuk anjurkan sidang ini.

Sidang Liga Arab ini juga penting sebagai petunjuk untuk pengunduran sepenuhnya askar US pada hujung tahun ini. Jika ia benar-benar berlaku, jelas bahawa RV semakin dekat, dan impian kita semua semakin lama, semakin hampir. Mudah-mudahan PM Iraq umumkan dinar RV pada sidang ini nanti.

Sebab itulah boleh dikatakan bahawa Sidang Arab amat penting bagi pengapungan Dinar Iraq. PM Iraq, Nouri al-Maliki sendiri akan usulkan idea untuk tubuhkan Pertubuhan Perdagangan Arab (Arab Trade Organization), sama seperti WTO. Pertubuhan ini adalah kerjasama ekonomi dan perdagangan antaranya dalam urusniaga pengeluaran minyak, industri dan komersil antara negara-negara Arab. Ianya ditubuhkan untuk menjaga kepentingan perdagangan negara-negara Arab menjelang 2020 nanti.

Jika ia benar-benar berlaku, bukan setakat RV ke 1 USD, mungkin dinar Iraq akan mencecah 3.20 USD, sepertimana sebelum perang dahulu. Atau mungkin atasi matawang Kuwait dan Arab Saudi tak lama lagi. Ianya tak mustahil berlaku bilamana melihat hasil masyhul bumi Iraq yang melimpah ruah dan banyak itu.

Bahkan yang paling menggemparkan ialah apabila PM Iraq, Nouri Al Maliki usulkan bekas PM Iraq, Iyad Allawi untuk mengisi jawatan Setiausaha Agong Liga Arab yang telah dikosongkan oleh Amr Moussa. Amr Moussa kosongkan kerusi ini kerana sedang menunggu arahan untuk menjadi Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak.

Jika ia dipersetujui, ianya satu pengiktirafan buat negara Iraq. Takkanlah Iyad Allawi nak biarkan negara dia ditertawakan oleh negara Arab lain kerana matawang bernilai rendah. Mestilah Iyad Allawi dan Nouri Al Maliki akan bertindak dan usahakan agar matawang mereka sebaris dengan negara Arab yang lain. Dinar Iraq mesti diapungkan untuk buktikan pada negara Arab lain, bahawa Iraq bukannya negara miskin dan papa kedana. Jelas dan tegas bahawa Liga Arab adalah antara kunci kepada pengapungan Dinar Iraq tak lama lagi..insyaALLAH…jika ia sebagai kunci, tentu tersenyum lebar kita selepas membaca posting ini...


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template