Tuesday, July 19, 2011

Membalas Artikel Ali Maidin : Revalue Atau Redominasi ??


Assalamualaikum..

Pertama sekali, saya minta maaf lah kepada pengunjung yang tidak dapat melayari blog saya selama ini kerana saya telah menutup blog ini selama 3 bulan. Banyak request saya terima supaya membuka balik blog, namun kekangan masa dan kerja, serta hal-hal tertentu, membuatkan saya menghentikan penulisan di blog. Hari ini, saya dengan penuh sukacitanya membuka balik blog saya.

Jadi kalo penulisan saya ini bertunggang langgang dan bersimpang siur gaya bahasanya, maka harap maaf zahir batin lah ye,maklum sahaja.. Sudah lama tinggalkan dunia penulisan ..hehehe..

Berbalik kepada tajuk posting ini. Sudah tentunya ramai takut dengan berita-berita yang mengatakan bahawa yang kita tunggu selama ini iaitu RV itu tidak akan berlaku dulu, tapi yang menyusul dulu adalah RD. Dan hari ini, penggemar blog Ali Maidin begitu terkejut, hingga gelabah bewak (bak kata orang penang) dengan tajuk terhangat di pasaran Ali Maidin bertarikh 28 Jun 2011 iaitu " REVALUE ATAU REDENOMINASI?"

2 perkara yang disentuh di blog Ali Maidin saya paste di sini, sila baca kat bawah :

Kata Ali Maidin :

1. Adakah CBI akan membuat revalue (penilaian semula) terlebih dahulu dan selepas itu mengadakan mata yang wang kecil (redenominasi). Jika ini berlaku, maka hasrat kita untuk menjadi jutawan akan tercapai. Atau

2. Adakah CBI akan membuat matawang baru dengan angka pecahan yang kecil tanpa ada revalue (penilaian semula). Jika ini berlaku, maka kita tak untung dan tak rugi tetapi buang masa kita sahaja - yang letih menanti sekian lama. Dah lama berangan kaya katakan. Ha ha.

Ok. Straight forward. Apa yang saya nak ulas adalah yang Kedua itu. Kerana saya mengerti makna tersirat daripada Ali Maidin, bahawa dia sendiri runsing dengan kebarangkalian yang berlaku, dan tidak yakin dengan apa yang bakal berlaku. Biarpun artikelnya berbentuk pertanyaan ( REVALUE ATAU REDENOMINASI?), hakikatnya apa yang Pak Ali Maidin nak habaq mai kat kita adalah

" bersedialah kalo jadi kebarangkalian yang no 2 tu".

Hehehe. Lebih kurang gitu la gaya bahasa yang dimudahpahamkan.

Ok, begini. Andai kata berlaku seperti yang No 2 tu, ia bermaksud, proses RD sahaja berlaku. Dan mungkin, RV itu akan berlaku selepas itu dalam tempoh yang sangat singkat. Paling kurang seminggu, atau sebulan , atau setahun. Mungkin itulah telahan dan agakan Pak Ali Maidin dalam nada kecewa.

Tapi telahan saya pula, mengatakan Pak Ali Maidin telah tersilap.

Mengapa saya berkata demikian ??

1) Kerana sekiranya Iraq sedang berikhtiar untuk laksanakan RD dahulu kemudian RV, maka Iraq sebenarnya berhadapan dengan krisis yang lagi besar daripada apa yang sudah berlaku sekarang ini. Semua sedia maklum, note paling besar adalah note IQD 100 ( selepas ini). Sudah diwar-warkan di berita Iraq, dan dimedia bahawa note terbesar adalah IQD 100.

Rate semasa utk IQD 100 adalah USD 0.0855798 USD, atau RM 0.261529. ( 26 Sen RM). Jadi adakah logik Iraq dalam proses RD itu, hanya berwangkan duit yang bernilai paling tinggi RM 0.26 sen sahaja?

2) Jika Iraq RD sahaja juga , maka sudah pastinya Iraq akan memberi tempoh masa kepada rakyat dan penyimpan dinar Iraq utk tukar kepada note yang baru. Kita tak tahu berapa hari yang diperlukan untuk pelaksanaan proses penukaran note besar kepada note kecik ini. Mungkin masa yang diperlukan paling cepat pun adalah dalam sebulan. Atau seminggu. Atau 5 hari. ( Ini sebagai contoh sahaja). Jika berlaku begini, timbul pula 2 persoalan lain.

Pertama, Adakah dengan RD ini, kerajaan Iraq fikir pemegang dinar iraq tidak akan pergi ke Iraq untuk tukar kepada note kecik sedangkan pengetahuan mereka tahu bahawa Iraq akan RV selepas RD? Adakah telahan Kerajaan Iraq begitu?? (Jika RD difikir begitu laa) . Confiden dan yakinnya saya mengatakan, bukan sahaja rakyat Iraq yang berpusu-pusu tukar, malah saya jamin, majoriti pemegang dinar iraq di seluruh dunia akan berpusu-pusu ke Iraq untuk tukar note kecik. Sekeping note 25K menjadi 250 Keping Note 100 IQD. Itu baru sekeping note 25K. Penukaran sudah pasti melibatkan note 250 IQD hingga 25K IQD. Risiko dan kesannya, bukankah ini memberi impak besar kepada kestabilan di Iraq dari segi ekonomi dan kawalan keselamatan?

Kedua, Adakah logik Iraq akan menggunakan wang yang paling besar yang hanya bernilai RM 0.26 Sen sahaja dalam tempoh sebulan ( semasa proses RD dijalankan) ??? Logikkah?? Andai kata tidak sebulan sekalipun, katakan seminggu, adakah Iraq mampu untuk menanggungnya? Nak makan ape jika note paling besar pun bernilai sama dengan RM 0.26 sen saja?

So berdasarkan pandangan logik saya, kemungkinan RD dulu adalah tersangat tidak relevan. Saya yakin dan pasti, Iraq sudah pastinya sudah lama memikirkan hal ini. Langkah RD memang akan diambil, tetapi di RV kan dulu Dinar Iraq, disamping diperkenalkan RD. Jadi setiap langkah dan step yang diambil kini bukan bertujuan menggilakan lagi Iraq, tetapi memulihkan Iraq. Jika berlaku RV dan RD serentak, maka ia adalah logik. Dan itulah agakan saya hundred percent!!! Hehehe

So kawan-kawan, harap jangan bimbang dan termakan dengan kata-kata Ali Maidin. Itu hanya pandangannya sahaja. Dia tak bersalah dalam hal ni. ( Aku backup Ali Maidin...kui kui kui)

Adios. AMigos . Asbestoss... Assalamualaikum.


Share/Bookmark

1 comments:

alias saidin said...

Pendapat penulis mengenai rd perlu dikaji..cth terbaru, lihat bagaimana indonesia telah rd matawang rupiah utk penjelasan lanjut..apa yg penulis nyatakan sebagai persoalan di atas akan terjawap..tq

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template