Wednesday, March 16, 2011

Menanti Keputusan RV diumumkan.


Info terbaru pada hari Ahad, Perdana Menteri Nouri Al Maliki sudah memberikan tanggungjawab mengkaji kadar tukaran (exchange rate) IQD kepada Dr Sinar Shabibi (CBI). Buat masa sekarang ini, kita menunggukan pengumuman dari Shabibi. Dan pada hari rundingan tersebut juga gabenor Bank Kuwait datang ke Iraq untuk menyelesaikan urusan 21 Billion USD untuk menarik balik chaper 7 PBB (berkaitan dengan sekatan ekonomi keatas Iraq, mengenai urusan perdangan matawang Iraq di pasaran dunia). Nampak gayanya semakin hari semakin banyak perkara yang menarik berlaku di Iraq yang memungkinkan Iraq akan RV secepat mungkin, dengan beberapa perkara telah diselesaikan oleh Nouri Al Maliki sebagai Perdana Menteri.

Pada tarikh 18/3/2011 ini, wakil daripada IMF, WTO dan sekumpulan wakil dari US akan bertandang ke Iraq. Dikatakan pertemuan ini adalah membincangkan dengan lebih mendalam mengenai rate IQD yang akan diletakkan kelak. US semakin tidak sabar-sabar menunggu RV diumumkan oleh Shabibi, memandangkan Nouri Al Maliki baru sahaja memberi lampu hijau kepada Shabibi untuk membuat pengumuman tersebut.

Berkemungkinan rate kenaikan IQD adalah sama seperti Era Saddam, iaitu $3.22 dan ditambah 20% dari keadaan semasa sekarang ini. Apapun buat masa sekarang ini, keputusan pengumuman itu adalah terletak diatas tanggungjawab yang diberikan Maliki kepada Shabibi. Harus di ingat, Shabibi pernah bekerja dengan IMF satu ketika dahulu, namun, sekarang ini bos nya adalah Nouri Al Maliki.

Tambahan berita Kerajaan US akan bangkrap pada pertengahan bulan 4 ini menjadi sebab utama pertemuan itu diatur untuk membincangkan apungan/RV dinar Iraq ini yang perlu dijalankan serta merta. Dan kini, Iraq sudah menuju fasa akhir rundingan menjadi ahli WTO. Oleh itu, IQD perlu diapungkan supaya bulan 12/2011 nanti, IQD akan stabil di pasaran semasa.


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Ali Maidin : DINAR IRAQ: MINGGU YANG DINANTIKAN


Risikan dalaman mengatakan nilai apungan ialah USD3.20 ke USD 3.40. Tak mustahil nilai ini kerana pengeluaran minyak Iraq sekarang adalah tertinggi dalam tempoh 20 tahun terakhir ini.

Walaupun Iraq masih melelong matawangnya tetapi mungkin lelongan ini dihentikan sebaik sahaja Dinar diapungkan. Tidak mustahil, strategi ini akan dibuat. Wooo.

Ramai yang tengah berkira-kira, berapakah nilai RM jika apungan pada USD 3.20. Jawapannya ialah hampir RM10.00. Bayangkanlah jika ada 500,000 Dinar, akan menjadi RM 5 juta bib. Boleh pencen dah dengan duduk dan minum-minum di Kopitiam sahaja. Ha ha.

Kita tunggu antara 18 hingga 25 Mac ini. Tak gerenti. Tetapi itulah harapan kita. Wauuu. Doa kasi lebih ya. Jangan lupa sedekah dulu, baru rezeki muncul secara tiba-tiba.

Dari Ali Maidin

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Ali Maidin : DINAR IRAQ: MAC YANG SEMAKIN MENDEBARKAN


Menurut risikan dalaman di luar negara, proses apungan kini dalam sentuhan terakhir pihak berkuasa Iraq. Saya tak bercadang menyebut tarikh jangkaannya kerana takut pembaca blog ini akan mengganggu saya di tengah malam. Ha ha. Apa pun dalam bulan Mac inilah katanya. Maka sesiapa yang dah booking dinar, sila settelkan pembayaran sebelum Sabtu ini ya... Wooo

Ada yang risau kerana tak yakin Money Changer boleh membayar pertukaran Dinar nanti. Ya, bukan semua Money Changer menerima pertukaran Dinar. Apabila sampai masanya, Insyaallah saya akan bagi tau Money Changer mana yang akan menerima tukaran Dinar. Kok sempat nanti, saya akan mohon lesen Money Changer sendiri pulak. Ha ha. Hanya satu tambahan syarat jika menukar Dinar dengan saya nanti ialah kena belanja saya nasi Iran.

Apabila sampai masanya, tukarlah dinar secara beransur-ansur misalnya 10,000 Dinar dahulu. Apabila keaadaan sudah lama dan stabil, mungkin pihak Bank pun akan menerima tukaran Dinar. Ketika ini jika nak tukar sejuta dinar sekali gus pun tak mengapa. Ha ha. Dengar kabar orang kuat CIMB pun ada pulohan juta Dinar.

Ada orang bertanya kenapa saya menjual dinar jika tahu dinar akan diapungkan dalam masa terdekat ini. Jawapannya ialah saya telah pun menyimpan sejumlah dinar - cukup untuk berehat panjang dan round dunia setahun. Ha ha. Hanya saya peruntukkan sedikit dinar lagi untuk berkongsi dengan rakan di luar sana sambil saya mendapat habuan duit teh untuk minum bersama dengan Yusof tauke cicak. Dah lupa pula nama cicak tu. Wooo

Mengapa membeli Dinar dari saya?. Ya, saya ada kontek dengan pihak luar untuk pertukaran Dinar jika bermasaalah nanti. Ha ha. Orang "lama" katakan.

Dari Ali Maidin

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Thursday, March 10, 2011

Pengumuman Keramat : Kita Menantikan Mac dan April.


Kita sama-sama menantikan saat RV menjelang tiba. Saat yang ditunggu-tunggu TETAP juga akan berlaku. Cuma menjadi kekangannya hanyalah MASA. Bila dan apakah tarikhnya, kita tidak tahu.Namun hint-hint yang ada, peristiwa peristiwa yang berlaku pada tahun 2011 ini, memungkinkan RV itu berlaku pada tahun ini juga.

Saya yang telah menyimpan/menjual sejak tahun 2005 dulu, tidak nampak dengan jelas, sama ada petunjuk, atau peristiwa, yang mendongak ke arah RV ini. Rumors pun tidak banyak didengari dalam lingkungan tahun-tahun tersebut (2005-pertengah 2010) .

Berbeza dengan tahun ini (2011) .Peristiwa memungkinkan harapan RV bakal berlaku, nampaknya akan menjadi kenyataan. Berita-berita positif kearah RV sudah banyak didengar. Rumors pula begitu banyak sekali.

Biarpun Persidangan Liga arab ditunda pada bulan Mei, ia tidak akan mematahkan semangat kita. Diharap semoga penyimpan Dinar Iraq tidak berfikir negatif dengan mengandaikan bahawa semakin lambatlah RV itu berlaku apabila penundaan ini terjadi. Jangan begitu.

Cuba fikir positif. Penundaan itu, sudah pastinya ada motif tertentu. Mungkin mereka ingin mempersiapkan, melaksanakan beberapa perkara yang "belum diselesaikan" sebelum menghadiri persidangan Liga Arab itu.

Pada pendapat saya, jika kita melihat kondisi Iraq sebagai sebuah negara yang kaya, adalah sangat mustahil mereka ingin membawa pelan ekonomi dan view pentadbiran yang korup. Mereka yang dilantik sebagai tuan rumah Persidangan Liga Arab 2011, tidak akan menunjukkan kepada dunia dengan membawa pelan ekonomi yang tidak utuh dan mantap. Mereka tidak mahu, keperitan dan kemiskinan yang telah melanda mereka, dipandang simpati oleh dunia atau digelakketawa oleh negara-negara arab yang lain sedangkan mereka Tuan Rumah pada persidangan itu, dan juga sebuah negara yang SANGAT KAYA dengan hasil minyak-minyaknya!!

Jadi apakah "perkara yang belum diselesaikan" itu??? Pada tanggapan saya, mereka akan RV dahulu sebelum persidangan Liga Arab berlangsung. Sama ada pada pengakhir bulan Mac, atau pada bulan April, Insyallah, RV akan diumumkan.

Mengapa saya berkata demikian???

Sebagai orang politik, Nouri Al Maliki memandang perkara ini (pengumuman RV) sebagai satu advantage bagi mengukuhkan politik dan pentadbirannya,disamping dapat meraih sokongan rakyat dengan pengumuman RV tersebut. Semua tahu, untuk memulihkan semula ekonomi masyarakat yang miskin dan Iraq yang hampir korup dek inflasi yang naik mendadak, hanyalah dengan RV dinarnya!!. Dan kerana itu ia sengaja ditangguhkan, agar pengumuman itu bukan sahaja KERAMAT malah menjadi HADIAH kepada rakyatnya!!

Kita mengharapkan perkara ini menjadi kenyataan, memandangkan Iraq sudah tidak menghadapi apa-apa kekangan yang besar untuk membuat pengumuman itu.Lagipula hal perlu disedari,hanya RV sahaja menjadi penyelamat Iraq.

Sama-sama kita nantikan pada akhir bulan Mac ini, dan jika tidak, pada April ini.. Insyallah.

RV tetap RV~!!

Syah ~ http://iraqdinarmurah.blogspot.com


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Tuesday, March 8, 2011

Pelan Perancangan Ke Arah Membangunkan Iraq


Bank Perdagangan Iraq merancang untuk melancarkan dana ekuiti swasta $ 500 juta pada tahun 2011 untuk melabur dalam projek-projek di negara yang dilanda perang. Reuters yang mengambil laporan daripada Hussein Al-Uzri, presiden dan ketua Bank Perdagangan Iraq, mengatakan bahawa bank bercadang untuk melabur dalam projek menengah di industri termasuk perkhidmatan minyak, elektrik dan hotel.

Bank akan melihat ke mengenalpasti pemain global untuk bertindak sebagai rakan dana umum pada bulan depan. Bank, yang mana telah ditubuhkan pada tahun 2003. Ia juga merancang untuk membuka cawangan di London dan Beirut pada tahun ini. Selain itu, mereka juga bercadang untuk membuka pejabat di Utara Amerika dan Asia Timur, dan kemungkinan besarnya juga di China.

Bank juga merancang untuk menambah lapan domestik cabang tahun ini untuk rangkaian pejabat cawangan yang pada ketika ini terdapat 15 cawangan. Bank mempunyai $ 15 bilion dalam aset pada akhir tahun 2010, tahap itu bertujuan untuk memperluaskan sekitar 15% tahun ini. Hal ini memperoleh keuntungan bersih sebanyak $ 386M tahun lalu, dan akan berkembang sekitar 20% pada saat ini tahun ini, Laporan Reuters


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Monday, March 7, 2011

KALAU ADA REZEKI KITA MELALUI DINAR IRAQ INI MAKA IANYA TIDAK KEMANA!



Itulah yang boleh saya katakan. Bila rv tidak jadi kenyataan pada 3/3/11 yang lalu, memang saya pun rasa kecewa. Saya pun sama seperti kebanyakan anda juga, benar2 mengharapkan rv jadi kenyataan dalam kadar yang segera. Ini disebabkan semakin cepat rv muncul maka semakin cepat kita dapat melaksanakan berbagai projek positif dan niat kita khususnya yang ada kaitannya dengan pengembangan syiar agama kita Islam di samping kita menikmati kelegaan dari segi ekonomi dan kewangan. Tapi rupanya Allah mahu kita belajar untuk menjadi orang yang sabar.

Saya percaya rv akan menjadi kenyataan dalam tahun 2011 ini juga! Tapi kemungkinan besarnya adalah di pertengahan tahun ini. Ini sekadar keyakinan saya berdasarkan beberapa faktor dalaman dan luaran Iraq itu sendiri. Bahkan bukan tidak mungkin kalau rv dinar ini akan muncul dalam bulan Mac/April iaitu sebelum melewati bulan Jun. Ini keyakinan saya dan saya hanya menyatakan keyakinan saya sama ada anda mahu percaya atau tidak!

Dan saya rasa keyakinan saya ini seperti semakin menghampiri kebenaran! Ini disebabkan perkembangan terbaru di Iraq menunjukkan tanda2 positif memang rv akan terjadi. Memang sejak beberapa hari ini kita melihat keadaan tenang2 saja seperti rv tidak mungkin terjadi. Tapi rupanya dalam ketenangan itu ada berita yang menyatakan semua persiapan rv sudah siap. Sebelum ini kita diberi tahu Iraq telah melunaskan bayaran sebanya 2.7 bilion pada kontraktor2 asing. Tapi dalam satu brita lain pada minggu lepas Iraq juga dikatakan telah menjelaskan bayaran 21 bilion hutang2nya kepada beberapa pihak yang berkaitan.

Langkah Iraq tersebut dikatakan sebagai salah satu persiapan untuk mengumumkan rv dinar tapi tidak pula diberi tahu apa rasionalnya. Kesimpulan yang saya ada ialah jika Iraq melaksanakan rv setelah hutang2nya dibayar, maka sebarang kemungkinan yang terjadi setelah rv maka sekurang2nya Iraq telah pun melangsaikan hutangnya.

Tapi ada satu pendapat lain yang mengatakan CBI akan mengapungkan dinar dengan rate yang agak tinggi dn bukan rate rendah seperti yang kita katakan selama ini. Maka itu dengan melangsaikan semua hutangnya maka iqd yang diapungkan dengan rate yang tinggi ini akan sentiasa stabil dan tidak goyang.

Pada hemat saya pendapat tersebut memang ada rasionalnya. Ini disebabkan Iraq memang mahu menggunakan hasil rv tersebut untuk pembangunan Iraq di samping melunaskan beberapa tunggakan hutangnya pada Amerika. Dalam keadaan ini memang Iraq memerlukan stabiliti iqd setelah ianya diapungkan kelak.

Berdasarkan beberapa kenyataan di ataslah makanya terdapat berita yang menyatakan semua persiapan untuk rv dinar memang telah selesai. Bahkan ada berita yang mengatakan semua kekosongan jawatan menteri kabinet Iraq telahpun dipenuhkan tetapi tidak diumumkan kepada dunia!

Maka itu sekarang ini dikatakan kita hanya perlu menunggu waktu saja untuk rv diumumkan! Tapi saya ingin nasihatkan diri saya dan anda juga iaitu janganlah kerana berita2 ini menyebabkan kita jadi tamak.Jika ingin menambah sekalipun, ia tidak menjadi kesalahan asalkan jika masih dalam ruang lingkup mampu. Jika tidak mampu, maka cukuplah dengan apa yang ada. Dalam satu hadis Rasulullah Saw. ada bersabda sebaik2 perbuatan adalah yang sederhana.

Nasihat Rasulullah Saw. tersebut adalah dalam semua perbuatan kita termasuklah dalam soal agama. Dalam konteks dinar Iraq ini, jika kita bersikap sederhana maka tidaklah kita terlalu kecewa dan kesal jika rv tidak muncul dalam masa terdekat ini. Dalam kata lain, kita boleh yakin memang rv dinar akan terjadi. Tapi kalau tidak jadi lagi, bagaimana? Inilah yang perlu kita ambil kira dalam investment dinar!

RV tetap RV!!!InsyaAllah.....

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Sunday, March 6, 2011

Benarkah : Isu Proses Penghapusan Note



Matawang dinar yang paling kecil sekarang ialah IQD50 berbanding sebelum tahun 2003 denominationnya ialah IQD 1/4, 1/2, 1, 5, 10, 25, 50, 100, 250 dan 10,000 (untuk kegunaan antara bank). Setelah RV pasti semua note dinomination besar sekarang akan ditarik balik dari pengedaran dan diganti dengan note denomination baru yang kecil. Proses pertukaran ini pasti melibatkan note denomination IQD 1,000, 5,000, 10,000 dan 25,000 (note yang mempunyai sekurang2 nya 3 zero) manakala note denomination kecil akan dikekalkan di dalam edaran. Proses pertukaran dan pemansuhan note denomination besar kepada kecil ini akan dijalankan di dalam tempoh masa tertentu. Namun begitu, proses untuk note2 kecil dinar yang baru ini untuk sampai kedalam sistem edaran diluar Iraq pasti akan mengambil masa. Tempohnya bergantung kepada kepekaan bank dan MC di sesebuah negara untuk membeli matawang baru ini. Di US mungkin dalam 2 hari rakyatnya sudah boleh membuat penukaran tetapi dinegara kita kemungkinan lebih lambat.

NAMUN begitu, sekiranya dinar di RV terus pada nilai yang tinggi maka tak perlulah kita menukar note2 besar kita sebaliknya terus mendepositkan wang pertukaran tersebut ke dalam akaun bank kita dan biarkan bank2 atau MC sahaja yang berurusan dgn CBI untuk menukar note2 besar ini. Sekiranya RV pada nilai yang rendah maka sesiapa yang masih sanggup menunggu IQD mencecah nilai tertinggi melalui mekanisma FOREX maka perlulah kita menukar note denomination besar kita.

TETAPI janganlah kita terlalu rushing untuk menukar kerana kebiasaannya proses penukuran ini akan diberikan tempoh masa selama beberapa bulan dan tempoh itu sudah mencukupi untuk note2 dinar yang kecil sampai ketempat kita.

SEKIRANYA kerajaan Malaysia melalui BANK NEGARA tidak membenarkan kita menukar matawang ini maka pada pandangan saya dengan potensi kekayaan kita akibat penukaran matawang dinar ini maka boleh saja kita berhijrah keluar negara kenegara yang membenarkan penukaran dinar. Apa ada hal.. Kan dan kaya.. Disana kita boleh setup bizness then transfer back duit ke Malaysia sekiranya mahu tapi kalau nak terus jadi PR kat negara lain terpulanglah. Sekiranya inilah yg dilakukan oleh kerajaan Malaysia dan semua penyimpan berhijrah maka yang paling rugi adalah BANK NEGARA yang tidak mendapat komisyen pertukaran matawang asing serta kerajaan Malaysia kerana tidak mendapat tax keuntungan. Base on history, pemegang dinar kuwait di Malaysia tidak menghadapi masalah untuk menukar matawang dinar kuwait yang mereka pegang itu setelah RV berlaku.

WALAUBAGAIMANA pun eloklah kita semua berbaik sangka dan berdoa semoga RV akan cepat berlaku dan tiada masalah yang akan timbul semasa proses penukaran matawang ini kelak. Semoga dengan permuafakatan kita yang utuh ini samada sesama pemegang cash note, pendeposit Warka Bank dan kedua2nya sekali akan dipandang Allah dan seterusnya memperkenankan permohonan kita semua. Insyaallah..

RV tetap RV


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template