Mojad Dahlan March 28 at 11:35pm Report
Asalamualaikum,saya ingin nak tahu berkenaan MC dan Bank di malaysia,adakah MC sangup menerima tukaran yang banyak....dan satu lagi Buka akaun di bank yang ada menerima IQD,adakah kena tax oleh bank.minta Encik Ahmad terangkan Bank mana yang ada menerima IQD.Sy tanya bank tempatan di Sarawak semua tak terima dan tak ada berurusan dgn wang asing kata nye...tk
Waalaikumussalam..
Saya sebenarnya tidak beberapa arif berkenaan Money Changer atau Bank-bank di Malaysia. Al maklum saja, saya ni bekerja biasa-biasa sahaja. Tapi tak mengapalah, saya akan cuba menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara Mojad Dahlan.
Untuk maklumat para sahabat, kelmarin saya ada berhubung dengan seorang pegawai bank rakyat. Beliau merupakan salah seorang buyer saya. (berkebetulan dengan soalan Mojad Dahlan). Sebelum itu beliau menghantar satu mesej kepada saya yang berbunyi :
Saudara Farhan, saya survey sebaik-baik buka akaun dekat AlRajhi. Kalau buka akaun saving RM20 je, tapi mcm kita Investor Dinar Iraq sebaiknya buka akaun semasa minimum RM1K.
Saya tertarik dengan sms beliau. Saya lantas dengan itu menghubunginya, dan bertanyakan lanjut. (Al maklum saja, buyer saya ini sudah tentunya pakar dalam bab selok belok kewangan,perbankan, dll). Setelah berborak dengannya lebih kurang 10 minit, saya mendapati buyer saya ini tersangatlah dapat membantu dalam merungkaikan permasalah pengurusan kewangan kita setelah RV kelak. Menurut beliau, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan (bila berlaku RV). Dan di bawah ini adalah email yang dihantar sekali olehnya sebagai penerangan semula diatas apa yang kami borakkan pada 2 hari lepas. Sila baca di bawah :
Berkenaan dengan ulasan saya mengenai Alrajhi dikatakan sesuai untuk simpana dinar setelah RV:
Sebenarnya terpulang kepada setiap penyimpan dinar untuk menyimpan dimana -mana bank luar atau pun bank di dalam negara sama ada di Standart Chartered,Kuwait Finance,Alrajhi,HSBC,atau di CIMB ,Maybank yang pasti bank-bank tersebut mestilah ada membuat transaksi jual dan beli mata wang asing.Sebenarnya bank-bank tempatan ini penuh dengan birokrasi dan sesuatu transaksi tersebut mestilah genuine dan telus.Setiap bank di Malaysia tertakluk kepada kawalan Bank Negara Malaysia tidak kira bank luar negara.
Kalau kita perhatikan berkenaan UMLA atau kita kenali sebagai Akta Pencegahan Wang Haram kebanyakan pelapor adalah daripada bank-bank tempatan.UMLA mula diperkenalkan setelah PWTC diserang dan menjadi kewajipan setiap bank melaporkan segala wang-wang yang mencurigakan,Wang-wang yang mencurigakan tersebut datangnya daripada aktiviti haram seperti penjualan senjata api,gangsterism,pelacuran,dadah,perjudian,tetapi sesetengah negara seperti Hong Kong menghalalkan perjudian dan tidak dikategorikan sebagai pendapatan haram dan merupakan pendapatan kepada negara tersebut,begitu juga dengan pelacuran seperti di Thailand.Di Malaysia pengeluaran wang atau deposit wang yang melebihi Rm50,001.00 adalah menjadi kewajipan pihak bank untuk bertanyakan dari mana sumber wang tersebut diperolehi dan pihak bank juga berhak menolak sekiranya wang tersebut mencurigakan.
Jadi tidak hairanlah setengah individu tersebut menerima panggilan atau perlu mengisi borang tertentu apabila pihak Bank Negara meminta maklumat tersebut.Kegagalan pihak bank membuat laporan akan menyebabkan bank tersebut didenda RM 1 juta.Begitu juga dengan transaksi pengeluaran dan deposit melebihi 5 kali sehari akan menjana report untuk tujuan semakan oleh pihak bank.
Jadi kepada penyimpan dinar iraq mereka boleh mebuat pilihan terbaik sama ada simpanan tersebut di simpan di Alrajhi Bank ataupun di Kuwait Finance atau pun dimana-mana bank tempatan.Ini kerana selepas RV bank arab tersebut tersebut lebih dahulu menerima tempias kerana bank tersebut merupakan bank arab.Al rajhi sendiri mempunyai cawangan di Riyadh,Saudi Arabia,Kuwait dan Jordan,manakala Kuwait Finance pula mempunyai cawangan operasinya di Bahrain,Turkey,Jordan,Arab Saudi,Singapore dan Australia.
Dari segi pembukaan akaun simpanan didapati Al Rajhi lebih banyak produk penyimpan untuk membuat simpanan berbanding Kuwait Finance iaitu akaun simpanan,akaun semasa,mudharah akaun simpanan dan mudharabah akaun semasa.Manakala Kuwait finance cuma mempunyai dua produk iaitu akaun simpanan dan akaun semasa.
Syarat-syarat bagi akaun simpanan:
-umur 18 tahun keatas,minimum RM 20,salinan ic
Syarat-syarat bagi akaun semasa
-umur RM 500,umur 18 tahun keatas,salinan ic dan perlu introducer
Syarat-syarat Mudharabah akaun semasa
-Umur 18 tahun ke atas,minimum RM 1000,tidak perlu introducer
Kebaikan akaun semasa:
-Diperuntukan buku cek dan kad atm cuma dikenakan charge setem duti
-Boleh pindahkan gaji ke akaun semasa
-Boleh membuat pindahan dari satu akaun ke akaun lain yang mempunyai Perkhidmatan Giro
-Boleh ditunaikan di semua cawangan Al rajhi,
-Boleh digunakan sebagai standing instruction
-Boleh digunakan sebagai letter of guarantee
Sedikit yang saya nak tambah kepada semua, bahawa pembukaan akaun semasa adalah digalakkan daripada membuka akaun simpanan. Beliau (pegawai bank) berkata pembukaan akaun semasa adalah lebih selamat kerana berkemungkinan besar kita akan membuat transaksi yang kerap (orang kaya la katakan.. Hehehe). Dan yang terrrrrlebihhhh pentingggg... kita hendaklah declare kepada Bank Negara Malaysia bahawa kita ni ada menyimpan matawang asing yang mempunyai value / nilai yang tinggi.
Mengapa perlu berbuat demikian?
1) Mengelakkan akaun kita dicurigai oleh pihak bank kerana kerap melakukan transaksi.
2) Akaun akan dibekukan sekiranya didapati jelas membuat transaksi yang besar, tanpa sebab-sebab yang jelas.
Kesimpulannya, anda boleh membuka satu akaun bank sahaja di mana-mana (yang boleh berurusan dengan matawang asing), asalkan anda "declare" mengenai jenis transaksi yang anda buat kepada bank negara. Jika kita membuka akaun semasa/simpanan di banyak bank sekalipun, tetapi tidak membuat declaration berhubung simpanan dan traksaksi yang kita buat, maka natijahnya sama sahaja seperti yang di atas.
Moga artikel ini dapat membantu kita semua. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya, (identiti dirahsiakan)pegawai bank tersebut kerana membantu memberikan metodologi sesuai kepada para penyimpan IQD bila berhadapan dengan RV kelak. Dan juga terima kasih kepada Mojad Dahlan kerana bertanyakan perkara ini. Terima kasih kepada kalian berdua kerana meluangkan masa menghantar PM, dan email kepada saya untuk bertanya dan memberi ulasan ini. Jazakamullahu Khairan Kathira..