Monday, April 4, 2011

Rumors : Iraq Perlu RV Dalam Masa Terdekat?


Apapun sebelum anda membacanya, janganlah ambil serius mengenai berita yang disampaikan ini. Anggaplah ini sebagai rumors.

Saya sebenarnya ada satu berita yang besar untuk dikongsi dengan sahabat. Biarpun ia seolah akan berlaku RV "esok" atau "lusa", anggaplah apa yang saya sampaikan ini sebagai rumors dulu. Saya bukan apa, takut ada yang mati sakit jantung pula nanti. Hehehehe. Apapun yang kita kena pegang, sebarang berita yang tersebar dan diketahui dari sumber yang BUKAN maklumat CBI dan berita online Iraq, kita tidak dapat pastikan kesahihannya. Jadi sebelum anda meneruskan pembacaan, DIPERINGATKAN SEKALI LAGI, anggaplah ini sebagai satu rumors sahaja, dan tidak terbukti sahih. Ok?

Begini, kelmarin sahabat saya warga US telah menghantar PM di inbox FB saya. Dan semalam saya mendapat info yang lebih kurang sama daripada seorang customer saya. SMS dihantar kepada saya berbunyi begini:

"Saya beli dinar dari orang yang bekerja di JAKIM. Abang dia ada kat Iraq. Sekarang kat Iraq agak sunyi dari biasa. Berita saya dapat, rate RV memang telah di lock, tetapi masalah nak selaras dekat skrin elektronik sahaja. Kalau semua ok, baru boleh on skrin utama di CBI, pastu baru boleh papar kat seluruh dunia..Tak tahu betul ke tidak.."

Saya lantas dengan itu terus menghubunginya. Maklum sahaja, orang yang ada informer terus kepada Iraq ni, bukan senang kita nak cari. Saya bertanyakan itu dan ini, dan AKHIRNYAAA....beberapa perkara berikut dapat saya kongsikan di sini...

1) Iraq telah melakukan banyak perkara pada bulan Mac dengan tergesa-gesa. Antaranya,
  • Iraq telah pergi ke England untuk melobi, 
  • Iraq telah pergi ke Kuwait untuk menyelesaikan pertelingkahan yang telah di lakukan semasa Saddam Hussien memerintah,
  • Gesaan Ban Ki Moon kepada Iraq supaya menyelesaikan beberapa perkara atas penuntutan Chapter VII digugurkan dengan membuat kemajuan konkrit yang meyakinkan,
  • Mengisi kekosongan Menteri kabinet dengan secepat mungkin,
  • dan lain-lain.

2)Iraq telah menghantar memorandum kepada IMF pada 4 Mac 2011 yang lalu. Memorandum ini dihantar oleh kerajaan Iraq untuk memohon bantuan kewangan daripada IMF. Dan permohonan Iraq itu diluluskan oleh IMF dan Iraq diperuntukkan sebanyak 3.77 billion USD pada 18 Mac lalu. Antara kandungan memorandum itu menyebut bahawa Bank Negara Iraq (CBI) akan meneruskan usaha untuk mengawal inflasi dan pertahankan nilai Dinar sekarang supaya stabil. IMF juga menyokong dasar CBI menguruskan nilai tukar dinar Iraq untuk menjaga inflasi yang rendah (dengan RV). Iraq juga telah diberi "green light" untuk sertai WTO.

3) Sememangnya rate RV telah di lock di Thomson Reuters. Iraq merupakan salah sebuah negara yang mengambil khidmat Thomson Reuters bagi memudahkan urusan penayangan rate terbaru Iraq dipaparan skrin elektronik di seluruh dunia.Namun oleh kerana Iraq mengalami masalah teknikal yang amat teruk, maka ia menjadi kekangan untuk dipaparkan di skrin elektronik seluruh dunia. Maksud teruk di sini adalah, Iraq mengalami masalah pengurusan sistem elektronik yang sangat tidak cekap. Dan ditambah kecelaruannya apabila sistem Visa diperkenalkan pada bulan lalu, membuatkan sistem perbankkan di Iraq semakin kacau.

Inilah antara 3 sebab mengapa Iraq perlu RV dalam masa terdekat ini.

So, Apa kaitannya?

Begini, flownya lebih kurang, mengapa Iraq berkejar kesana sini dan menyelesaikan masalah itu dan ini adalah adalah KERANA masalah masa yang sudah genting. Dari segi prosedurnya, IMF akan memberikan tempoh kepada Iraq selama 30 hari untuk membuat "perubahan" (RV) bermula tarikh memorandum dihantar. Dan sekiranya Iraq tidak dapat mengotakan janjinya, maka Iraq kena apply lagi dengan IMF dan sudah tentunya akan melambatkan lagi proses RV.

Apabila sampai ke penghujung tarikh yang ditetapkan, Iraq telah mengotakan janjikan dengan IMF dengan "lock ratenya" dengan Thomson Reuters untuk meyakinkan IMF bahawa dia benar-benar telah melakukan apa yang patut dan dijanjikan kepada IMF (laksanakan RV). Namun oleh kerana Iraq mengalami masalah teknikal yang teruk (melibatkan sistem elektronik perbankkan), maka rate RV yang telah dikunci di Thomson Reuters itu tidak dapat dipaparkan di skrin seluruh dunia.

NATIJAHNYAA.., CBI terus menerus melakukan lelongan Dinar Iraqnya seperti biasa dalam keadaan "keterpaksaan" kerana masalah teknikal yang dihadapi belum selesai. Lelongan ini akan BERHENTI serta merta, setelah rate baru Iraq muncul di paparan skrin forex seluruh dunia. Selagi rate baru tak terpapar di skrin, selagi itulah dinar Iraq akan terus dilelong. Jadi jangan heran mengapa Iraq masih melelong matawangnya dan mengalami "delay" sejam atau dua jam daripada biasa.

Bila akan dipaparkan di Skrin Forex?

Mungkin hari ini, mungkin esok. Atau masa-masa terdekat ini. Namun yang pasti, rate nya SEMEMANGNYA telah di lock.

Boleh percaya ke tak ni?

Terpulang. Dari awal saya katakan, better anggap ini sebagai rumors dahulu. Yang terbukti sahih, hanyalah berita daripada CBI dan berita online terus dari Iraq. Oleh kerana anda suka dengar rumors, maka saya sajikan sarapan pada pagi ini dengan artikel ini. Hehehe.

Untuk makluman para sahabat, informer yang bekerja di JAKIM itu adalah seorang yang berstatus DR PHD. Dia mempunyai abang yang bekerja sebagai kontraktor di Iraq.

Apapun, RV tetap RV.

Sekian..


Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous said...

logik tu admin...takpe, kami pun takkan marah admin...Allah ja tahu..kita cuma bole cari info saja..

siti zaleha sam said...

memang tepat sekali....

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template