Monday, April 4, 2011

Pegawai Hong Leong & EON Bank Optimis Dinar RV, Obama Makin Tertekan Dengan Bajet US

Dari Blog Jutawan Dinar Iraq


Ramai yang menelefon dan sms saya bertanyakan perihal Eon Bank...Hong Leong Bank. Kononnya Dinar dah RV dan boleh ditukar di kedua-dua bank. Saya bukannya kata Dinar dah RV dan boleh ditukar di kedua-dua bank itu. Saya tak pernah kata macamtu. Kalau RV, sudah tentu saya akan naikkan banner kat blog ini, dan akan tulis ' Alhamdulillah...Dinar Iraq Sudah RV'. Tapi kita masih menunggu dengan sabar dan tenang. Habis tu bila orang kata saya mengarut dan bergurau, itu haq mereka. Sebab itu mulut mereka. Dosa sesama manusia, kenalah minta maaf. Yang penting kita tak menipu dan berbuat jahat.

Maksud 1 Dinar bersamaan rm 2 itu, adalah analisis pegawai kedua-dua bank itu yang disampaikan melalui kawan saya. Saya yakin, nilainya akan naik dan lebih daripada RM 2 itu (mungkin RM 9 untuk 1 Dinar). Bahkan pegawai Eon Bank dan Hong Leong Bank menasihati mereka yang memegang dinar itu agar tunggu dalam minggu ini. Katanya ada berita gembira dari Iraq dan RV dalam masa terdekat. Kalau pegawai bank kata macamtu, nampaknya memang ada perkhabaran gembira daripada sana. Sebab mereka pun yakin dengan Dinar Iraq ini. Bahkan mereka sendiri yang membeli dan menyimpannya.

Berkaitan dengan Dinar RV, memang perkembangan terbaru setakat ini amat memberangsangkan untuk Dinar Iraq naik dalam masa terdekat. Terbaru, kerajaan Obama didesak untuk luluskan bajet 2011 mereka pada 8 April ini (kira-kira 4 hari lagi). Ianya paling lantang disuarakan oleh Parti Teh yang dipelopori oleh mahasiswa dan juga ahli-ahli parlimen dari parti konservatif. Bahkan mereka menganggap cadangan Obama untuk memotong 3 bilion daripada Bajet 2011 adalah satu tindakan yang salah dan mereka menentang habis-habisan cadangan itu.

Sebab itulah Obama tertekan sekarang ni. Kerajaan Obama didesak kiri kanan supaya bajet mereka diluluskan pada 8 April ini. Iyalah, mana ada kerajaan yang besar, bajetnya dah dibentang tapi terpaksa ditunda sebanyak 6 kali untuk kelulusan. Malulah US kepada dunia jika ia ditunda lagi pada 8 April ini. Jadi nak tak nak, Obama akan minta juga Iraq RV supaya mereka dapat duit dan boleh luluskan bajet mereka tahun ini.(sebab bajet mereka dalam 3.83 Trilion USD). Dan memang US ke arah itu. Negara merekalah yang pertama sekali menyokong Iraq masuk ke dalam WTO sebagai ahli tetap. Bahkan US jugalah yang mendesak agar Chapter VII Majlis Keselamatan PBB yang mengandungi sekatan embargo atau perdagangan terhadap Iraq, digugurkan daripada negara itu.

Jadi 7 hb ni, WTO akan bersidang. Dan 8 hb ini, bajet US akan diluluskan. Jika WTO terima Iraq sebagai anggota WTO pada 7 haribulan ini (kira-kira 3 hari lagi), maka sudah tentu Dinar Iraq akan RV. Sebab apa RV, antara lainnya untuk kegunaan US sendiri bagi meluluskan bajet 2011 mereka. Jadi sama-samalah kita menunggu tarikh 7 hb dan 8 hb ini. Lupakan seketika soal Eon Bank dan Hong Leong Bank. Itu semua spekulasi. Tumpukan pada tarikh ini. InsyaALLAH ada sinar jutawan buat kita semua, insyaALLAH...


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template