Sunday, April 10, 2011
Iraq Nafi Di Desak Oleh US
kerajaan Iraq membantah bahawa mereka telah ditekan oleh AS dalam memilih menteri keselamatan yang mana hingga ke saat ini masih kosong dan dikendalikan oleh lembaga bulan lepas Perdana Menteri Nuri al-Maliki.
Kata juru bicara pemerintah Iraq Ali al-Dabbagh mengatakan dalam sebuah pernyataan;
"Kami tidak akan membiarkan mana-mana pihak termasuk kerajaan AS atau pihak lain campur tangan dalam pelantikan pembentukan kementerian keselamatan," katanya mengulas dengan kedatangan Menteri Pertahanan AS Robert Gates ke Iraq, baru-baru ini.
Lawatan Gates ke Iraq "Tidak berkaitan dan tidak memberikan kami tekanan pada sisi Iraq berhubung pelantikan kementerian keselamatan." Dia berkata lagi bahawa "masalah yang diperbincangkan adalah berhubung perkhidmatan dan urusan dalaman, dan dia sama sekali tidak berhak untuk mengganggu urusan pelantikan menteri Keselamatan."
"Kerajaan Iraq tidak akan membiarkan kerajaan AS ataupun pihak AS atau yang lain daripada Amerika, atau kekuatan serantau untuk mengganggu dalam pelantikan kementerian keselamatan."
Laporan akhbar yang mengatakan bahawa Gates membuat kunjungannya ke Baghdad untuk menekan kerajaan Iraq dalam mempercepat resolusi kementerian keselamatan juga mendesak kerajaan disamping membuat permintaan untuk melanjutkan tempoh masa pasukan Amerika "bertapak di Iraq".
Labels:
Berita Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment