Friday, April 1, 2011

Dinar Iraq : Jalan Menuju RV


Dalam beberapa minggu terakhir kita telah melihat parlimen Iraq akur terhadap tuntutan warga Iraq dengan membentuk jawatankuasa yang mengkaji undang-undang dan prosedur tertentu. Kita juga dapat melihat Iraq telah melarang para pegawai kerajaan yang terlibat dengan rasuah – tuntutan utama demonstran dan masalah Iraq telah berlarutan selama bertahun-tahun sebelum ini. Perjalanan beberapa minggu ke depan mungkin akan menghadirkan kekhuatiran rakyat Iraq termasuk masalah pengangguran, gaji, kemudahan asas (air, longkang, dan tenaga), dan kemalasan pegawai kerajaan.

Presiden dan Speaker Parlimen Iraq, Nujaifi telah melawat Kuwait minggu lalu dalam apa yang digambarkan sebagai pertemuan yang berjaya antara kedua-dua negara. Sebelumnya pada tahun 2011 Iraq dan Kuwait telah bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa membincangkan dan berunding isu-isu tertunggak untuk membolehkan negara Iraq mengeluarkan mereka daripada Chapter VII PBB. Kuwait telah menyatakan sudah saatnya Iraq dilepaskan daripada Chapter VII seperti usaha keras yang dilakukan oleh kerajaan Iraq ketika ini dan juga usaha mereka keluar daripada bayang-bayang pemerintahan Saddam. Antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan Iraq ialah akan membayar baki pampasan $ 21 bilion kepada Kuwait. Manakala Kuwait pula dilaporkan bersedia untuk membebaskan semua tahanan Iraq di negara mereka. Sempadan Iraq dan Kuwait turut menjadi agenda perbincangan mereka.

WTO : Ahli atau Tidak

Terdapat laporan bahawa WTO yang telah menjemput Iraq untuk menjadi ahli penuh Pertubuhan Perdagangan Dunia itu.

Dan beberapa minggu yang lalu, Iraq telah meminta Amerika Syarikat untuk menyokongnya dalam usaha Iraq untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Pada tahun 2009 WTO telah mengeluarkan arahan agar Iraq harus mengurangkan hutangnya sebanyak 50%. Pada tahun 2010, Iraq membuat kenyataan kepada IMF menyatakan bahawa hutang dalaman Iraq telah berkurangan sebanyak 90%. Juga pada tahun 2009, Amerika Syarikat mengatakan Iraq mungkin diterima sebagai ahli WTO pada tahun 2011.

Pada tahun 2010, Iraq menghantar WTO dengan kajian ekonomi sebagai sebahagian daripada permohonan tersebut. WTO memberi respond dengan mengatakan "Jawatankuasa WTO melihat perlunya perbezaan antara dolar AS dan dinar Iraq dikurangkan, mengaktifkan peranan sektor swasta, membuka pasaran dunia di Iraq dengan kastam atas barang import yang selari dengan undang-undang ekonomi yang terpakai di Iraq, "


Pada bulan Disember 2010, Majlis Keselamatam PBB memperuntukkan kepada Iraq untuk menyingkirkan sebahagian hukuman PBB berkaitan Chapter VII. Chapter VII ini melibatkan isu-isu hubungan Iraq-Kuwait. Hukuman-hukuman yang perlu dilangsaikan itu mungkin diselesaikan sekitar tahun ini (2011).

Pelepasan Hukuman oleh PBB akan membuatkan Iraq memiliki autonomi sendiri atau dibebaskan dari kuasa luar. Jika dilepaskan daripada kuasa luar, ianya akan menjadikan Iraq sebagai sebuah negara berdaulat, bebas, autonomi dan Dinar Iraq secara automatik akan bebas didagangkan.


Oleh kerana itu secara hakikatnya dengan Iraq menjadi ahli WTO, maka mata wang Dinar Iraq akan RV kerana negara itu sudah berautonomi, iaitu bebas sepenuhnya daripada kuasa luar.

Faktor-faktor besar seperti kestabilan kabinet Maliki dan pelepasan Iraq dari Chapter VII akan membawa kepada RV Dinar Iraq tak lama lagi. Antara faktor-faktor lain ialah :

Kerajaan yang kukuh

Undian untuk undang-undang pelaburan

Peralihan kepada perdagangan bebas bagi pasaran ekonomi.

Undian untuk undang-undang minyak dan gas (oil and gas law (HCL)

Penyelesaian isu tertunggak Kuwait dan Iraq

Pelepasan Iraq daripada Chapter VII Majlis Keselamatan PBB

Iraq menjadi ahli penuh kepada WTO

Kesimpulan

Iraq adalah salah satu negara tertua di dunia tetapi merupakan negara demokrasi setahun jagung. Iraq sedang membangun dan belajar setiap hari untuk bergerak sebagai negara maju. Iraq ibarat cahaya bersinar di Timur Tengah yang penuh dengan pergolakan dan juga kekacauan.

Sebagai pelabur dinar selama beberapa tahun lagi, inilah saat yang mendebarkan dan diyakini bahawa tempoh RV itu semakin hampir.

Ekonomi Iraq ketika ini sudah berubah. Pembangunan sedang rancak di Iraw ketika ini, pengeluaran minyak juga terus meningkat untuk menjadi pengeluar nombor satu di dunia. Manakala perjanjian perdagangan sedang dilakukan dengan negara lain, eksport alternatif sedang dibangunkan, dan kekayaan hasil negara, kembali ke rakyat Iraq sendiri.

Ketika ekonomi berkembang, harga global yang terus meningkat, bekalan masih rendah, dan permintaan meningkat... situasi ekonomi ini akan meletakkan Dinar Iraq semakin hampir untuk RV.

Bank Negara Iraq ada melaporkan yang kadar inflasi baru-baru ini telah mencecah 5.5 % pada Februari 2011. Satu angka yang tinggi dan CBI harus segera bertindak untuk atasi inflasi ini melalui RV dan bukannya di takuk 1170 USD untuk 1 Dinar.

Tentu saja, jika anda bergantung hanya pada dilema ekonomi yang dijelaskan di atas tidak diketahui berapa lama atau berapa lama masa yang diperlukan untuk menjadi kenyataan. Namun dilihat pada faktor terdekat, jelas yang akan ada satu pengumuman penting akan dibuat dalam masa terdekat, iaitu RV.

Saya terus percaya bahawa Iraq secara logik sedang bergerak pantas ke arah RV. Tekanan inflasi terus meningkat di Iraq dan CBI akan dilihat hilang peranannya termasuk kelemahan Gabenor Bank Iraq itu sendiri. Jadi nak tak nak, CBI akan dipaksa untuk bertindak untuk menghentikan ancaman inflasi dan RV adalah jalan penyelesaiannya. Kita ketika ini telah dekat ke RV dan ianya satu hakikat, bukannya khayalan semata-mata.

Dari blog Jutawan Dinar Iraq

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template