Sunday, April 10, 2011

Dari Blog : Bajet US 2011 Diluluskan Dengan Pemotongan 38 Bilion USD, Ramai Pihak Sedang Menentang Obama


Semalam dunia digemparkan dengan pentadbiran Ameika Syarikat (US) yang tergendala (shutdown) selama 2 jam, akibat perbahasan bajet 2011 US yang tiada jalan penyelesaian. Sebelum ini, kerajaan US pernah tergendala 5 kali dan yang terpanjang, selama 21 hari pada zaman pentadbiran Presiden Bill Clinton.

Bajet US mengundang kontroversi apabila anggota senat bersetuju untuk menundanya buat kali ke-7 sejak pembentangan bajet 1 Februari 2010 lalu. Penundaan ini dipersetujui selama seminggu dan ianya disokong penuh oleh Parti Republikan. Penundaan ini dipersetujui kerana tiada kata sepakat dicapai dan juga disebabkan oleh hasrat Obama untuk memotong bajet US sebanyak 38 Bilion USD. Dan jika penundaan ini berlaku lagi, maka sudah pasti kerajaan US akan lumpuh dan ditertawakan oleh masyarakat dunia. Tetapi Obama enggan menandatangani perjanjian penundaan itu, dan mewajibkan Demokrat dan Republik untuk berunding hingga mencapai persetujuan.

Dan pada jam 11 malam waktu US, kira-kira 1 jam sebelum pukul 12 tengah malam, mereka bersetuju untuk luluskan bajet ini dengan pemotongan sebanyak 38 bilion USD daripada 2.17 trilion USD pada anggaran awalnya. Presiden Obama dalam satu temuramah media selepas itu di White House menyatakan bahawa pilihan yang dibuat adalah "menyakitkan, tetapi diperlukan"

Kenapa Obama berkata begitu? Sebab ia merupakan pemotongan bajet yang paling besar dalam sejarah US, iaitu kira-kira 38 bilion USD, 8 peratus dari pembentangan asal. Pemotongan ini menyebabkan 800,000 pekerja kontrak kerajaan US diberhentikan, pembayaran cek untuk askarnya ditunda dan Taman Nasional serta Monumen US diberhentikan operasinya serta merta pada jumaat tengah malam lepas. Dan jelas pemotongan ini akan mengakibatkan kerajaan Obama menjadi tidak popular dan sudah ada pihak yang menggelarkan dirinya, Parti Tea (sempena nama masyhur gerakaan US yang menumbangkan Sepanyol berkurun dulu) telah merancang untuk membuat protes besar-besaran atas tindakan Obama ini. Sebab itulah Obama membatalkan lawatan rasminya ke Indiana di saat-saat akhir, bagi awasi situasi ini. Kan buatnya Amerika jadi macam Mesir dan Libya, teruk Obama.

Bahkan paling genting buat Obama adalah pembentangan bajet 2012 pada tahun ini. Sudah pasti dalam kedudukan US yang berhutang mencecah 14.29 trilion USD (hampir menyamai jumlah bajet yang dibentangkan) setakat ini, sudah pasti Obama dalam keadaan tertekan sekarang. Nak tak nak, Obama kena usahakan sesuatu iaitu dengan Dinar Iraq diapungkan (RV).

Obama mungkin tertekan sekarang sebab banyak orang menentangnya ketika ini. Mungkin Maliki tak layan Obama untuk rv dinar Iraq menyebabkn Obama terdesak dan terpaksa potong 15 peratus bajetnya. Kesian Obama..dan lepas ini nasib Obama mungkin berbeza. Sebab orang kaya dunia, Donald Trumph akan mencabar dalam pilihanraya US Februari tahun hadapan. Sudah pasti Obama dalam haru biru sekarang. Sebab itulah Obama kena percepatkan selesaikan masalah ekonomi US. Mungkin melalui Dinar Iraq diapungkan, akan membolehkan negara US kembali bernafas. Sebab jika Trumph menang pilihanraya dan menjadi Presiden US, , sudah pasti dia akan minta dinar rv, sbb dia kan pemegang terbesar dinar didunia ketika ini..

Dinar tetap RV, macam Kuwait dan Afghanistan. Juga Jerman dan Jepun dulu. Sebab negara mereka musnah disebabkan perang. Dan sebelum daripada itu, mereka mempunyai nilai matawang yang kukuh dalam pasaran dunia. Kalaulah saya jadi Perdana Menteri Iraq, saya akan minta Dinar diapungkan. Iyalah, kalau diapungkan, sudah tentu semua rakyat Iraq akan jadi kaya raya. Macam rakyat Kuwait sekarang ni. Nak melancong ke Kuwait sekarang, kena ada duit banyak-banyak. Bayangkan 1 Dinar Kuwait bersamaan rm 10 duit kita. Nak beli air satu tin pun, kena bayar rm 10. Kalau kat sini, dah dapat 10 tin. Memang kaya raya rakyat Kuwait ni.

Bajet us dh lulus tapi potensi Rv makin meningkat. Obama makin pening sekarang ini. Tapi maliki macam dah buat kerja, tapi hasilnya mungkin lambat sikit. Buat pemegang dinar, bersabarlah. RV tetap RV, tapi kita tak tahu bila. Tapi ikutkan analisis pakar RV antarabangsa, Just Hopin, dah cecah meter 95 peratus dah untuk dinar RV. Katanya,"Prepare for Cash In". Nanti saya tulis kenapa analisis beliau menyatakan demikian, insyaALLAH

Dari blog : Jutawan Dinar

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template