Sunday, April 10, 2011

CitiGroup Masih Berada Di Iraq


Dari maklumat yang diperolehi, Citicorp masih berada di Baghdad dan mengadakan pertemuan dengan pelbagai lapisan pemimpin dalam mengurus tadbir pelaburan besar-besaran melibatkan pembinaan bank baru, apartment, bangunan-bangunan komersial dan membangunkan industri di Iraq.

Antara lain tujuan Citicorp berada di Baghdad pada ketika ini adalah untuk membaikpulih sistem elektronik yang melibatkan perbankkan di Iraq agar berupaya sepenuhnya dari permasalahan "wire transfer". Mengikut Citicorp, permasalahan ini "hampir selesai sepenuhnya".

Sebuah gedung bursa saham baru akan dibuka sama ada pada bulan Mei atau Jun ini. Juga, eksekutif minyak China dan eksekutif minyak Jepun di selatan telah menandatangani kontrak minyak di daerah Nasiriyah, Iraq.


Pertemuan Citigroup dengan pihak wakil kerajaan juga menggesa agar dinar Iraq akan dipulihkan sepenuhnya dengan Revalue nilainya. Optimisnya, pihak Citigroup mengatakan bahawa Revalue ini akan terjadi cuma mereka tidak mengetahui tarikh dan waktunya. Dia hanya mengatakan bahawa dinar Iraq akan direvalue secepat mungkin. Antara lain yang boleh dikhabarkan di sini adalah, "dinar baru" yang disimpan di "zon hijau" menunggu masa untuk dilepaskan dipasaran. Ada yang berbentuk wang kertas dan ada yang berbentuk Coin.

Apapun, kita doakan agar RV akan berlaku dalam masa terdekat. Insyallah.

RV tetap RV~!!


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template