Wednesday, March 2, 2011

Utusan : AS boleh 'pokai' tidak lama lagi

Compare maklumat di sini dari artikel saya yang lepas:


4) Pemimpin Cina (wakil) telah menandatangani perjanjian RV matawang Iraq, pada 24 Feb 2011, yang menjadi indikator besar kepada mereka dalam pelangsaian hutang US kepada negara China. Pembayaran hutang tersebut adalah dengan menggunakan matawang Iraq. Jadi RV perlu dilaksanakan agar hutang itu terlangsai (3 Trillion). -Sumber Soheh-

dengan berita di bawah : Sumber Utusan Meloya :


WASHINGTON 2 Mac - Jumlah hutang Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat mencapai hadnya kepada AS$14.29 trilion (RM43.44 trilion) tidak lama lagi, sekali gus memaksa penggubal dasar berbuat sesuatu untuk mengelak kerajaan tumbang, kata pihak Perbendaharaan AS.

Pegawai Perbendaharaan Kanannya, Mary Miller berkata, Jabatan Perbendaharaan menjangkakan hutang negara itu akan mencapai hadnya menjelang 15 April hingga 31 Mei ini.

Katanya, AS hanya mempunyai beberapa minggu sahaja sebelum negara itu mengalami kehabisan tunai untuk membayar segala bil perbelanjaannya.

Perbendaharaan telah menjangkakan had hutang itu akan melepasi lebih awal berbanding unjuran antara 5 April dan 31 Mei ini.

Amaran itu dibuat berikutan penggubal undang-undang AS sedang bertungkus-lumus 'berjuang' untuk mengurangkan perbelanjaan, antara langkah sementara bagi mengelakkan penutupan kerajaan.

Walaupun isu menaikkan had tertinggi hutang dan usaha memberikan pembiayaan berterusan kepada kerajaan bukannya berkait, tetapi ia bercelaru kerana terperangkap dalam perjanjian politik Washington.

Pihak yang tidak sehaluan dengan Presiden AS, Barack Obama pula telah mengekang kenaikan had hutang kerana khuatir terpaksa mengurangkan perbelanjaan.

Bagaimanapun, tindakan itu dilihat agak melampau oleh Demokrat.

Isu had hutang menjadi hangat selepas Republikan mengambil kuasa dalam Perwakilan AS pada Januari lalu, menyebabkan Obama hanya mempunyai kuasa kepada Senat. - AFP

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template