Tuesday, March 22, 2011

Soalan : Ada Masalahkah Menyimpan Note Besar?


Tuutt..tuuutttt..
Tumpg tnye...

Dengar kate note2 besar 25k n 10k dh ley pkai ble dh RV..
Knpe ley smpai jd mcm tu..
Sthu ak rmai yg jual n bli sume note2 bsar..
Lgi2 note 25k..

Btol x??
Mntk pndangan otai2 iQD nie..

Berita ini sekadar rumors sahaja. Sebenarnya note-note yang ada di Iraq adalah boleh digunakan pakai, sama ada sebelum atau selepas RV. Jadi tanggapan yang mengatakan bahawa note-note besar tidak boleh digunapakai adalah satu tanggapan yang salah sama sekali.

Jika mengatakan bahawa note-note besar dimansuhkan, maka ia memang logik akan berlaku. Memang benar, bagi sesebuah negara yang kaya dengan hasil galiannya, tidak akan hidup merempat dan dalam kemiskinan selama-lamanya. Jalan keluar hanya dengan RV. Maka itu setelah RV, Iraq sebagai sebuah negara yang kaya tidak memerlukan note-note besar untuk urusan domestik rakyatnya, seperti note 25K dan 10K. Maka berkemungkinan note-note ini akan dimansuhkan serta merta setelah RV.


Bagaimana dengan nasib penyimpan note-note besar?


Insyallah tidak menghadapi masalah yang besar. Jika penghapusan note-note besar, maka ia tidak bermakna note-note yang kita ada sekarang ini tidak laku untuk digunapakai. Note yang kita ada TETAP SAH, dan LAKU di pasaran antarabangsa. Bezanya, setelah RV, para penyimpan note besar hendaklah terus menggunakan/cash in semua dinarnya ke bank-bank (dalam keadaan sudah memiliki akaun persendirian di bank tersebut), kerana duit yang mereka pegang, iaitu note 10K dan 25K berada dalam risiko jika disimpan dengan lebih lama.

Mengapa?

Kerana setelah RV, berkemungkinan besar ia seiring dengan pengenalan kepada rakyat Iraq dan dunia mengenai note baru IQD. Maka kerana itu, ada tempoh yang diberikan kepada rakyat/penyimpan dinar Iraq untuk menukarkan duit mereka kepada note-note yang kecil.Mungkin diberi masa selama 3 bulan, atau 6 bulan, atau setahun.

Hal ini pernah berlaku kepada Malaysia suatu ketika dahulu semasa pemansuhan note RM1000 dan RM500. Kerajaan Malaysia memberi masa selama 6 bulan kepada rakyat/penyimpannya untuk menukarkan note besar tersebut. Dan juga berlaku kepada negara-negara yang lain. TETAP ada tempoh masa. Jadi perkara yang sama juga akan berlaku kepada Iraq. Note yang ada ditangan kita ini, diberi ruang untuk ditukarkan di bank/money changer selama tempoh-tempoh yang diberikan oleh Kerajaan Iraq.

Bagaimana jika tiada tempoh langsung, RV sahaja terus note lama tidak boleh digunpakai?

1) Perkara ini MUSTAHIL dan TIDAK MUNGKIN berlaku, dan agak TIDAK MASUK AKAL. Iraq sebagai sebuah negara berdaulat, adalah tertakluk kepada peraturan dan prosedur penukaran note yang telah ditetapkan oleh IMF. Tambahan pula Iraq akan menyertai WTO tidak lama lagi. Jadi Iraq tidak boleh sesuka hati menukarkan notenya dengan melanggar akta prosedur penukaran matawangnya yang telah ditetapkan IMF. Sebarang pelanggaran akan dikenakan hukuman, dan matawang baru yang diperkenalkan oleh Iraq sebagai mengganti serta merta note besar menjadi TIDAK SAH.

2) Penyimpan Dinar Iraq yang teramai adalah orang US dan Israel.Dan US adalah negara yang hampir bangkrap,mengharapkan dapat melunaskan hutangnya kepada negara China dengan membayar hutang tersebut dengan Dinar Iraq. Jika Iraq menukar matawangnya, Iraq mungkin berdepan sekali lagi dengan serangan US. Iraq sudah tentunya tidak mahu menerima nasib malang kali kedua disebabkan perkara ini.

Kesimpulannya, menyimpan note besar, tidak bermasalah dengan permasalahan ini. Duit kita tetap laku. Cuma bezanya dengan menyimpan note kecil;

sekiranya kita menyimpan note besar, bila sahaja RV, kita kena tukar terus kerana tempoh masa yang singkat (3 bulan, 6 bulan, atau setahun)

bagi penyimpan note kecil, mereka masih boleh pegang dan simpan ditangan mereka berbanding mereka yang menyimpan note besar. Mereka boleh melengahkan urusan penukaran di bank/money changer. Maklum sahaja, sekiranya berlaku RV KALI KEDUA, mereka masih berkesempatan merasa, berbanding mereka yang pegang note besar yang terpaksa cash in di bank/money changer bile RV.

Harap penjelasan ini dapat merungkaikan permasalah tuan yang bertanya di sini.


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template