Thursday, March 10, 2011

Pengumuman Keramat : Kita Menantikan Mac dan April.


Kita sama-sama menantikan saat RV menjelang tiba. Saat yang ditunggu-tunggu TETAP juga akan berlaku. Cuma menjadi kekangannya hanyalah MASA. Bila dan apakah tarikhnya, kita tidak tahu.Namun hint-hint yang ada, peristiwa peristiwa yang berlaku pada tahun 2011 ini, memungkinkan RV itu berlaku pada tahun ini juga.

Saya yang telah menyimpan/menjual sejak tahun 2005 dulu, tidak nampak dengan jelas, sama ada petunjuk, atau peristiwa, yang mendongak ke arah RV ini. Rumors pun tidak banyak didengari dalam lingkungan tahun-tahun tersebut (2005-pertengah 2010) .

Berbeza dengan tahun ini (2011) .Peristiwa memungkinkan harapan RV bakal berlaku, nampaknya akan menjadi kenyataan. Berita-berita positif kearah RV sudah banyak didengar. Rumors pula begitu banyak sekali.

Biarpun Persidangan Liga arab ditunda pada bulan Mei, ia tidak akan mematahkan semangat kita. Diharap semoga penyimpan Dinar Iraq tidak berfikir negatif dengan mengandaikan bahawa semakin lambatlah RV itu berlaku apabila penundaan ini terjadi. Jangan begitu.

Cuba fikir positif. Penundaan itu, sudah pastinya ada motif tertentu. Mungkin mereka ingin mempersiapkan, melaksanakan beberapa perkara yang "belum diselesaikan" sebelum menghadiri persidangan Liga Arab itu.

Pada pendapat saya, jika kita melihat kondisi Iraq sebagai sebuah negara yang kaya, adalah sangat mustahil mereka ingin membawa pelan ekonomi dan view pentadbiran yang korup. Mereka yang dilantik sebagai tuan rumah Persidangan Liga Arab 2011, tidak akan menunjukkan kepada dunia dengan membawa pelan ekonomi yang tidak utuh dan mantap. Mereka tidak mahu, keperitan dan kemiskinan yang telah melanda mereka, dipandang simpati oleh dunia atau digelakketawa oleh negara-negara arab yang lain sedangkan mereka Tuan Rumah pada persidangan itu, dan juga sebuah negara yang SANGAT KAYA dengan hasil minyak-minyaknya!!

Jadi apakah "perkara yang belum diselesaikan" itu??? Pada tanggapan saya, mereka akan RV dahulu sebelum persidangan Liga Arab berlangsung. Sama ada pada pengakhir bulan Mac, atau pada bulan April, Insyallah, RV akan diumumkan.

Mengapa saya berkata demikian???

Sebagai orang politik, Nouri Al Maliki memandang perkara ini (pengumuman RV) sebagai satu advantage bagi mengukuhkan politik dan pentadbirannya,disamping dapat meraih sokongan rakyat dengan pengumuman RV tersebut. Semua tahu, untuk memulihkan semula ekonomi masyarakat yang miskin dan Iraq yang hampir korup dek inflasi yang naik mendadak, hanyalah dengan RV dinarnya!!. Dan kerana itu ia sengaja ditangguhkan, agar pengumuman itu bukan sahaja KERAMAT malah menjadi HADIAH kepada rakyatnya!!

Kita mengharapkan perkara ini menjadi kenyataan, memandangkan Iraq sudah tidak menghadapi apa-apa kekangan yang besar untuk membuat pengumuman itu.Lagipula hal perlu disedari,hanya RV sahaja menjadi penyelamat Iraq.

Sama-sama kita nantikan pada akhir bulan Mac ini, dan jika tidak, pada April ini.. Insyallah.

RV tetap RV~!!

Syah ~ http://iraqdinarmurah.blogspot.com


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template