Monday, March 7, 2011

KALAU ADA REZEKI KITA MELALUI DINAR IRAQ INI MAKA IANYA TIDAK KEMANA!



Itulah yang boleh saya katakan. Bila rv tidak jadi kenyataan pada 3/3/11 yang lalu, memang saya pun rasa kecewa. Saya pun sama seperti kebanyakan anda juga, benar2 mengharapkan rv jadi kenyataan dalam kadar yang segera. Ini disebabkan semakin cepat rv muncul maka semakin cepat kita dapat melaksanakan berbagai projek positif dan niat kita khususnya yang ada kaitannya dengan pengembangan syiar agama kita Islam di samping kita menikmati kelegaan dari segi ekonomi dan kewangan. Tapi rupanya Allah mahu kita belajar untuk menjadi orang yang sabar.

Saya percaya rv akan menjadi kenyataan dalam tahun 2011 ini juga! Tapi kemungkinan besarnya adalah di pertengahan tahun ini. Ini sekadar keyakinan saya berdasarkan beberapa faktor dalaman dan luaran Iraq itu sendiri. Bahkan bukan tidak mungkin kalau rv dinar ini akan muncul dalam bulan Mac/April iaitu sebelum melewati bulan Jun. Ini keyakinan saya dan saya hanya menyatakan keyakinan saya sama ada anda mahu percaya atau tidak!

Dan saya rasa keyakinan saya ini seperti semakin menghampiri kebenaran! Ini disebabkan perkembangan terbaru di Iraq menunjukkan tanda2 positif memang rv akan terjadi. Memang sejak beberapa hari ini kita melihat keadaan tenang2 saja seperti rv tidak mungkin terjadi. Tapi rupanya dalam ketenangan itu ada berita yang menyatakan semua persiapan rv sudah siap. Sebelum ini kita diberi tahu Iraq telah melunaskan bayaran sebanya 2.7 bilion pada kontraktor2 asing. Tapi dalam satu brita lain pada minggu lepas Iraq juga dikatakan telah menjelaskan bayaran 21 bilion hutang2nya kepada beberapa pihak yang berkaitan.

Langkah Iraq tersebut dikatakan sebagai salah satu persiapan untuk mengumumkan rv dinar tapi tidak pula diberi tahu apa rasionalnya. Kesimpulan yang saya ada ialah jika Iraq melaksanakan rv setelah hutang2nya dibayar, maka sebarang kemungkinan yang terjadi setelah rv maka sekurang2nya Iraq telah pun melangsaikan hutangnya.

Tapi ada satu pendapat lain yang mengatakan CBI akan mengapungkan dinar dengan rate yang agak tinggi dn bukan rate rendah seperti yang kita katakan selama ini. Maka itu dengan melangsaikan semua hutangnya maka iqd yang diapungkan dengan rate yang tinggi ini akan sentiasa stabil dan tidak goyang.

Pada hemat saya pendapat tersebut memang ada rasionalnya. Ini disebabkan Iraq memang mahu menggunakan hasil rv tersebut untuk pembangunan Iraq di samping melunaskan beberapa tunggakan hutangnya pada Amerika. Dalam keadaan ini memang Iraq memerlukan stabiliti iqd setelah ianya diapungkan kelak.

Berdasarkan beberapa kenyataan di ataslah makanya terdapat berita yang menyatakan semua persiapan untuk rv dinar memang telah selesai. Bahkan ada berita yang mengatakan semua kekosongan jawatan menteri kabinet Iraq telahpun dipenuhkan tetapi tidak diumumkan kepada dunia!

Maka itu sekarang ini dikatakan kita hanya perlu menunggu waktu saja untuk rv diumumkan! Tapi saya ingin nasihatkan diri saya dan anda juga iaitu janganlah kerana berita2 ini menyebabkan kita jadi tamak.Jika ingin menambah sekalipun, ia tidak menjadi kesalahan asalkan jika masih dalam ruang lingkup mampu. Jika tidak mampu, maka cukuplah dengan apa yang ada. Dalam satu hadis Rasulullah Saw. ada bersabda sebaik2 perbuatan adalah yang sederhana.

Nasihat Rasulullah Saw. tersebut adalah dalam semua perbuatan kita termasuklah dalam soal agama. Dalam konteks dinar Iraq ini, jika kita bersikap sederhana maka tidaklah kita terlalu kecewa dan kesal jika rv tidak muncul dalam masa terdekat ini. Dalam kata lain, kita boleh yakin memang rv dinar akan terjadi. Tapi kalau tidak jadi lagi, bagaimana? Inilah yang perlu kita ambil kira dalam investment dinar!

RV tetap RV!!!InsyaAllah.....

Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template