Friday, March 18, 2011

Iraq Sedia Anjur Liga Arab, Lantik Iyad Allawi Sebagai Setiausaha Agung Liga Arab Yang Terbaru


Dinar Iraq semakin lama, semakin dekat nampaknya nak RV. Stok semakin susah, permintaan pula makin bertambah. Dengar kata bulan April ini, apapun wallahua'lam.

Isu yang saya nak sentuh di sini ialah Liga Arab. Liga Arab adalah salah satu kunci kepada pengapungan Dinar Iraq tak lama lagi. Sepertimana kunci RV lain seperti WTO dan IMF.

Liga Arab akan dilangsungkan pada 15 Mei ini di Baghdad, Iraq. Iraq akan menjadi tuan rumah buat kali pertama bagi Sidang negara-negara arab ini. Sidang ini sepatutnya dilangsungkan pada 29 Mac ini, tetapi terpaksa ditunda atas permintaan beberapa menteri luar negara Arab disebabkan oleh kekacauan di beberapa negara Arab ketika itu. Iraq sebenarnya sudah bersedia untuk anjurkan sidang ini dan ia telah dinyatakan oleh Setiausaha Akhbar PM Iraq, Ali al-Moussawi yang menyatakan bahawa Iraq sudah bersedia lama untuk anjurkan sidang ini.

Sidang Liga Arab amat penting kepada negara Iraq bagi pengiktirafan negara mereka di dunia Arab. Inilah kali pertama negara Iraq anjurkan sidang ini sejak liga Arab ditubuhkan. Bahkan pada zaman pemerintahan Saddam Hussin pun, Iraq langsung tidak dipandang oleh negara Arab lain untuk anjurkan sidang ini.

Sidang Liga Arab ini juga penting sebagai petunjuk untuk pengunduran sepenuhnya askar US pada hujung tahun ini. Jika ia benar-benar berlaku, jelas bahawa RV semakin dekat, dan impian kita semua semakin lama, semakin hampir. Mudah-mudahan PM Iraq umumkan dinar RV pada sidang ini nanti.

Sebab itulah boleh dikatakan bahawa Sidang Arab amat penting bagi pengapungan Dinar Iraq. PM Iraq, Nouri al-Maliki sendiri akan usulkan idea untuk tubuhkan Pertubuhan Perdagangan Arab (Arab Trade Organization), sama seperti WTO. Pertubuhan ini adalah kerjasama ekonomi dan perdagangan antaranya dalam urusniaga pengeluaran minyak, industri dan komersil antara negara-negara Arab. Ianya ditubuhkan untuk menjaga kepentingan perdagangan negara-negara Arab menjelang 2020 nanti.

Jika ia benar-benar berlaku, bukan setakat RV ke 1 USD, mungkin dinar Iraq akan mencecah 3.20 USD, sepertimana sebelum perang dahulu. Atau mungkin atasi matawang Kuwait dan Arab Saudi tak lama lagi. Ianya tak mustahil berlaku bilamana melihat hasil masyhul bumi Iraq yang melimpah ruah dan banyak itu.

Bahkan yang paling menggemparkan ialah apabila PM Iraq, Nouri Al Maliki usulkan bekas PM Iraq, Iyad Allawi untuk mengisi jawatan Setiausaha Agong Liga Arab yang telah dikosongkan oleh Amr Moussa. Amr Moussa kosongkan kerusi ini kerana sedang menunggu arahan untuk menjadi Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak.

Jika ia dipersetujui, ianya satu pengiktirafan buat negara Iraq. Takkanlah Iyad Allawi nak biarkan negara dia ditertawakan oleh negara Arab lain kerana matawang bernilai rendah. Mestilah Iyad Allawi dan Nouri Al Maliki akan bertindak dan usahakan agar matawang mereka sebaris dengan negara Arab yang lain. Dinar Iraq mesti diapungkan untuk buktikan pada negara Arab lain, bahawa Iraq bukannya negara miskin dan papa kedana. Jelas dan tegas bahawa Liga Arab adalah antara kunci kepada pengapungan Dinar Iraq tak lama lagi..insyaALLAH…jika ia sebagai kunci, tentu tersenyum lebar kita selepas membaca posting ini...


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template