Sunday, March 6, 2011

Benarkah : Isu Proses Penghapusan Note



Matawang dinar yang paling kecil sekarang ialah IQD50 berbanding sebelum tahun 2003 denominationnya ialah IQD 1/4, 1/2, 1, 5, 10, 25, 50, 100, 250 dan 10,000 (untuk kegunaan antara bank). Setelah RV pasti semua note dinomination besar sekarang akan ditarik balik dari pengedaran dan diganti dengan note denomination baru yang kecil. Proses pertukaran ini pasti melibatkan note denomination IQD 1,000, 5,000, 10,000 dan 25,000 (note yang mempunyai sekurang2 nya 3 zero) manakala note denomination kecil akan dikekalkan di dalam edaran. Proses pertukaran dan pemansuhan note denomination besar kepada kecil ini akan dijalankan di dalam tempoh masa tertentu. Namun begitu, proses untuk note2 kecil dinar yang baru ini untuk sampai kedalam sistem edaran diluar Iraq pasti akan mengambil masa. Tempohnya bergantung kepada kepekaan bank dan MC di sesebuah negara untuk membeli matawang baru ini. Di US mungkin dalam 2 hari rakyatnya sudah boleh membuat penukaran tetapi dinegara kita kemungkinan lebih lambat.

NAMUN begitu, sekiranya dinar di RV terus pada nilai yang tinggi maka tak perlulah kita menukar note2 besar kita sebaliknya terus mendepositkan wang pertukaran tersebut ke dalam akaun bank kita dan biarkan bank2 atau MC sahaja yang berurusan dgn CBI untuk menukar note2 besar ini. Sekiranya RV pada nilai yang rendah maka sesiapa yang masih sanggup menunggu IQD mencecah nilai tertinggi melalui mekanisma FOREX maka perlulah kita menukar note denomination besar kita.

TETAPI janganlah kita terlalu rushing untuk menukar kerana kebiasaannya proses penukuran ini akan diberikan tempoh masa selama beberapa bulan dan tempoh itu sudah mencukupi untuk note2 dinar yang kecil sampai ketempat kita.

SEKIRANYA kerajaan Malaysia melalui BANK NEGARA tidak membenarkan kita menukar matawang ini maka pada pandangan saya dengan potensi kekayaan kita akibat penukaran matawang dinar ini maka boleh saja kita berhijrah keluar negara kenegara yang membenarkan penukaran dinar. Apa ada hal.. Kan dan kaya.. Disana kita boleh setup bizness then transfer back duit ke Malaysia sekiranya mahu tapi kalau nak terus jadi PR kat negara lain terpulanglah. Sekiranya inilah yg dilakukan oleh kerajaan Malaysia dan semua penyimpan berhijrah maka yang paling rugi adalah BANK NEGARA yang tidak mendapat komisyen pertukaran matawang asing serta kerajaan Malaysia kerana tidak mendapat tax keuntungan. Base on history, pemegang dinar kuwait di Malaysia tidak menghadapi masalah untuk menukar matawang dinar kuwait yang mereka pegang itu setelah RV berlaku.

WALAUBAGAIMANA pun eloklah kita semua berbaik sangka dan berdoa semoga RV akan cepat berlaku dan tiada masalah yang akan timbul semasa proses penukaran matawang ini kelak. Semoga dengan permuafakatan kita yang utuh ini samada sesama pemegang cash note, pendeposit Warka Bank dan kedua2nya sekali akan dipandang Allah dan seterusnya memperkenankan permohonan kita semua. Insyaallah..

RV tetap RV


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template