Tuesday, March 29, 2011

Pengurusan Dinar Iraq Setelah RV Kelak.


Mojad Dahlan March 28 at 11:35pm Report

Asalamualaikum,saya ingin nak tahu berkenaan MC dan Bank di malaysia,adakah MC sangup menerima tukaran yang banyak....dan satu lagi Buka akaun di bank yang ada menerima IQD,adakah kena tax oleh bank.minta Encik Ahmad terangkan Bank mana yang ada menerima IQD.Sy tanya bank tempatan di Sarawak semua tak terima dan tak ada berurusan dgn wang asing kata nye...tk

Waalaikumussalam..

Saya sebenarnya tidak beberapa arif berkenaan Money Changer atau Bank-bank di Malaysia. Al maklum saja, saya ni bekerja biasa-biasa sahaja. Tapi tak mengapalah, saya akan cuba menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara Mojad Dahlan.

Untuk maklumat para sahabat, kelmarin saya ada berhubung dengan seorang pegawai bank rakyat. Beliau merupakan salah seorang buyer saya. (berkebetulan dengan soalan Mojad Dahlan). Sebelum itu beliau menghantar satu mesej kepada saya yang berbunyi :


Saudara Farhan, saya survey sebaik-baik buka akaun dekat AlRajhi. Kalau buka akaun saving RM20 je, tapi mcm kita Investor Dinar Iraq sebaiknya buka akaun semasa minimum RM1K.

Saya tertarik dengan sms beliau. Saya lantas dengan itu menghubunginya, dan bertanyakan lanjut. (Al maklum saja, buyer saya ini sudah tentunya pakar dalam bab selok belok kewangan,perbankan, dll). Setelah berborak dengannya lebih kurang 10 minit, saya mendapati buyer saya ini tersangatlah dapat membantu dalam merungkaikan permasalah pengurusan kewangan kita setelah RV kelak. Menurut beliau, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan (bila berlaku RV). Dan di bawah ini adalah email yang dihantar sekali olehnya sebagai penerangan semula diatas apa yang kami borakkan pada 2 hari lepas. Sila baca di bawah :


Berkenaan dengan ulasan saya mengenai Alrajhi dikatakan sesuai untuk simpana dinar setelah RV:


Sebenarnya terpulang kepada setiap penyimpan dinar untuk menyimpan dimana -mana bank luar atau pun bank di dalam negara sama ada di Standart Chartered,Kuwait Finance,Alrajhi,HSBC,atau di CIMB ,Maybank yang pasti bank-bank tersebut mestilah ada membuat transaksi jual dan beli mata wang asing.Sebenarnya bank-bank tempatan ini penuh dengan birokrasi dan sesuatu transaksi tersebut mestilah genuine dan telus.Setiap bank di Malaysia tertakluk kepada kawalan Bank Negara Malaysia tidak kira bank luar negara.


Kalau kita perhatikan berkenaan UMLA atau kita kenali sebagai Akta Pencegahan Wang Haram kebanyakan pelapor adalah daripada bank-bank tempatan.UMLA mula diperkenalkan setelah PWTC diserang dan menjadi kewajipan setiap bank melaporkan segala wang-wang yang mencurigakan,Wang-wang yang mencurigakan tersebut datangnya daripada aktiviti haram seperti penjualan senjata api,gangsterism,pelacuran,dadah,perjudian,tetapi sesetengah negara seperti Hong Kong menghalalkan perjudian dan tidak dikategorikan sebagai pendapatan haram dan merupakan pendapatan kepada negara tersebut,begitu juga dengan pelacuran seperti di Thailand.Di Malaysia pengeluaran wang atau deposit wang yang melebihi Rm50,001.00 adalah menjadi kewajipan pihak bank untuk bertanyakan dari mana sumber wang tersebut diperolehi dan pihak bank juga berhak menolak sekiranya wang tersebut mencurigakan.


Jadi tidak hairanlah setengah individu tersebut menerima panggilan atau perlu mengisi borang tertentu apabila pihak Bank Negara meminta maklumat tersebut.Kegagalan pihak bank membuat laporan akan menyebabkan bank tersebut didenda RM 1 juta.Begitu juga dengan transaksi pengeluaran dan deposit melebihi 5 kali sehari akan menjana report untuk tujuan semakan oleh pihak bank.


Jadi kepada penyimpan dinar iraq mereka boleh mebuat pilihan terbaik sama ada simpanan tersebut di simpan di Alrajhi Bank ataupun di Kuwait Finance atau pun dimana-mana bank tempatan.Ini kerana selepas RV bank arab tersebut tersebut lebih dahulu menerima tempias kerana bank tersebut merupakan bank arab.Al rajhi sendiri mempunyai cawangan di Riyadh,Saudi Arabia,Kuwait dan Jordan,manakala Kuwait Finance pula mempunyai cawangan operasinya di Bahrain,Turkey,Jordan,Arab Saudi,Singapore dan Australia.


Dari segi pembukaan akaun simpanan didapati Al Rajhi lebih banyak produk penyimpan untuk membuat simpanan berbanding Kuwait Finance iaitu akaun simpanan,akaun semasa,mudharah akaun simpanan dan mudharabah akaun semasa.Manakala Kuwait finance cuma mempunyai dua produk iaitu akaun simpanan dan akaun semasa.


Syarat-syarat bagi akaun simpanan:


-umur 18 tahun keatas,minimum RM 20,salinan ic


Syarat-syarat bagi akaun semasa


-umur RM 500,umur 18 tahun keatas,salinan ic dan perlu introducer


Syarat-syarat Mudharabah akaun semasa


-Umur 18 tahun ke atas,minimum RM 1000,tidak perlu introducer




Kebaikan akaun semasa:


-Diperuntukan buku cek dan kad atm cuma dikenakan charge setem duti
-Boleh pindahkan gaji ke akaun semasa
-Boleh membuat pindahan dari satu akaun ke akaun lain yang mempunyai Perkhidmatan Giro


-Boleh ditunaikan di semua cawangan Al rajhi,
-Boleh digunakan sebagai standing instruction
-Boleh digunakan sebagai letter of guarantee


Sedikit yang saya nak tambah kepada semua, bahawa pembukaan akaun semasa adalah digalakkan daripada membuka akaun simpanan. Beliau (pegawai bank) berkata pembukaan akaun semasa adalah lebih selamat kerana berkemungkinan besar kita akan membuat transaksi yang kerap (orang kaya la katakan.. Hehehe). Dan yang terrrrrlebihhhh pentingggg... kita hendaklah declare kepada Bank Negara Malaysia bahawa kita ni ada menyimpan matawang asing yang mempunyai value / nilai yang tinggi.

Mengapa perlu berbuat demikian?

1) Mengelakkan akaun kita dicurigai oleh pihak bank kerana kerap melakukan transaksi.

2) Akaun akan dibekukan sekiranya didapati jelas membuat transaksi yang besar, tanpa sebab-sebab yang jelas.

Kesimpulannya, anda boleh membuka satu akaun bank sahaja di mana-mana (yang boleh berurusan dengan matawang asing), asalkan anda "declare" mengenai jenis transaksi yang anda buat kepada bank negara. Jika kita membuka akaun semasa/simpanan di banyak bank sekalipun, tetapi tidak membuat declaration berhubung simpanan dan traksaksi yang kita buat, maka natijahnya sama sahaja seperti yang di atas.

Moga artikel ini dapat membantu kita semua. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya, (identiti dirahsiakan)pegawai bank tersebut kerana membantu memberikan metodologi sesuai kepada para penyimpan IQD bila berhadapan dengan RV kelak. Dan juga terima kasih kepada Mojad Dahlan kerana bertanyakan perkara ini. Terima kasih kepada kalian berdua kerana meluangkan masa menghantar PM, dan email kepada saya untuk bertanya dan memberi ulasan ini. Jazakamullahu Khairan Kathira..

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Monday, March 28, 2011

Kata-Kata Peransang Kepada Pemilik Dinar


Iqd melalui zaman paling sempit sehingga jatuh ke tahap paling buruk dalam sejarah peradaban matawang irq. Apabila kerajaan dibentuk di bawah pimpinan Al Maliki beliau melalui zaman kritikal ini. Dengan janji yg telah ditabur semasa pilihanraya beliau sedar beliau perlu melakukan sesuatu bagi memastikan nilai iqd tidak terus jatuh. Dalam masa yg sama pembangunan iraq juga perlu seiring walaupun tanpa nilai pada iqd. Beliau telah bertungkus lumus merangka pembangunan pada nilai matawangnya. Sehingga beliau dan barisan exconya mencdgkan agar matawangnya dilelong pada pasaran antarabangsa. Kenapa keadaan ini berlaku? Tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan matawangnya tidak terus jatuh. Untuk mengapungkan iqd pada saat2 sebelum ini adalah amat tidak bersesuaian kerana keadaan domestik yg masih belum bersedia. Saya pendekkan begini:

1.Melelong matawang bukanlah boleh dibuat sesuka hati. Ianya mesti dgn kelulusan IMF dan beberapa badan dunia lain. Dengan jaminan yg dikeluarkan oleh IMF sajalah menjadikan iqd ini berjaya menambat hati bank2 pusat hampir 39 buah negara. Sekiranya gabenor2 bank dunia ini percaya dgn iqd yg bukan calang ilmunya dalam matawang kenapa mesti timbul soal scam? Saya tak percaya kalau kita katakan gabenor2 ni telah tertipu. Kalau dia yang menipu saya percayalah.

2. Ada juga yg mengatakan nilai nya akan dibuang 3 kosong. Pendapat ini adalah terlalu dangkal dan logik matematiknya adalah tidak konsisten. Sekiranya keadaan ini berlaku saya percaya hari ini Al Maliki umum RV besok kepalanya akan terpisah dari badan kerana sekiranya penghapusan 3 kosong nilai iqd ini adalah tidak berubah malahan boleh menjadi semakin menguncup. So buat apa RV? kalau hasilnya tetap sama. Saya yakin Al Maliki tak sebodoh itu saudara.

3. Penghapusan note 25k, 10k dan 5k. Keadaan ini berkemungkinan akan berlaku. Tapiii... saudara jgn risau. Seingat saya duit 1 sen dulu pun ambil masa satu tahun untuk penghapusan. Lepas setahun ditambah lagi masa kalau tak silap saya 3 bulan. Ini period duit yg lemah nilainya. Tiada yang mharap pada coin ini begitu pun kerajaan mengambil masa yg agak lama untuk coin ini dihapuskan.

Kalau kita lihat pada trend matawang dunia, sesebuah negara yg mempunyai nilai wang yg tinggi akan rendahlah angka notenya. Saya mengambil contoh Dinar Kuwait paling tinggi 50 dinar.. poundsterling pun sama.. USD pun mcm tu juga. Saya beranggapan sekiranya iqd ini setelah diapungkan menjadi $3.22 atau $3.78 maka langkah yg sama akan diambil oleh kerajaan iraq iaitu merendahkan angka notenya. Mungkin sama dengan Kuwait, UK mahupun US. Sekali kita jangan terlalu risau memikirkan keadaan ini. Ianya mungkin akan berlaku tetapi penghapusan itu semestinya akan diwartakan sebagai suatu zon masa pertukaran ( time period). Masa ini lah yg kita perlu alert.. jangan terlepas. kena sentiasa ikuti perkembangannya dalam web CBI.

Dibawah ini saya selitkan sedikit kata2 perangsang kepada semua pemilik dinar:

Tahun ini kita akan mengalami tarikh yg jarang berlaku.iaitu 1.1.11, 1.11.11. 11.1.11 dan 11.11.11. Bukan setakat tu saja,, cuba ambil 2 no terakhir dimana tahun kita dilahirkan dan tambah dgn umur kita pada tahun ini dan keputusannya ialah 111. Kenapa ianya berlaku tahun 2011? kenapa tak 2010,@2009. Dalam bulan oktober 2011 ni juga akan ada 5X ahad,5X isnin,dan 5X sabtu. Keadaan ini berlaku setiap 823 sekali. Menurut Feng shui cina ini adalah tahun kekayaan ataupun lebih dikenali sebagai " beg kekayaan"... Ha ha ha.. jgn terpesong akidah korang sudah.. Tapi kena ingat.. kita org islam dengar boleh percaya jgn. Nasihat saya sesiapa yg belum memiliki iqd ni beli lah sedikit..

Petikan daripada Forum


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Tarikh RV : Lingkungan 15Hb Mac hingga 8 April ?


Assalamualaikum..

Tadi saya berchatting sekali lagi dengan kawan saya, warga US yang mempunyai bisnes di Iraq dan ramai kenalan di Iraq. Untuk makluman bersama, rakan saya itu adalah seseorang yang dimaksudkan oleh Ali Maidin dalam artikel terbarunya (rakan kepada Rafie Yaakob). Sejak semalam saya berutus mesej di inbox, dan hari ini, saya berpeluang chatting dengannya. Bermula daripada pukul 1.30 petang, hinggalah 2.30 petang. Sejam chatting dengannya penuh dengan info yang bermanfaat.

Pertama, saya bertanyakan mengenai maklumat yang dia perolehi. Di mana, dengan siapa, dan bagaimana dia perolehi semua maklumat itu. Maklum saja, saya hanya mahukan kepastian. Saya tidak mahu berita yang saya sampaikan ini adalah lebih kepada rumors, yang jadi cakap-cakap atas angin seperti di Dinar Daddy. Hehe.. Maka dia menjawab, maklumat yang dia perolehi ini bukanlah sesuatu yang boleh diberi tahap keyakinan yang tinggi. Namun "anda boleh simpan kepercayaan kepadanya". Dia sendiri berkata bahawa dia tidak mahu berkata-kata kerana banyak forum US lebih kepada rumors, dan takut dituduh sebagai salah seorang yang sampaikan rumors. Hehe. Saya berasa berpuas hati dengan jawapannya. Apa yang diceritakan adalah :

Pertama ) Berhubung Bank/ Money Changer

Bank dan Money Changer di US telah menghentikan penjualan dinar Iraq di US. Saya terkejut, kerana sepanjang apa yang saya tahu, ramai dealer-dealer daripada Malaysia dan lain-lain negara Asean mendapatkan stok daripada Jordan, US, Mesir,Kuwait dan lain-lain. Dan bila dikhabarkan, bukan sahaja Bank di US sahaja yang menghentikan penjualan Dinar Iraq, saya menjadi tertanya-tanya. Yerlah, mengapa sampai demikian bukan?

Katanya, Bank di US telah mendapat info bahawa RV akan berlaku dalam lingkungan 15hb Mac hingga 8 April. Oleh kerana itu, mereka menghentikan serta merta penjualan dinar Iraq. Dan jika Warga US tetap juga mahu mendapatkan Dinar Iraq, mereka perlu beli melalui Ebay (dengan mendapatkan stok daripada Kuwait/ Mesir). Di US sendiri telah lama dihentikan penjualan Dinar Iraq. Dan ura-ura mengatakan Money Changer telah mula mengambil IQD dengan rate semasa (seperti di Money Changer Singapura kini) dan rate 0.37 Riyal yang bersamaan RM0.30 ( di Mekah) bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Bermakna pihak Money Changer telah dapat mencium bau "RV" ini.

Kedua) Semua Senyap !!

Situasi sekarang berlaku di US, semuanya senyap sunyi! Senyap dari apa? Senyap yang bermaksud seolah akan ada sesuatu perkara yang dirahsiakan oleh Kerajaan US kepada rakyatnya. Kerajaan US seolah ingin menunjukkan kegembiraan, tetapi tidak menunjukkan perkara tersebut. Kegembiraan apa tu?? Hehehe (sendiri pikir). Sahabat saya itu menambah lagi, satu perkara yang betul-betul tidak disedari oleh rakyat seluruh dunia, adalah negara US yang hampir bangkrap ini bergantung penuh kepada pengumuman RV ini. Kiranya US sudah K.O dari sudut ekonomi, dan satu sahaja memulihkannya balik iaitu dengan Iraq meng"RV" kan dinar Iraqnya. Itu sahaja jalan keluar kepada US daripada kemelut hutang kepada China yang berjumlah trillion USD. Sebab itu bajet di US belum diluluskan kerana menunggu RV diumumkan terlebih dahulu. Bila sudah RV, kira aman permailah US. Dan kaya rayalah kita. Hehe..

Ketiga) Galakan ahli politik terkenal.

Hillary Clinton sendiri menggalakkan rakyatnya membeli dinar Iraq (pada tahun lepas) walaupun Obama senyap menikus tidak berkata apa-apa berhubung hal ini.

Keempat) Gaji Kontraktor dibayar dalam Dinar Iraq!

Gaji para kontraktor akan dibayar dengan Dinar Iraq mengikut rate yang baru tidak lama lagi, iaitu IQD1 bersamaan USD3.87. Hal ini diketahui daripada sahabatnya yang bernama Downie yang merupakan seorang kontraktor yang bekerja di Iraq.

Kesimpulan, biarpun ia satu berita yang sudah diketahui dengan makluman saya pada artikel yang lepas, ia sedikit sebanyak memberi lebih keyakinan dan kepercayaan kepada kita bahawasanya RV itu sudah semakin dekat dengan kita. Dan rate yang digembar-gemburkan iaitu USD3.87 juga boleh jadi ada kebenarannya. Juga tarikh keramat RV iaitu lingkungan Mac-April juga mungkin benar-benar berlaku dengan petanda-petanda ini. Dan berita terkini, menteri kabinet Iraq akan diselesaikan sesegera mungkin, selewat-lewatnya sebelum 31 Mac 2011

. Adakah mungkin kerana 31 Mac ini akan dibuat pengumuman RV, maka segala yang belum beres "dipaksa beres"kan bermula detik ini?

Hehehe.. sama sama kita nantikan.. :)

p/s : Saya katagorikan dalam Rumors, hehe..

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Sunday, March 27, 2011

Rumors : 31 Mac atau 4 April ini RV?


Saya ada berhubung dengan seorang sahabat, seorang Warga US yang mempunyai perniagaan di Baghdad Iraq. Dan dia juga mempunyai seorang sahabat (warga Iraq), yang mana pakciknya seorang pegawai yang bekerja di dalam Bank CBI.

Menurutnya, satu sidang media antara antara BBC dengan Shabibi akan berlangsung pada 31 Mac ini. Sidang media itu antara lain membicarakan soal ekonomi Iraq, RV dan ratenya,(jangkaan melebihi 3.++). Dan pengumuman umum akan dibuat pada hari tersebut.Dan jika tidak berlaku sidang media pada tarikh itu, ia dijangkakan berlaku pada hari Isnin, (4 April 2011) ini. Walau apapun tegasnya, langkah memperkemaskan pentadbiran Maliki perlu dijalankan terlebih dahulu. Kiranya 3 kekosongan menteri yang masih belum diisi, akan diisi, lantas dengan itu Iraq baru bersedia untuk mengumumkan RV.

Dan semalam saya ada berhubung lagi dengannya dan bertanyakan mengenai kepercayaannya mengenai RV:


Thank you friend.. I do not have any friend in Iraq so that, i dont have any idea or sign, when will rv happen... So, i cannot put high expectations because afraid of disappointment..

based on your divination, what percent that you believe RV will happen this year?

Dan dia membalas hari ini :

I have lots of Intel going on right now. But since I am not hearing it directly or seeing it I would say 90% this year and 75% the end of this month. But we are dealing with Iraq and really does any one truely know. What alot of peoplwe dont understand is the US is counting on the RV. people say are budget that keeps getting posponed is set on the RV. we will see but I think its on its way.

Apa pendapat anda? :)

RV tetap RV!!

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Friday, March 25, 2011

Dah RV?? : Berita Paling Hangat Hari Ini.


Saya ditanya oleh beberapa member,
"Boss.. Dah RV ke? Dengar cite dekat Iraq sudah RV..Other countries will be announce on Monday"

dan
" Salam. Saya dengar berita sudah RV di Iraq. Tapi di Iraq sahaja, negara lain belum diumumkan.."

dan.. "
aku ada baca dekat internet, kata sudah RV. Bos ada jual lagi tak?"

dan lagii.. lagii.. lagi....bila buat research sendiri dekat internet, memang ada pun "rumors-rumors" itu. (saya kategorikan rumors).

March 25th, 2011 11:05 am · Posted in DOOZIES

Posted Today, 10:13 AM

Good morning to the entire PD family,

I want to share a couple of things with you this morning as we move into the final stages of this extraordinary historic event. First I will share the robust intel we just received two hours ago. We’ve been told from our top source in Iraq that the ministers will be seated by tomorrow (Saturday night) our time. Our source is not sure when they will announce that the gov’t has been fully seated, but he has indicated the RV will be announced before March 31. Even if the RV takes place sooner, do not be surprised if we are not able to cash-in until Monday April 4th as they normally start the cycle on the 1st of the month, as many of you have heard this before.

I have received many emails how so many of you are hurting financially (OUR PRAYERS GO OUT TO EACH ONE OF YOU) and know this will be the shot in the arm we’ve been waiting for, so now is the time to get prepared. Please contact who you will be using to form your LLC’s in order to be fully prepared for the RV cash-in process.

Enjoy your weekend! Pray for the Iraqi people and our troops!

Donnie.,

Hehehe.. Macam mana nak menjawab ye?, Ok.. Meh sini nak kasitau. Saya akan menyentuh dari sudut/beberapa aspek yang tertentu, sama ada MUNGKIN YA, atau MUNGKIN TIDAK berdasarkan perkembangan yang berlaku semasa.


MUNGKIN TIDAK~!!!!! Keranaaaa...

Pertama) Untuk sesebuah negara itu mencapai tahap ekonomi yang betul-betul stabil dan mahu mengisytiharkan RV, beberapa perkara sudah pastinya telah selesai. Kiranya persedian menjelang RV telah dilakukan agar tidak berlaku kerumitan kepada sesebuah negara itu kelak. Apa yang saya lihat, ada perkara yang masih belum selesai dalam pentadbiran di Iraq. Contohnya Iraq belum melantik Naib Presiden Republik tersebut. Berdasarkan kepada kata-kata Ahli Gabungan Nasional yang mengatakan bahawa, biarpun Nouri Al Maliki (presiden Gabungan Nasional) mengatakan Iraq adalah negara paling stabil dirantau tersebut, situasi politik yang dialami oleh Iraq termasuk demonstrasi, dan terkejar-kejar menyelesaikan masalah kementerian keselamatan menyebabkan kelewatan dalam pungutan suara untuk melantik Naib Presiden Republik menyebabkan penundaan kepada pelengkapan pentadbiran Nouri Al Maliki.

Kedua) Khabar-khabar mengenai RV tersebut adalah kebanyakan diambil daripada Dinar Daddy. Biarpun ramai mengatakan mengambil dari sumber rakyat Iraq sendiri, namun setelah ditanya, (from whom and above) rantaiannya, akhirnya pergi kepada Dinar Daddy juga. Dan sebagai makluman, Dinar Daddy telah dibanned oleh para penganalisis Dinar Iraq sebagai berita yang paling tidak boleh dipercayai.

Ketiga) Jika telah diumumkan RV di Iraq, bermakna ada berita semasa di akhbar-akhbar Iraq. Contohnya berita di Alsumeria News. Boleh rujuk di SINI. Buat masa ini, tiada berita pun daripada laman tersebut yang mengatakan bahawa Dinar Iraq telah diapungkan di Iraq, sementelaah pula di negara lain.

Keempat) Jika telah ada pengumuman RV di Iraq, Adakah boleh diterima pengumuman RV hanya kepada warga Iraq, dan kepada warga negara lain, BELUM LAGI YAAA!!.Hehehe..

Kelima) Saya pernah dengar rumors yang mengatakan SUDAH RV. Tapi sekadar rumors sahaja. Kiranya ini bukan pertama kali. Boleh rujuk artikel saya yang lepas di SINI.

Bagi saya, RV yang diumumkan bersifat global, tidak hanya penduduk Iraq, tetapi kepada seluruh dunia. Dan sudah pastinya dihadiri ramai wartawan, dan diadakan sidang media secara besar-besaran. BUKAN diumumkan kepada warga Iraq dengan mengumpulkan di padang atau di kedai makan. :)

MUNGKIN YAAA~!! Kerana...

1) Tiada auction pada hari Khamis... Kenapa?? Entah la.. hehehe.. Petanda kepada RV adalah Iraq menghentikan Auction dinarnya di CBI. ( Petanda tidak bermakna sudah RV).

2) Jika Iraq diterima sebagai ahli WTO, maka RV boleh berlaku pada bila-bila masa. Hal ini kerana, syarat utama dalam penyertaan WTO, adalah Iraq perlu RV dinarnya 6 bulan sebelum persidangan WTO. Dan persidangan tersebut adalah pada Oktober 2011. 6 Bulan sebelum tu bila? April la jawabnya.. (masih dapat menyangkal bahawa sudah RV).

Itu sahaja antara analisa yang dapat saya buat. Apapun, berita yang disampaikan oleh rakan-rakan kepada saya, saya ucapkan terima kasih. Jika ditanya berapa percent kepercayaan boleh bagi, saya akan jawab "20% je boleh percaya", biarpun sana-sini sudah bising kata sudah RV.

Biarpun ia sekadar "rumors", ia tetap mengugat jiwa kecik saya ni !! :)

RV tetap RV ~!!



Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Thursday, March 24, 2011

Dari Blog Ali Maidin : DINAR IRAQ: TUNGGU ESOK


Banyak sms bertanyakan sudahkah rv. Malah ada yang mengatakan dinar sudah boleh ditukar di UK dan US. Wau. Ha ha. Fakta sms itu sendiri sudah tak betul. Macam mana nak percaya. Jika rv, maka kita boleh menukar dinar di seluruh dunialah.

Ya, esok baru berakhir rundingan samada Iraq akan diterima sebagai anggota WTO atau tidak. Menurut tok nujum Dinar, dengan penyertaan Iraq dalam WTO, maka sewajarnyalah Iraq mengapungkan dinarnya. Apakah Iraq akan berbuat demikian. Itu yang suspennya.

Jika sudah apung, saya akan maklumkan dalam blog ini. Jangan panik tak tentu arah. Lewat seminggu tukar dinar pun tak apa. Lambat tukar lambat dapat RM. Lambat dibelanjakan. Lambat habis. Ha ha.

Anda ada sedikit masa lagi untuk memiliki dinar. Peluang sekali seumur hidup. Wooo

Komen Admin ::

Tak Nak komen ape ape. No komen.

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Wednesday, March 23, 2011

Rumors : RV ke?


Bagi mereka yang berminat dengar rumors, ni nak kasitau. Telah dilaporkan dan disahkan bahawa SHABIBI muncul PAGI SEMALAM DI TV IRAQ DAN TV-TV LAIN yang memberikan ucapan bahawa nilai Dinar Iraq akan naik, dan semua denominasi yang lebih besar akan dihapuskan dari peredaran. Mereka boleh bertukar ke denominasi besar itu kepada denominasi kecil. Jadi mereka boleh menukar dalam IQD 25,000.00 dan mendapatkan denoms lebih rendah daripada nilai yang sama.

Ada juga rumors dari salah satu sumber meramalkan bahawa RV adalah pada hari Selasa atau Rabu (hari ini). Ini adalah berita yang sangat menarik dan telah dikatakan TELAH DISAHKAN. Bank-bank pula seharusnya ditutup sejak kemarin di IRAQ tetapi laporan underground mengatakan bahawa, ada bank yang buka, (overtime) dan dikatakan; terpaksa buka kerana MUNGKIN mereka sedang mempersiapkan untuk RV. Benar atau tidak, Wallahu a'lam..

Dari sumber lain juga ada mengatakan pengumuman RV adalah dalam masa 24 jam, atau 48 jam. Rate pula antara 3,87 $ dan $ 5 +.

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Note Semakin Kecil, Petanda RV sudah Dekat!

Sila Rujuk di sini : Central Bank Of Iraq



Berpandukan kepada Xe.com,Rate semasa IQD adalah seperti berikut..
1,000,000.00 IQD = 2,569.368 RM,

Dan bermakna 1 IQD bersamaan dengan :

1 IQD = 0.00256937 RM atau 1 RM = 389.201 IQD,

Dan merujuk kepada pasaran semasa, nilai bagi 50 IQD (Wang kertas) , bersamaan dengan RM 0.128468. Atau senang dijadikan cerita bahawa 50 IQD bersamaan 12 Sen.

Ok. Coin yang bakal berada dalam pasaran adalah coin 25 IQD dan 100 IQD. Bagi nilai 25 IQD, apabila diconvert kepada RM, menjadi :

25.00 IQD = RM 0.0642342,

atau disenangkan cerita 25 IQD adalah 6 sen. dan 100 IQD menjadi :

100.00 IQD = RM0.256937,

atau disenangkan cerita 100 IQD 25 sen.

Jadi sekarang ini, note kecil yang ada dalam pasaran, adalah 50 IQD = 12 Sen. Yang akan diperkenalkan pula 25 IQD = 6 Sen, dan 100 IQD 25 Sen. Dan semua bandingan yang saya buat ini adalah antara IQD dengan RM, belum lagi dengan USD, atau UERO.

Note 50 IQD yang berada di pasaran hari ini, merupakan note yang sangat kecil (biarpun ia wang kertas) dan amatlah sukar untuk digunakan dalam urusan domestik dan foreign. Tetapi mengapa pula kerajaan Iraq ingin mengeluarkan note yang lagiiiiiiiiiiiiii kecil pada masa akan datang, lantas mewar-warkan di CBI?

Apa tanda tu?? Hehehe..

RV tetap RV ...


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

DINAR IRAQ: KAD VISA DI IRAQ - Ali Maidin


Logiknya bagi sebuah negara yang kecil nilai matawangnya, maka ia memerlukan note yang berangka besar. Misalnya Indonesia ada 100,000 rupiah dan Turki pernah ada note 20 juta lirar. Bagi Iraq pula selepas kejatuhan nilai Dinarnya pada 2003, ia terpaksa mengadakan note 25,000 Dinar. Jikalau tidak, rakyat Iraq kena bawa duit berkepul apabila berbelanja di pasarnya. Ha ha.

Sebaliknya bagi negara yang tinggi nilai matawangnya, maka negara itu perlu ada note atau coin yang berangka kecil pula, Misalnya Kuwait yang ada note 1/4 (suku ) dinar dan coin 5 fils hingga 100 fils.

Sejak 2003 hingga kini, Iraq ada 7 note iaitu:

50 Dinar
250 Dinar
500 Dinar
1,000 Dinar
5,000 Dinar
10,000 Dinar
25,000 Dinar

Iraq telah bersedia dengan coin 25 Dinar dan 100 Dinar yang belum lagi dimasukkan ke pasaran. Sebarang pertukaran nilai dan note Iraq, sila rujuk di sesawang ini.

Jangan dengar atau percaya dari sumber lain. Hal wang Iraq, hanya sumber dari Bank Negara Iraq sahaja yang SAH. Wooo.

Kita masih menanti hasil rundingan IMF dengan pihak berkuasa Iraq berkaitan isu apungan Dinarnya. Tetapi isyarat semakin dekat apabila kad Visa telah dipelawa untuk diperkenalkan di Iraq. Tidak ada maknanya jika kad Visa diperkenalkan jika ianya tidak boleh digunakan di luar Iraq. Dan jika kad visa boleh digunakan di luar Iraq, maknanya Dinar Iraq sudah diperlakukan di luar Iraq. Lantaran itu, apa pak? Ya, engkau orang bakal menjadi jutawanlah!!!!

Woooo



Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Tuesday, March 22, 2011

Soalan : Ada Masalahkah Menyimpan Note Besar?


Tuutt..tuuutttt..
Tumpg tnye...

Dengar kate note2 besar 25k n 10k dh ley pkai ble dh RV..
Knpe ley smpai jd mcm tu..
Sthu ak rmai yg jual n bli sume note2 bsar..
Lgi2 note 25k..

Btol x??
Mntk pndangan otai2 iQD nie..

Berita ini sekadar rumors sahaja. Sebenarnya note-note yang ada di Iraq adalah boleh digunakan pakai, sama ada sebelum atau selepas RV. Jadi tanggapan yang mengatakan bahawa note-note besar tidak boleh digunapakai adalah satu tanggapan yang salah sama sekali.

Jika mengatakan bahawa note-note besar dimansuhkan, maka ia memang logik akan berlaku. Memang benar, bagi sesebuah negara yang kaya dengan hasil galiannya, tidak akan hidup merempat dan dalam kemiskinan selama-lamanya. Jalan keluar hanya dengan RV. Maka itu setelah RV, Iraq sebagai sebuah negara yang kaya tidak memerlukan note-note besar untuk urusan domestik rakyatnya, seperti note 25K dan 10K. Maka berkemungkinan note-note ini akan dimansuhkan serta merta setelah RV.


Bagaimana dengan nasib penyimpan note-note besar?


Insyallah tidak menghadapi masalah yang besar. Jika penghapusan note-note besar, maka ia tidak bermakna note-note yang kita ada sekarang ini tidak laku untuk digunapakai. Note yang kita ada TETAP SAH, dan LAKU di pasaran antarabangsa. Bezanya, setelah RV, para penyimpan note besar hendaklah terus menggunakan/cash in semua dinarnya ke bank-bank (dalam keadaan sudah memiliki akaun persendirian di bank tersebut), kerana duit yang mereka pegang, iaitu note 10K dan 25K berada dalam risiko jika disimpan dengan lebih lama.

Mengapa?

Kerana setelah RV, berkemungkinan besar ia seiring dengan pengenalan kepada rakyat Iraq dan dunia mengenai note baru IQD. Maka kerana itu, ada tempoh yang diberikan kepada rakyat/penyimpan dinar Iraq untuk menukarkan duit mereka kepada note-note yang kecil.Mungkin diberi masa selama 3 bulan, atau 6 bulan, atau setahun.

Hal ini pernah berlaku kepada Malaysia suatu ketika dahulu semasa pemansuhan note RM1000 dan RM500. Kerajaan Malaysia memberi masa selama 6 bulan kepada rakyat/penyimpannya untuk menukarkan note besar tersebut. Dan juga berlaku kepada negara-negara yang lain. TETAP ada tempoh masa. Jadi perkara yang sama juga akan berlaku kepada Iraq. Note yang ada ditangan kita ini, diberi ruang untuk ditukarkan di bank/money changer selama tempoh-tempoh yang diberikan oleh Kerajaan Iraq.

Bagaimana jika tiada tempoh langsung, RV sahaja terus note lama tidak boleh digunpakai?

1) Perkara ini MUSTAHIL dan TIDAK MUNGKIN berlaku, dan agak TIDAK MASUK AKAL. Iraq sebagai sebuah negara berdaulat, adalah tertakluk kepada peraturan dan prosedur penukaran note yang telah ditetapkan oleh IMF. Tambahan pula Iraq akan menyertai WTO tidak lama lagi. Jadi Iraq tidak boleh sesuka hati menukarkan notenya dengan melanggar akta prosedur penukaran matawangnya yang telah ditetapkan IMF. Sebarang pelanggaran akan dikenakan hukuman, dan matawang baru yang diperkenalkan oleh Iraq sebagai mengganti serta merta note besar menjadi TIDAK SAH.

2) Penyimpan Dinar Iraq yang teramai adalah orang US dan Israel.Dan US adalah negara yang hampir bangkrap,mengharapkan dapat melunaskan hutangnya kepada negara China dengan membayar hutang tersebut dengan Dinar Iraq. Jika Iraq menukar matawangnya, Iraq mungkin berdepan sekali lagi dengan serangan US. Iraq sudah tentunya tidak mahu menerima nasib malang kali kedua disebabkan perkara ini.

Kesimpulannya, menyimpan note besar, tidak bermasalah dengan permasalahan ini. Duit kita tetap laku. Cuma bezanya dengan menyimpan note kecil;

sekiranya kita menyimpan note besar, bila sahaja RV, kita kena tukar terus kerana tempoh masa yang singkat (3 bulan, 6 bulan, atau setahun)

bagi penyimpan note kecil, mereka masih boleh pegang dan simpan ditangan mereka berbanding mereka yang menyimpan note besar. Mereka boleh melengahkan urusan penukaran di bank/money changer. Maklum sahaja, sekiranya berlaku RV KALI KEDUA, mereka masih berkesempatan merasa, berbanding mereka yang pegang note besar yang terpaksa cash in di bank/money changer bile RV.

Harap penjelasan ini dapat merungkaikan permasalah tuan yang bertanya di sini.


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Monday, March 21, 2011

Adakah Iraq Mampu Membeli balik Dinarnya di Pasaran Dunia?



Purata lelongan sehari IQD berjumlah USD 100juta

USD 100juta x 7 hari = USD 700juta

USD 700juta x 4 minggu = USD 2,800juta

USD 2,800juta x 12 bulan = USD 33,600juta/33.6bllion

USD 33.6billon x 8 tahun = USD 268.8billion

Sebenarnya IQD yg dilelong sama seperti melelong minyak iraq dgn harga yg murah. Rezab minyak Iraq bernilai 10 trillion dollar.Jadi jumlah IQD yangg telah dilelong iaitu USD 268.8Billion adalah hanya 2% daripada jumlah rezab minyak Iraq.

Jadi tidak menghairankan, CBI masih melelongkan Dinarnya. Negara tokey minyak. Jadi persoalan adakah Iraq mampu membeli balik dinar Iraqnya di pasaran dunia, jawapannya, SUDAH PASTI~!!

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

RV : Kita Menanti Detiknya Tiba


Perdana Menteri Nouri Al Maliki semalam telah memberikan tanggungjawab mengkaji kadar tukaran (exchange rate) IQD kepada Dr Sinar Shabibi, Gabenor Bank Iraq. Buat masa sekarang ini, kita menunggukan pengumuman dari Shabibi. Dan pada hari rundingan tersebut juga gabenor Bank Kuwait datang ke Iraq untuk menyelesaikan urusan 21 Billion USD untuk menarik balik chaper 7 PBB (berkaitan dengan sekatan ekonomi keatas Iraq, mengenai urusan perdagangan matawang Iraq di pasaran dunia). - Artikel saye yg lepas.

Manakala terpanas juga bahawa laporan yang pengeluaran minyak Iraq; dijangka dikeluarkan sebanyak 3 juta tong sehari menjelang akhir tahun 2011. Memang banyak. Bahkan harga minyak telah melonjak ke USD 100.00 setong akibat krisis Timur Tengah sekarang ini (bajet Iraq jangka hanya 70.00 setong sahaja). Dan bank Negara Iraq sendiri akan pastikan Dinar Iraq RV seiring dengan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

Nampak gayanya semakin hari semakin banyak perkara yang menarik berlaku di Iraq yang memungkinkan Dinar Iraq akan RV secepat mungkin. Pegawai IMF pun sekarang masih ada di Iraq sejak 18 Mac lalu, untuk urusan perdagangan dan RV Dinar Iraq ini. Apapun kita doakan agar Dinar RV dalam masa terdekat. Insyallah. RV tetap RV~


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Sunday, March 20, 2011

Soalan : Kenapa Nilai Masih IQD1170?



Ada yang bertanya saya;

kalau tgk curency converter mcm jauh lg nak ke 1 usd = 0.01 paling kurang.

ni currency semasa :

1 USD = 1,178.50 IQD 1 IQD = 0.000848536 USD

apatah lg nak ke 1 usd = 1 iqd ...jauh tu..makan tahun gak kot..

Jika nak ikut Flow naik secara perlahan-lahan, maka memang akan nampak seperti saudara nampak. Jika difikir logik, maka begitulah jawapan yang kita akan pikirkan. Yelah, mengapa nilai 1 Dollar =IQD 1170 sejak dari dulu lagi?? Sedangkan dari segi ekonomi yang semakin bangkit, nilai itu telah/boleh mencapai USD1 = IQD700 atau 600, bukankah begitu??

Sebenarnya tidak memelikkan sangat. Iraq MEMANG telah menambat nilainya agar tidak berlaku kenaikan. Menambat nilai 1170 sejak lebih setahun yang lepas (sedangkan sebelum itu berlaku kenaikan dari hari ke hari).

Mengapa kerajaan Iraq membuat begitu?

Ada sebabnya yang tertentu. Jika anda mengkaji, untuk menstabilkan ekonomi sesebuah negara, memerlukan peracangan yang rapi. Dalam keadaan Iraq dan rakyatnya mengetahui mereka mempunyai reserve minyak yang banyak, selaku negara pengeluar minyak no 2 dunia dan gas asli no 1 dunia, sudah tentunya satu perancangan rapi perlu diatur agar tidak berlaku kacau bilau semasa RV nanti.

Tetapi apa relevannya dengan menambat nilai USD1 = IQD1170?

Ada relevannya. Cuba bayangkan, sekiranya kerajaan Iraq tidak menambat matawangnya, sudah pasti ramai rakyat Iraq akan menyimpan IQD di rumah mereka. Dengan pendapatan perkapita rakyat Iraq lebih kurang IQD400,000 sebulan, sudah tentunya membuatkan mereka menjadi jutawan jika berlaku RV.

Mengapa saya berkata begini?

Ok, rakyat Iraq yang bekerja kerajaan/bekerja sendiri, sudah pastinya dapat melihat IQD semakin berganjak naik di pasaran Forex Market. Dan keadaan ini sudah tentunya membuatkan mereka menyimpan, dan terus menyimpan pendapatan yang mereka terima setiap bulan. Mereka semakin malas bekerja. Maklum sahaja, buat apa kerja, nanti kan nak jadi jutawan???

Hal ini sudah pastinya membuatkan ekonomi Iraq semakin merudum. Bayangkan rakyat Iraq menjadi manusia yang malas, menunggu RV berlaku dengan nilai yang tinggi, jika mereka dapat saksikan matawang mereka semakin berganjak di pasaran forex.

Mereka menantikan kuasa beli mereka meningkat. Mereka menantikan RV itu menjadi dari USD1 = 1170, menjadi USD1= IQD600 dan terus menjadi USD1 = IQD200, dan seterusnya dan seterusnya, hinggalah menjadi USD1=IQD0.32. Dan dalam keadaan ini, sudah pastinya ekonomi Iraq akan RANAP!!

Yelah, semua menyimpan duit di bawah bantal, siapa yang nak bekerja??

Jadi bagaimana nak elak semua ini?? Hanyalah dengan menambat nilai IQD nya. Itu sahaja solusinya.

Ini baru satu reason. Masih ada banyak reason yang relevan.

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Friday, March 18, 2011

Iraq Sedia Anjur Liga Arab, Lantik Iyad Allawi Sebagai Setiausaha Agung Liga Arab Yang Terbaru


Dinar Iraq semakin lama, semakin dekat nampaknya nak RV. Stok semakin susah, permintaan pula makin bertambah. Dengar kata bulan April ini, apapun wallahua'lam.

Isu yang saya nak sentuh di sini ialah Liga Arab. Liga Arab adalah salah satu kunci kepada pengapungan Dinar Iraq tak lama lagi. Sepertimana kunci RV lain seperti WTO dan IMF.

Liga Arab akan dilangsungkan pada 15 Mei ini di Baghdad, Iraq. Iraq akan menjadi tuan rumah buat kali pertama bagi Sidang negara-negara arab ini. Sidang ini sepatutnya dilangsungkan pada 29 Mac ini, tetapi terpaksa ditunda atas permintaan beberapa menteri luar negara Arab disebabkan oleh kekacauan di beberapa negara Arab ketika itu. Iraq sebenarnya sudah bersedia untuk anjurkan sidang ini dan ia telah dinyatakan oleh Setiausaha Akhbar PM Iraq, Ali al-Moussawi yang menyatakan bahawa Iraq sudah bersedia lama untuk anjurkan sidang ini.

Sidang Liga Arab amat penting kepada negara Iraq bagi pengiktirafan negara mereka di dunia Arab. Inilah kali pertama negara Iraq anjurkan sidang ini sejak liga Arab ditubuhkan. Bahkan pada zaman pemerintahan Saddam Hussin pun, Iraq langsung tidak dipandang oleh negara Arab lain untuk anjurkan sidang ini.

Sidang Liga Arab ini juga penting sebagai petunjuk untuk pengunduran sepenuhnya askar US pada hujung tahun ini. Jika ia benar-benar berlaku, jelas bahawa RV semakin dekat, dan impian kita semua semakin lama, semakin hampir. Mudah-mudahan PM Iraq umumkan dinar RV pada sidang ini nanti.

Sebab itulah boleh dikatakan bahawa Sidang Arab amat penting bagi pengapungan Dinar Iraq. PM Iraq, Nouri al-Maliki sendiri akan usulkan idea untuk tubuhkan Pertubuhan Perdagangan Arab (Arab Trade Organization), sama seperti WTO. Pertubuhan ini adalah kerjasama ekonomi dan perdagangan antaranya dalam urusniaga pengeluaran minyak, industri dan komersil antara negara-negara Arab. Ianya ditubuhkan untuk menjaga kepentingan perdagangan negara-negara Arab menjelang 2020 nanti.

Jika ia benar-benar berlaku, bukan setakat RV ke 1 USD, mungkin dinar Iraq akan mencecah 3.20 USD, sepertimana sebelum perang dahulu. Atau mungkin atasi matawang Kuwait dan Arab Saudi tak lama lagi. Ianya tak mustahil berlaku bilamana melihat hasil masyhul bumi Iraq yang melimpah ruah dan banyak itu.

Bahkan yang paling menggemparkan ialah apabila PM Iraq, Nouri Al Maliki usulkan bekas PM Iraq, Iyad Allawi untuk mengisi jawatan Setiausaha Agong Liga Arab yang telah dikosongkan oleh Amr Moussa. Amr Moussa kosongkan kerusi ini kerana sedang menunggu arahan untuk menjadi Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak.

Jika ia dipersetujui, ianya satu pengiktirafan buat negara Iraq. Takkanlah Iyad Allawi nak biarkan negara dia ditertawakan oleh negara Arab lain kerana matawang bernilai rendah. Mestilah Iyad Allawi dan Nouri Al Maliki akan bertindak dan usahakan agar matawang mereka sebaris dengan negara Arab yang lain. Dinar Iraq mesti diapungkan untuk buktikan pada negara Arab lain, bahawa Iraq bukannya negara miskin dan papa kedana. Jelas dan tegas bahawa Liga Arab adalah antara kunci kepada pengapungan Dinar Iraq tak lama lagi..insyaALLAH…jika ia sebagai kunci, tentu tersenyum lebar kita selepas membaca posting ini...


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Wednesday, March 16, 2011

Menanti Keputusan RV diumumkan.


Info terbaru pada hari Ahad, Perdana Menteri Nouri Al Maliki sudah memberikan tanggungjawab mengkaji kadar tukaran (exchange rate) IQD kepada Dr Sinar Shabibi (CBI). Buat masa sekarang ini, kita menunggukan pengumuman dari Shabibi. Dan pada hari rundingan tersebut juga gabenor Bank Kuwait datang ke Iraq untuk menyelesaikan urusan 21 Billion USD untuk menarik balik chaper 7 PBB (berkaitan dengan sekatan ekonomi keatas Iraq, mengenai urusan perdangan matawang Iraq di pasaran dunia). Nampak gayanya semakin hari semakin banyak perkara yang menarik berlaku di Iraq yang memungkinkan Iraq akan RV secepat mungkin, dengan beberapa perkara telah diselesaikan oleh Nouri Al Maliki sebagai Perdana Menteri.

Pada tarikh 18/3/2011 ini, wakil daripada IMF, WTO dan sekumpulan wakil dari US akan bertandang ke Iraq. Dikatakan pertemuan ini adalah membincangkan dengan lebih mendalam mengenai rate IQD yang akan diletakkan kelak. US semakin tidak sabar-sabar menunggu RV diumumkan oleh Shabibi, memandangkan Nouri Al Maliki baru sahaja memberi lampu hijau kepada Shabibi untuk membuat pengumuman tersebut.

Berkemungkinan rate kenaikan IQD adalah sama seperti Era Saddam, iaitu $3.22 dan ditambah 20% dari keadaan semasa sekarang ini. Apapun buat masa sekarang ini, keputusan pengumuman itu adalah terletak diatas tanggungjawab yang diberikan Maliki kepada Shabibi. Harus di ingat, Shabibi pernah bekerja dengan IMF satu ketika dahulu, namun, sekarang ini bos nya adalah Nouri Al Maliki.

Tambahan berita Kerajaan US akan bangkrap pada pertengahan bulan 4 ini menjadi sebab utama pertemuan itu diatur untuk membincangkan apungan/RV dinar Iraq ini yang perlu dijalankan serta merta. Dan kini, Iraq sudah menuju fasa akhir rundingan menjadi ahli WTO. Oleh itu, IQD perlu diapungkan supaya bulan 12/2011 nanti, IQD akan stabil di pasaran semasa.


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Ali Maidin : DINAR IRAQ: MINGGU YANG DINANTIKAN


Risikan dalaman mengatakan nilai apungan ialah USD3.20 ke USD 3.40. Tak mustahil nilai ini kerana pengeluaran minyak Iraq sekarang adalah tertinggi dalam tempoh 20 tahun terakhir ini.

Walaupun Iraq masih melelong matawangnya tetapi mungkin lelongan ini dihentikan sebaik sahaja Dinar diapungkan. Tidak mustahil, strategi ini akan dibuat. Wooo.

Ramai yang tengah berkira-kira, berapakah nilai RM jika apungan pada USD 3.20. Jawapannya ialah hampir RM10.00. Bayangkanlah jika ada 500,000 Dinar, akan menjadi RM 5 juta bib. Boleh pencen dah dengan duduk dan minum-minum di Kopitiam sahaja. Ha ha.

Kita tunggu antara 18 hingga 25 Mac ini. Tak gerenti. Tetapi itulah harapan kita. Wauuu. Doa kasi lebih ya. Jangan lupa sedekah dulu, baru rezeki muncul secara tiba-tiba.

Dari Ali Maidin

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Ali Maidin : DINAR IRAQ: MAC YANG SEMAKIN MENDEBARKAN


Menurut risikan dalaman di luar negara, proses apungan kini dalam sentuhan terakhir pihak berkuasa Iraq. Saya tak bercadang menyebut tarikh jangkaannya kerana takut pembaca blog ini akan mengganggu saya di tengah malam. Ha ha. Apa pun dalam bulan Mac inilah katanya. Maka sesiapa yang dah booking dinar, sila settelkan pembayaran sebelum Sabtu ini ya... Wooo

Ada yang risau kerana tak yakin Money Changer boleh membayar pertukaran Dinar nanti. Ya, bukan semua Money Changer menerima pertukaran Dinar. Apabila sampai masanya, Insyaallah saya akan bagi tau Money Changer mana yang akan menerima tukaran Dinar. Kok sempat nanti, saya akan mohon lesen Money Changer sendiri pulak. Ha ha. Hanya satu tambahan syarat jika menukar Dinar dengan saya nanti ialah kena belanja saya nasi Iran.

Apabila sampai masanya, tukarlah dinar secara beransur-ansur misalnya 10,000 Dinar dahulu. Apabila keaadaan sudah lama dan stabil, mungkin pihak Bank pun akan menerima tukaran Dinar. Ketika ini jika nak tukar sejuta dinar sekali gus pun tak mengapa. Ha ha. Dengar kabar orang kuat CIMB pun ada pulohan juta Dinar.

Ada orang bertanya kenapa saya menjual dinar jika tahu dinar akan diapungkan dalam masa terdekat ini. Jawapannya ialah saya telah pun menyimpan sejumlah dinar - cukup untuk berehat panjang dan round dunia setahun. Ha ha. Hanya saya peruntukkan sedikit dinar lagi untuk berkongsi dengan rakan di luar sana sambil saya mendapat habuan duit teh untuk minum bersama dengan Yusof tauke cicak. Dah lupa pula nama cicak tu. Wooo

Mengapa membeli Dinar dari saya?. Ya, saya ada kontek dengan pihak luar untuk pertukaran Dinar jika bermasaalah nanti. Ha ha. Orang "lama" katakan.

Dari Ali Maidin

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Thursday, March 10, 2011

Pengumuman Keramat : Kita Menantikan Mac dan April.


Kita sama-sama menantikan saat RV menjelang tiba. Saat yang ditunggu-tunggu TETAP juga akan berlaku. Cuma menjadi kekangannya hanyalah MASA. Bila dan apakah tarikhnya, kita tidak tahu.Namun hint-hint yang ada, peristiwa peristiwa yang berlaku pada tahun 2011 ini, memungkinkan RV itu berlaku pada tahun ini juga.

Saya yang telah menyimpan/menjual sejak tahun 2005 dulu, tidak nampak dengan jelas, sama ada petunjuk, atau peristiwa, yang mendongak ke arah RV ini. Rumors pun tidak banyak didengari dalam lingkungan tahun-tahun tersebut (2005-pertengah 2010) .

Berbeza dengan tahun ini (2011) .Peristiwa memungkinkan harapan RV bakal berlaku, nampaknya akan menjadi kenyataan. Berita-berita positif kearah RV sudah banyak didengar. Rumors pula begitu banyak sekali.

Biarpun Persidangan Liga arab ditunda pada bulan Mei, ia tidak akan mematahkan semangat kita. Diharap semoga penyimpan Dinar Iraq tidak berfikir negatif dengan mengandaikan bahawa semakin lambatlah RV itu berlaku apabila penundaan ini terjadi. Jangan begitu.

Cuba fikir positif. Penundaan itu, sudah pastinya ada motif tertentu. Mungkin mereka ingin mempersiapkan, melaksanakan beberapa perkara yang "belum diselesaikan" sebelum menghadiri persidangan Liga Arab itu.

Pada pendapat saya, jika kita melihat kondisi Iraq sebagai sebuah negara yang kaya, adalah sangat mustahil mereka ingin membawa pelan ekonomi dan view pentadbiran yang korup. Mereka yang dilantik sebagai tuan rumah Persidangan Liga Arab 2011, tidak akan menunjukkan kepada dunia dengan membawa pelan ekonomi yang tidak utuh dan mantap. Mereka tidak mahu, keperitan dan kemiskinan yang telah melanda mereka, dipandang simpati oleh dunia atau digelakketawa oleh negara-negara arab yang lain sedangkan mereka Tuan Rumah pada persidangan itu, dan juga sebuah negara yang SANGAT KAYA dengan hasil minyak-minyaknya!!

Jadi apakah "perkara yang belum diselesaikan" itu??? Pada tanggapan saya, mereka akan RV dahulu sebelum persidangan Liga Arab berlangsung. Sama ada pada pengakhir bulan Mac, atau pada bulan April, Insyallah, RV akan diumumkan.

Mengapa saya berkata demikian???

Sebagai orang politik, Nouri Al Maliki memandang perkara ini (pengumuman RV) sebagai satu advantage bagi mengukuhkan politik dan pentadbirannya,disamping dapat meraih sokongan rakyat dengan pengumuman RV tersebut. Semua tahu, untuk memulihkan semula ekonomi masyarakat yang miskin dan Iraq yang hampir korup dek inflasi yang naik mendadak, hanyalah dengan RV dinarnya!!. Dan kerana itu ia sengaja ditangguhkan, agar pengumuman itu bukan sahaja KERAMAT malah menjadi HADIAH kepada rakyatnya!!

Kita mengharapkan perkara ini menjadi kenyataan, memandangkan Iraq sudah tidak menghadapi apa-apa kekangan yang besar untuk membuat pengumuman itu.Lagipula hal perlu disedari,hanya RV sahaja menjadi penyelamat Iraq.

Sama-sama kita nantikan pada akhir bulan Mac ini, dan jika tidak, pada April ini.. Insyallah.

RV tetap RV~!!

Syah ~ http://iraqdinarmurah.blogspot.com


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Tuesday, March 8, 2011

Pelan Perancangan Ke Arah Membangunkan Iraq


Bank Perdagangan Iraq merancang untuk melancarkan dana ekuiti swasta $ 500 juta pada tahun 2011 untuk melabur dalam projek-projek di negara yang dilanda perang. Reuters yang mengambil laporan daripada Hussein Al-Uzri, presiden dan ketua Bank Perdagangan Iraq, mengatakan bahawa bank bercadang untuk melabur dalam projek menengah di industri termasuk perkhidmatan minyak, elektrik dan hotel.

Bank akan melihat ke mengenalpasti pemain global untuk bertindak sebagai rakan dana umum pada bulan depan. Bank, yang mana telah ditubuhkan pada tahun 2003. Ia juga merancang untuk membuka cawangan di London dan Beirut pada tahun ini. Selain itu, mereka juga bercadang untuk membuka pejabat di Utara Amerika dan Asia Timur, dan kemungkinan besarnya juga di China.

Bank juga merancang untuk menambah lapan domestik cabang tahun ini untuk rangkaian pejabat cawangan yang pada ketika ini terdapat 15 cawangan. Bank mempunyai $ 15 bilion dalam aset pada akhir tahun 2010, tahap itu bertujuan untuk memperluaskan sekitar 15% tahun ini. Hal ini memperoleh keuntungan bersih sebanyak $ 386M tahun lalu, dan akan berkembang sekitar 20% pada saat ini tahun ini, Laporan Reuters


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Monday, March 7, 2011

KALAU ADA REZEKI KITA MELALUI DINAR IRAQ INI MAKA IANYA TIDAK KEMANA!



Itulah yang boleh saya katakan. Bila rv tidak jadi kenyataan pada 3/3/11 yang lalu, memang saya pun rasa kecewa. Saya pun sama seperti kebanyakan anda juga, benar2 mengharapkan rv jadi kenyataan dalam kadar yang segera. Ini disebabkan semakin cepat rv muncul maka semakin cepat kita dapat melaksanakan berbagai projek positif dan niat kita khususnya yang ada kaitannya dengan pengembangan syiar agama kita Islam di samping kita menikmati kelegaan dari segi ekonomi dan kewangan. Tapi rupanya Allah mahu kita belajar untuk menjadi orang yang sabar.

Saya percaya rv akan menjadi kenyataan dalam tahun 2011 ini juga! Tapi kemungkinan besarnya adalah di pertengahan tahun ini. Ini sekadar keyakinan saya berdasarkan beberapa faktor dalaman dan luaran Iraq itu sendiri. Bahkan bukan tidak mungkin kalau rv dinar ini akan muncul dalam bulan Mac/April iaitu sebelum melewati bulan Jun. Ini keyakinan saya dan saya hanya menyatakan keyakinan saya sama ada anda mahu percaya atau tidak!

Dan saya rasa keyakinan saya ini seperti semakin menghampiri kebenaran! Ini disebabkan perkembangan terbaru di Iraq menunjukkan tanda2 positif memang rv akan terjadi. Memang sejak beberapa hari ini kita melihat keadaan tenang2 saja seperti rv tidak mungkin terjadi. Tapi rupanya dalam ketenangan itu ada berita yang menyatakan semua persiapan rv sudah siap. Sebelum ini kita diberi tahu Iraq telah melunaskan bayaran sebanya 2.7 bilion pada kontraktor2 asing. Tapi dalam satu brita lain pada minggu lepas Iraq juga dikatakan telah menjelaskan bayaran 21 bilion hutang2nya kepada beberapa pihak yang berkaitan.

Langkah Iraq tersebut dikatakan sebagai salah satu persiapan untuk mengumumkan rv dinar tapi tidak pula diberi tahu apa rasionalnya. Kesimpulan yang saya ada ialah jika Iraq melaksanakan rv setelah hutang2nya dibayar, maka sebarang kemungkinan yang terjadi setelah rv maka sekurang2nya Iraq telah pun melangsaikan hutangnya.

Tapi ada satu pendapat lain yang mengatakan CBI akan mengapungkan dinar dengan rate yang agak tinggi dn bukan rate rendah seperti yang kita katakan selama ini. Maka itu dengan melangsaikan semua hutangnya maka iqd yang diapungkan dengan rate yang tinggi ini akan sentiasa stabil dan tidak goyang.

Pada hemat saya pendapat tersebut memang ada rasionalnya. Ini disebabkan Iraq memang mahu menggunakan hasil rv tersebut untuk pembangunan Iraq di samping melunaskan beberapa tunggakan hutangnya pada Amerika. Dalam keadaan ini memang Iraq memerlukan stabiliti iqd setelah ianya diapungkan kelak.

Berdasarkan beberapa kenyataan di ataslah makanya terdapat berita yang menyatakan semua persiapan untuk rv dinar memang telah selesai. Bahkan ada berita yang mengatakan semua kekosongan jawatan menteri kabinet Iraq telahpun dipenuhkan tetapi tidak diumumkan kepada dunia!

Maka itu sekarang ini dikatakan kita hanya perlu menunggu waktu saja untuk rv diumumkan! Tapi saya ingin nasihatkan diri saya dan anda juga iaitu janganlah kerana berita2 ini menyebabkan kita jadi tamak.Jika ingin menambah sekalipun, ia tidak menjadi kesalahan asalkan jika masih dalam ruang lingkup mampu. Jika tidak mampu, maka cukuplah dengan apa yang ada. Dalam satu hadis Rasulullah Saw. ada bersabda sebaik2 perbuatan adalah yang sederhana.

Nasihat Rasulullah Saw. tersebut adalah dalam semua perbuatan kita termasuklah dalam soal agama. Dalam konteks dinar Iraq ini, jika kita bersikap sederhana maka tidaklah kita terlalu kecewa dan kesal jika rv tidak muncul dalam masa terdekat ini. Dalam kata lain, kita boleh yakin memang rv dinar akan terjadi. Tapi kalau tidak jadi lagi, bagaimana? Inilah yang perlu kita ambil kira dalam investment dinar!

RV tetap RV!!!InsyaAllah.....

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Sunday, March 6, 2011

Benarkah : Isu Proses Penghapusan Note



Matawang dinar yang paling kecil sekarang ialah IQD50 berbanding sebelum tahun 2003 denominationnya ialah IQD 1/4, 1/2, 1, 5, 10, 25, 50, 100, 250 dan 10,000 (untuk kegunaan antara bank). Setelah RV pasti semua note dinomination besar sekarang akan ditarik balik dari pengedaran dan diganti dengan note denomination baru yang kecil. Proses pertukaran ini pasti melibatkan note denomination IQD 1,000, 5,000, 10,000 dan 25,000 (note yang mempunyai sekurang2 nya 3 zero) manakala note denomination kecil akan dikekalkan di dalam edaran. Proses pertukaran dan pemansuhan note denomination besar kepada kecil ini akan dijalankan di dalam tempoh masa tertentu. Namun begitu, proses untuk note2 kecil dinar yang baru ini untuk sampai kedalam sistem edaran diluar Iraq pasti akan mengambil masa. Tempohnya bergantung kepada kepekaan bank dan MC di sesebuah negara untuk membeli matawang baru ini. Di US mungkin dalam 2 hari rakyatnya sudah boleh membuat penukaran tetapi dinegara kita kemungkinan lebih lambat.

NAMUN begitu, sekiranya dinar di RV terus pada nilai yang tinggi maka tak perlulah kita menukar note2 besar kita sebaliknya terus mendepositkan wang pertukaran tersebut ke dalam akaun bank kita dan biarkan bank2 atau MC sahaja yang berurusan dgn CBI untuk menukar note2 besar ini. Sekiranya RV pada nilai yang rendah maka sesiapa yang masih sanggup menunggu IQD mencecah nilai tertinggi melalui mekanisma FOREX maka perlulah kita menukar note denomination besar kita.

TETAPI janganlah kita terlalu rushing untuk menukar kerana kebiasaannya proses penukuran ini akan diberikan tempoh masa selama beberapa bulan dan tempoh itu sudah mencukupi untuk note2 dinar yang kecil sampai ketempat kita.

SEKIRANYA kerajaan Malaysia melalui BANK NEGARA tidak membenarkan kita menukar matawang ini maka pada pandangan saya dengan potensi kekayaan kita akibat penukaran matawang dinar ini maka boleh saja kita berhijrah keluar negara kenegara yang membenarkan penukaran dinar. Apa ada hal.. Kan dan kaya.. Disana kita boleh setup bizness then transfer back duit ke Malaysia sekiranya mahu tapi kalau nak terus jadi PR kat negara lain terpulanglah. Sekiranya inilah yg dilakukan oleh kerajaan Malaysia dan semua penyimpan berhijrah maka yang paling rugi adalah BANK NEGARA yang tidak mendapat komisyen pertukaran matawang asing serta kerajaan Malaysia kerana tidak mendapat tax keuntungan. Base on history, pemegang dinar kuwait di Malaysia tidak menghadapi masalah untuk menukar matawang dinar kuwait yang mereka pegang itu setelah RV berlaku.

WALAUBAGAIMANA pun eloklah kita semua berbaik sangka dan berdoa semoga RV akan cepat berlaku dan tiada masalah yang akan timbul semasa proses penukaran matawang ini kelak. Semoga dengan permuafakatan kita yang utuh ini samada sesama pemegang cash note, pendeposit Warka Bank dan kedua2nya sekali akan dipandang Allah dan seterusnya memperkenankan permohonan kita semua. Insyaallah..

RV tetap RV


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Friday, March 4, 2011

Gesaan Beli Dinar Iraq : Ruangan Iklan USA Today Newspaper.


Anda bile lagi?


Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Wednesday, March 2, 2011

Utusan : AS boleh 'pokai' tidak lama lagi

Compare maklumat di sini dari artikel saya yang lepas:


4) Pemimpin Cina (wakil) telah menandatangani perjanjian RV matawang Iraq, pada 24 Feb 2011, yang menjadi indikator besar kepada mereka dalam pelangsaian hutang US kepada negara China. Pembayaran hutang tersebut adalah dengan menggunakan matawang Iraq. Jadi RV perlu dilaksanakan agar hutang itu terlangsai (3 Trillion). -Sumber Soheh-

dengan berita di bawah : Sumber Utusan Meloya :


WASHINGTON 2 Mac - Jumlah hutang Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat mencapai hadnya kepada AS$14.29 trilion (RM43.44 trilion) tidak lama lagi, sekali gus memaksa penggubal dasar berbuat sesuatu untuk mengelak kerajaan tumbang, kata pihak Perbendaharaan AS.

Pegawai Perbendaharaan Kanannya, Mary Miller berkata, Jabatan Perbendaharaan menjangkakan hutang negara itu akan mencapai hadnya menjelang 15 April hingga 31 Mei ini.

Katanya, AS hanya mempunyai beberapa minggu sahaja sebelum negara itu mengalami kehabisan tunai untuk membayar segala bil perbelanjaannya.

Perbendaharaan telah menjangkakan had hutang itu akan melepasi lebih awal berbanding unjuran antara 5 April dan 31 Mei ini.

Amaran itu dibuat berikutan penggubal undang-undang AS sedang bertungkus-lumus 'berjuang' untuk mengurangkan perbelanjaan, antara langkah sementara bagi mengelakkan penutupan kerajaan.

Walaupun isu menaikkan had tertinggi hutang dan usaha memberikan pembiayaan berterusan kepada kerajaan bukannya berkait, tetapi ia bercelaru kerana terperangkap dalam perjanjian politik Washington.

Pihak yang tidak sehaluan dengan Presiden AS, Barack Obama pula telah mengekang kenaikan had hutang kerana khuatir terpaksa mengurangkan perbelanjaan.

Bagaimanapun, tindakan itu dilihat agak melampau oleh Demokrat.

Isu had hutang menjadi hangat selepas Republikan mengambil kuasa dalam Perwakilan AS pada Januari lalu, menyebabkan Obama hanya mempunyai kuasa kepada Senat. - AFP

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Liga Arab Yang Dijadual Akhir Mac Di Tunda.


(Reuters) - Sebuah Sidang Kemuncak Arab dijadualkan pada bulan Mac telah ditunda sampai dengan bulan Mei, televisyen Al-Arabiya melaporkan pada hari Rabu, mengutip diplomat. Iraq dijadualkan menjadi tuan rumah pertemuan puncak Arab tahunan, yang diadakan di Libya tahun lalu.

Komen Admin ::

Manusia merancang, hanya Allah yang menentukan. Begitulah perihalnya dengan penundaan Arab Submit (Liga Liga) yang dijadualkan pada akhir bulan Mac ini kepada Mei 2011. Penundaan ini sudah tentunya mempunyai asbab yang tertentu, yang tidak dapat dielakkan.

Apapun, yang berlaku sudah pastinya ada hikmah yang ditetapkan oleh Allah. Tersurat dan tersiratnya. Boleh jadi salah satu asbab ditunda kerana Iraq mahu RV dinarnya terlebih dahulu? Siapa tahu bukan??

Apapun... RV tetap RV~!!

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

MAC 2011 : Menantikan Keajaiban Berlaku



Kalau sampai besok masih tidak rv juga, maka kita tunggu sampai hujung bulan Mac ini. Semoga sebelum 29/3/11 ini akan rv juga kerana pada tarikh tsb Summit Arab akan berlangsung. Lagi pun Maliki telah berjanji akan mengisi semua kekosongan dalam kabinetnya pada minggu depan.

Mudah2an setelah semua jawatan Menteri dalam kabinet beliau telah diisi maka beliau akan memberi instruksi pada CBI untuk mengumumkan rv. Tapi kalau dalam bulan Mac ini masih tidak rv, barulah kita tunggu pada bulan April seperti yang dikatakan dalam blog Ali Maidin tempoh hari.

Bagaimanapun kita berharap rv akan terjadi dalam bulan Mac ini juga kerana kalau kita lihat dari berbagai aspek memang masa untuk rv dinar ini sudah cukup matang. Tambahan pula bajet Iraq yang telah diluluskan baru2 ini tidak mungkin dapatdidlaksanakan tanpa rv dinar. Ini kerana hasil daripada minyak Iraq masih berbentuk cadangan yang tersimpan di perut bumi Iraq dan diproduksi secara bertahap yang tidak mungkin dapat dikeluarkan serentak. Satu2nya jalan pantas bari Iraq mendapat modal pembangunannya adalah dari rv dinar!

Maka itu saya yakin mahu tidak mahu Iraq perlu melaksanakan rv dalam masa terdekat ini. Kita hanya perlu menunggunya saja!

RV tetap RV!!!InsyaAllah......

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]

Tuesday, March 1, 2011

Isu Mengecilkan Nilai : 3 Zero


Pembuangan 3 kosong (3zero) daripada note besar menjadi note-note yg kecil benar-benar berlaku. Berita daripada sumber-sumber Soheh Bank Iraq, pelaksanaan itu adalah bertujuan untuk mengurangkan inflasi dan juga mewujudkan keseimbangan ekonomi dari dalam dan luar negara. Ia juga dapat meningkatkan tahap liberalisasi ekonomi dan mengukuhkan kepercayaan orang ramai dan negara pada mata wang baru.

Namun pun demikian, keadaan ini dijalankan secara berperingkat agar dapat menyokong usaha-usaha untuk mencapai kestabilan ekonomi dan merangsang pelaburan dan pertumbuhan di Iraq, serta memberikan isyarat kuat untuk lembaga-lembaga antarabangsa terutama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk reformasi lanjutan ekonomi Iraq dan usaha untuk mematuhi prosedur dan tuntutan lembaga-lembaga tersebut.

Biarpun note ini dibuang kosong, ia tidak mempengaruhi Note IQD yang kita ada sekarang. Jika kita pegang 25K, bermakna setelah RV kita kena menukar IQD25,000 tersebut di Iraq dengan note yang lebih kecil (kalo 25,000 menjadi 1000 keping Note 25IQD). Dan ia juga tidak bermakna note anda pegang kini dinilaikira menjadi kecil (25,000 menjadi 25IQD).

Yang pasti, berita mengenai "pemadaman 3 Zero" ini juga menjadi berita gembira kepada kita semua. Ini bermakna RV sudah semakin dekat dengan kita. Pelaksanaan yang dibuat (pemadaman 3 Zero pada note besar) akan menguatkan RV bukan tahun depan, Insyallah tahun ini juga~!!

RV tetap RV .. ~!!

Share/Bookmark
[Baca Selanjutnya ...]
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template