Sunday, February 27, 2011

Sudah ada Bank Beli Dinar Iraq??



Semalam saya ada chating dengan Buyer saya. Dia bertanya saya mengenai sesuatu perkara yang sangat mengejutkan saya. Bank sudah beli Dinar Iraq??

Buyer tersebut membeli note 5K dengan saya. Saya pun pelik, kerana dia beriya iya sangat nak mendapatkan note 5K bukan note 10K atau 25K (not interest). Saya pun bertanya, kemudian dia memberitau saya sesuatu perkara yang amat mengejutkan.

Dia kata, ada kawan dia ada menguruskan pertukaran duit Iraq kpd RM. Rate yang diterima adalah IQD1 = RM4.00. Cuma dia tidak pasti sama ada dalam bentuk RM atau USD. Cuma jumlah yang diberitau, adalah RM4.00 utk IQD1.

Saya bertanya lagi, bank mana yang terlibat dengan pertukaran tu??? Dia kata, ada dua tiga buah bank di Iraq yang buat begitu. Mereka membeli IQD tersebut dan membayar dengan rate tersebut. Saya tidak percaya. Maklum saja, RV belum diumumkan, dan di internet tidak heboh pun mengenai perkara ini. Jika benar ia berlaku, sudah pastinya sudah gegak gempita forum-forum Dinar Iraq di seluruh dunia. Saya menasihatinya agar berhati-hati. Takut2 ditipu oleh mereka yang tak bertanggungjawab utk mengambil IQD daripadanya dengan cara jahat.

Dia berkata lagi, dia pun memang tidak percaya. Tapi kawan dia yang buat pertukaran di Iraq itu dikenali sebagai seorang yang baik. Itu katanya lah. Dan dia tak mahu buat banyak keping. Hanya 3 Keping note 5K sahaja. Dia kata takut nanti urusan mengeluarkan wang daripada Iraq akan mengalami masalah dan kesukaran setelah berjaya ditukar. Begitulah cakapnya. Bila saya memesan sekali lagi berhati-hati takut ditipu, dia kata dia sanggup utk mempertaruhkan note 5K dia (yang dia sudah miliki) utk tujuan itu. "Rugi sekeping apalah sangat.. "

Hari ini, saya ada survey dekat internet. Kot-kot ada klue berkenaan hal tersebut. Akhirnya saya jumpe artikel ini. Namun pun begitu, belum dipastikan kesahehannya.Apapun ia menarik utk dikongsi, dan ada kaitan dengan cerita buyer saya itu.

BANK BANK BELI DINAR IRAQ



Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template