Sunday, February 27, 2011

Nouri Al Maliki : Hanya 100 Hari



Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki memberi masa selama 100 hari kepada pak-pak menteri kerajaan untuk menunjukkan potensi dengan menghilangkan rasuah, atau jika tidak berdepan dengan tindakan dipecat. Nuri mewakili kerajaan Iraq mengumumkan hal tersebut selepas mesyuarat kabinet tergempar semalam.

Pengumuman ini dibuat berikutan berlakunya demonstrasi di seluruh negeri oleh rakyat Iraq yang marah berhubung beberapa isu tertentu seperti pengangguran, perkhidmatan asas yang meruncing, rasuah dan kurangnya kebebasan.

Persoalan berlegar, apakah benar amaran ini dapat menyelesaikan masalah yang melanda rakyat Iraq kini? Adakah dengan pemecatan beberapa orang menteri kabinet yang jika didapati merasuah, mampu menyelesaikan isu kemiskinan rakyat Iraq? Adakah isu ekonomi dapat diselesaikan jika bertindak sedemikian??

Atau, Maliki sengaja bersandiwara, mengalih perhatian kepada isu-isu tersebut, untuk menutup penuntutan hak rakyat yang sebenar, iaitu "RV Di percepatkan" agar taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan?

Saya merasakan jika masalah rasuah,korup, pengangguran, dapat dikurangkan atau ditangani, ia tetap tidak dapat memuaskan hati rakyat Iraq selagi dinar Iraq tidak diapungkan. Yang pasti, amaran yang dikeluarkan Nuri Maliki belum cukup dan tidak mampu menyelesaikan kemelut rakyat yang hidup papa kedana.

Jika Nouri Maliki ambil tindakan sekalipun,(isu korup,rasuah, dll), hanya meredakan sementara kemarahan rakyat, bukan memadamkan kemarahan tersebut. Suatu masa nanti, Rakyat Iraq akan bangkit semula sekiranya RV tidak diumumkan dalam jangka masa terdekat.

Nouri Al Maliki sudah tentunya tidak mahu fenomena kebangkitan rakyat Mesir menjadi tragedi yang berjangkit ke Iraq pula.Mau tidak mahu, Nouri Al Maliki WAJIB mengumumkan RV secepat mungkin. Jika tidak bulan ini, bulan depan. Yang pasti, SEBELUM 2012.


Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template